Biasanya mata panda atau kesan gelap sekitar mata berpunca daripada tidur tidak cukup atau anda mungkin selalu bekerja berjam-jam di depan komputer.
Gejala itu boleh mempengaruhi tumpuan terutama dalam kalangan wanita apabila perlu keluar bekerja mahupun bersosial.
Hilangkan Mata Panda
Menerusi portal Harian Metro, Pakar Oftalmoloji Biniamin Shalev menerangkan dua kondisi gelap bawah mata.
Salah satunya boleh diatasi dengan mudah yang berpunca daripada tisu berbanding masalah lebih serius disebabkan komplikasi lain seperti peningkatan jumlah sel lemak bawah mata, ia kekal dan tidak akan hilang pada waktu pagi atau petang.
Disebabkan mata adalah fokus bagi kebanyakan orang apabila bersemuka dan memandang antara satu sama lain, tip cantik kali ini ingin berkongsi lima kaedah membantu masalah bengkak bawah mata berpunca daripada masalah tisu.
1. Percikan air sejuk
Bersihkan bahagian bawah mata dengan air sejuk. Ini membantu memberi ‘kejutan’ mengembalikan peredaran bendalir dengan lancar dan mengelakkan bengkak berlaku.
Namun jangan pula menggunakan air sejuk terlalu lama pada kulit sekitar mata lebih dari beberapa saat.
Atau cara kedua anda guna sahaja ketulan ais untuk rehatkan mata yang penat. Gosok perlahan-lahan di bawah sekitar mata.
Ads
2. Penggunaan sudu merawat ‘beg’ mata
Uniknya terapi ini digunakan secara meluas di China, Korea mahupun Jepun.
Langkah mudah apabila mengenakan sudu pada kelopak mata boleh mengurangkan kadar bengkak.
Boleh lakukan dalam dua cara iaitu:
I. Sejukkan sudu terlebih dahulu dalam peti ais. Sebaiknya gunakan lebih enam sudu bagi memudahkan urusan ganti apabila sudu tidak lagi sejuk.
II. Letakkan empat sudu dalam
Ads
mangkuk ais. Apabila sudu mencapai suhu tertentu, letakkan pada kelopak mata. Gantikan sudu dipakai dengan sudu terendam.
3. Atasi dengan uncang teh
Rendam uncang dalam air sejuk dan perah sebelum diletakkan pada kelopak mata tertutup.
Pilihan teh sebaiknya gunakan teh hitam, Chamomile atau beg teh hijau.
Kafein dalam teh membantu ‘mencerut’ saluran darah untuk mengurangkan bengkak di sekitar mata manakala anti-kerengsaan dalam teh herba mengurangkan kemerahan dan keradangan.
Ads
Celup lagi dalam air sejuk dan ulangi langkah sebaiknya dalam 30 minit bagi mendapat kesan lebih baik.
4. Putih telur bantu tegangkan kulit
Penuaan tidak boleh disekat melainkan mengurangkan kesan itu dengan merapi kulit dengan petua tertentu termasuk putih telur.
Kaedahnya ambil telur dan asingkan bahagian putih dalam mangkuk. Pukul putih telur tadi sehingga bertekstur ringan dan gebu.
Sapu pada bahagian bawah mata dan biar 15 hingga 20 minit sebelum basuh dengan air sejuk.
5. Hirisan timun untuk tenangkan mata
Hiris timun sehingga boleh menutup kelopak mata. Letakkan dalam peti ais dan keluarkan untuk dipakai pada mata.
Haa… mudah bukan? Selepas ini anda boleh kurangkan masalah mata panda dengan menggunakan petua bahan alami seperti di atas. Tetapi kalau boleh, kurangkan masa berada di depan komputer dan pastikan boleh tidur awal setiap malam. Itu lebih membantu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang nak tip bersenam ketika puasa? Ada orang cakap, kalau bersenam waktu berpuasa ini boleh membuatkan diri menjadi terlalu letih.
Selain organ badan berehat kerana berpuasa, bukankah ini membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat kerana bersenam?
Melalui perkongsian tips bersenam ketika berpuasa dari seorang pakar, terdapat 3 waktu yang sesuai untuk anda lakukannya.
Mari ikuti tips bersenam ketika berpuasa dan waktu bersenam yang sesuai, seperti dikongsikan oleh Puan Syaza Nutritionist, seorang Pakar Pemakanan Wanita.
Tip Bersenam Ketika Puasa, Ini 3 Waktu Yang Sesuai
Ada ramai yang berniat mahu bersenam tetapi risau haus. Haa… jom kita tengok macam mana nak bersenam waktu bulan Ramadan ini.
BILA WAKTU BOLEH BERSENAM?
1. 30 MINIT – 1 JAM SEBELUM BERBUKA
Jarak masa ini sesuai untuk kita ganti balik protein yang telah digunakan semasa bersenam. Dengan erti kata lain kita akan mengambil post workout meal semasa berbuka.
2. SELEPAS SOLAT SUBUH
Badan mendapat tenaga atau lebih dikenali dengan pre-workout meal semasa sahur. Menjadikan ia masa yang sesuai untuk bersenam.
3. SELEPAS TARAWIH
Pada masa ini tiada masalah untuk minum air bagi tujuan hidrasi. Menjadikan selepas tarawih merupakan salah satu waktu yang sesuai untuk bersenam.
TIPS BERSENAM KETIKA BERPUASA
Minum air secukupnya selepas berbuka sehinggalah habis waktu sahur.
Makan protein bersama-sama karbohidrat semasa berbuka sebagai post-workout meal.
Elakkan senaman berintensiti tinggi, fokus kepada senaman berintensiti rendah atau sederhana, 30-45 minit sahaja.
Kalau anda sudah terbiasa denagan senaman, boleh teruskan rutin senaman pada waktu yang sesuai. Manakala, bagi individu yang baru ingin mulakan senaman, pastikan anda buat senaman yang tidak membebankan diri anda.
Semoga bermanfaat dan selamat berpuasa.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang ramai nak kulit putih dan sanggup makan supplement macam-macam habis beratus ribu. Malah ada yang gigih berjumpa doktor pakar kulit untuk mengambil suntikan demi berkulit cerah.
Padahal memiliki kulit hitam manis dan sawo matang juga tetap nampak jelita dan menarik!
Ramai Nak Kulit Putih
Sepatutnya anda kena berfikir, tak kisah warna kulit apa sekalipun asalkan bersih berseri bebas cela, itulah yang cantik yang sedap mata memandang.
Selain faktor genetik, warna kulit ini juga mungkin dipengaruhi oleh aspek tempat tinggal di mana individu itu mendiami sekitar kawasan yang lebih panas.
Kelebihan Berkulit Hitam Manis Atau Sawo Matang
Kalau nak tahu, individu yang memiliki kulit ini tinggi melanin dalam tubuh badan dan melanin ini akan memberikan kebaikan kesihatan seperti berikut;
Melawan radikal bebas
Baiklah, individu dengan warna kulit ini tinggi kemampuan untuk melawan radikal bebas yang akan merosakkan sel kulit dan tubuh badan lantas meningkatkan risiko kanser kulit. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menghalang sinar UV daripada mask ke dalam kulit.
Menolak masalah kulit
Satu lagi warna kulit ini agak jarang mengalami masalah kulit seperti jerawat, cela, parut, selar matahari dan lain-lain. Ini kerana melanin yang tinggi mampu menjaga kulit daripada anasir buruk termasuk alahan atau jangkitan.
Awet muda
Individu berkulit sawo matang akan tampak lebih galah bagi lelaki dan manis untuk wanita berkat daripada kandungan melanin tinggi. Ia juga mungkin hasil kesan antipenuaan yang dibawa oleh melanin sekaligus buat kamu lebih awet muda.
Tulang yang susah rapuh
Melanin turut membantu kulit serta tubuh badan menyerap vitamin penting seperti vitamin D daripada cahaya matahari yang bagus untuk membentu kalsium. Hasilnya, kalsium yang tinggi dalam tubuh badan mampu membuat tulang lebih kuat. Kesan jangka masa panjang, ia mampu mencegah masalah osteoporosis daripada berlaku.
Haaa… nampak tak, banyak kelebihan kulit hitam manis dan sawo matang. Lebih baik anda bersyukur dengan warna kulit yang Tuhan kurniakan dan tak perlu mengubahnya. Lagi pula, cantik itu subjektif! Pandai jaga penampilan, terserlah lah kecantikan anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat penampilan Amy Mastura yang maintain jelita dan langsing sejak awal kemunculan hingga kini membuatkan ramai tertanya-tanya petua kecantikan dan kesihatan diamalkan penyanyi ini.
Malah, dengan susuk tubuh kecil molek ramai tidak percaya bahawa penyanyi kelahiran Perak ini usianya sudah mencecah hampir 50 tahun.
Namun penampilannya seperti anak dara walaupun sudah melahirkan dua anak perempuan yang kini masing-masing sudah meningkat dewasa.
Dalam satu temubual dengan Harian Metro, Amy Mastura mendedahkan rahsia badannya kekal ramping kerana jarang makan nasi semasa mengandungkan anak pertamanya, Adriana sejak 20 tahun lalu.
Menurutnya dia tidak kisah dan tidak mempunyai apa-apa simptom apabila tidak mengamalkan makan nasi seperti individu lain.
“Sejujurnya saya memang kurang makan nasi. Semasa mengandung Adriana, saya alah dengan bau nasi dan sejak itu keinginan untuk makan nasi dah hilang.
“Entah kenapa saya tak suka dengan bau nasi. Namun saya masih makan nasi tapi kuantitinya tak banyak sangat. Kalau makan pun dua tiga sudu sekadar nak campur dengan lauk.
“Kalau tiada nasi pun tiada masalah bagi saya dan digantikan dengan apa-apa pun okay. Tapi rasa manis kena ada. Saya amat menggemari kek coklat dan mujurlah tiada penyakit diabetis,” katanya.
Sebelum ini setiap kali muncul di khalayak, Amy yang sudah berusia 51 tahun, mencetuskan kekaguman dikalangan peminat kerana dikatakan awet muda kerana wajahnya yang tidak makan usia.
Dia pernah berkongsi gambar perkahwinannya dengan suami, Alvin Tham Suffian sekitar tahun 2000 sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-21, dua tahun lalu dan rata-rata peminat kagum kerana wajahnya kelihatan muda berbanding usia sebenarnya.
Amy juga pernah mendedahkan sikap kelakarnya yang suka bergurau dengan Alvin menjadi petua awet muda serta kebahagiaan rumah tangga mereka yang kini sudah memasuki usia 22 tahun.
Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan iaitu Adriana, 21, dan Adalia, 18. Mereka juga dilihat sebagai pasangan dan keluarga bahagia kerana jarang mendengar sebarang kontroversi di media massa.
Amy yang juga bekas pramugari yang kini berada dalam fasa ‘jubli perak’ kariernya, pernah dikenali dengan lagu popular seperti Jawapan Kasih, Meniti Hari, Kasih, Diam Diam Rindu, Suria Khatulistiwa, Nada Rindu, Sha Na Na dan Lagu Happy.