Baru-baru ini dilihat penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hadir ke majlis perkahwinan kakak tersayang, Siti Nursaida Taruddin.

Ramai terpegun bukan saja melihat kecantikan Siti, tetapi juga kakaknya yang sekali lagi bertemu jodoh kali ketiga dengan pilihan hatinya.

Walaupun usia lagi 5 tahun mencecah 50-an, Saida yang juga seorang penyanyi kekal cantik dan berseri-seri di atas pelamin indah.

Ketika ditanya petua kecantikannya, ibu kepada empat anak ini memberitahu dia gemar melakukan aktiviti sihat iaitu senaman yang boleh mengeluarkan peluh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saida Tarudin (@sitinorsaidatarudin)

“Lagi lasak aktiviti itu lagilah saya suka. Terasa puas dapat keluarkan peluh. Saya paling suka lakukan zumba. Dapat lakukan 7 hingga 15 minit sudah memadai untuk buang lemak degil.

“Selain itu saya juga akan pastikan mempunyai waktu tidur yang mencukupi, minum air masak dan makan makanan yang menyihatkan.

“Lagi satu walau apa yang berlaku, saya akan sentiasa berfikiran positif dan paling penting sentiasa senyum. Bila kita senyum, secara tidak langsung aura positif akan terpancar di wajah dan orang di sekeliling kita juga akan rasa bahagia,” ujar Saida yang turut mengamalkan pengambilan Beautessence dan vitamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saida Tarudin (@sitinorsaidatarudin)

IKLAN

Menurut Saida lagi, dia juga turut menitik beratkan penjagaan kulit wajah. Seperti orang lain dia juga akan memastikan kulit wajah dicuci setelah mengenakan sebarang solekan.

Ternyata perkahwinan kali ketiganya ini turut mengejutkan ramai pihak apabila penyanyi Biarlah Rahsia itu turut memuat naik perkongsian gambar dan video majlis perkahwinan itu di laman Instagramnya.

Saida yang juga bekas peserta Akademi Fantasia (AF) musim keenam melangsungkan pernikahan dengan Mohd Nooraizal Rasip selepas lima bulan menjalinkan hubungan serius.

Dia turut memaklumkan yang dia sudah sah berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu. Perkahwinan kedua yang dibina pada 2016 itu hanya bertahan sekitar empat tahun.

“Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami cuma memilih untuk tidak menggembar gemburkannya. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami.

IKLAN

“Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami.

“Saya percaya jodoh baru ini juga ketentuan dan takdir yang tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, saya membukanya semula tanpa diduga,” katanya yang genap berusia 45 tahun pada 13 Disember lalu.

Menurutnya suaminya itu masih bujang dan kehadirannya memberi cahaya dalam hidup serta boleh menerima anak-anak seadanya.

“Saya tertarik dengan kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hati dia. Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga. Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik.

IKLAN

“Segala galanya turut dipermudahkan dan restu keluarga masing masing cukup penting hingga menyaksikan ikatan serta bahtera perkahwinan ini terpateri.

“Kami bernikah dan bersanding pada hari sama. Insya-Allah berkemungkinan ada lagi sebuah majlis untuk sanak saudara sebelah suami sedang dirancang,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Artikel Berkaitan:

‘Beauty With Brain’ – Harnaaz Sandhu Dinobat Miss Universe 2021, Minat Aktiviti Yoga & Berenang

Bahaya ADHD Penghidap Hilang Fokus Berterusan. Lelaki Kongsi Pengalaman Teruk Bertahun Alaminya

Lepas 11 Tahun Berjuang, Elyana Kongsi Berita Gembira Kini Bebas Kanser Limfoma