Jika dilihat pada susuk tubuhnya, penyanyi kecil molek ini bagaikan tidak menang tangan menguruskan perniagaan yang dusahakannya.

Biarpun sibuk, namun bukan alasan untuk pemilik lagu Persis Mutiara ini dalam bab menjaga kecantikan dan kesihatan dirinya.

Memberitahu tidak ada rahsia tertentu, pemilik nama Noorsyarmila Jirin ini memberitahu salah satu tip adalah melakukan aktiviti bersama keluarga.

Berat Tak Pernah Cecah 50KG Kecuali Hamil. Mila Jirin Kongsi Rahsia Kekal Kecil Molek!

Aktiviti Bersama Keluarga

“Alhamdulillah, tak adalah rahsia spesifik, tetapi saya rasa tips yang paling berkesan untuk kekal sihat dan tidak berdepan kemurungan adalah melakukan banyak aktiviti bersama keluarga.

“Selain itu saya juga turut menguruskan jadual harian dengan seimbang dari segi urusan perniagaan, keluarga dan waktu untuk diri sendiri. Seperti saya, saya akan cuba uruskan masa saya 8 Jam untuk urusan kerja, 8 Jam untuk rehat, 1 jam untuk aktiviti membaca sama ada membaca buku secara fizikal atau secara online.

“Kebiasaannya dan buku-buku yang saya sering baca adalah buku motivasi, buku inspirasi dari penulis penulis hebat di Malaysia dan luar negara.

“Saya juga turut akan memperuntukkan beberapa jam untuk aktiviti bersama anak sama ada di rumah atau membawa berjalan jalan,” katanya yang menganggap pembahagian masa yang bagus  dan seimbang ini antara terapi yang terbaik agar kehidupan tidak penuh dengan tekanan kerja.

Dia yang sejak dulu memang saiz fizikalnya dilihat kecil molek memberitahu tidak pernah berdepan dengan masalah kenaikan berat badan mendadak kecuali ketika melahirkan anak pertamanya.

“Alhamdulillah, saya adalah seorang hamba Allah yang tidak diberi ujian berat badan. Seingat saya, paling berat yang pernah saya kecapi adalah sewaktu hamil anak pertama saya pada 2017 dengan berat mencecah 50KG ++.

“Berat badan saya boleh dikira bertambah selepas berkahwin, dari 40KG sebelum berkahwin dan kini berat saya adalah lingkunagn 43KG. Dan berat itulah saya maintain hingga sekarang,” katanya yang juga tidak berdepan dengan masalah wajah teruk kecuali kering dan kusam.

Berat Tak Pernah Cecah 50KG Kecuali Hamil. Mila Jirin Kongsi Rahsia Kekal Kecil Molek!

 

 

IKLAN

 

Kulit Kusam & Kering

“Tidak ada masalah kulit yang teruk, cuma wajah jadi kering dan kusam. Disebabkan sebelum berkahwin dulu saya sangat sibuk dalam menguruskan perniagaan sehingga mengabaikan kesihatan kulit

Selain itu:  Tak Suka Mekap Bercapuk, Wajib Prep Wajah Macam Ini Dulu

“Tetapi kini, ia tidak lagi berlaku kerana saya memaksa diri untuk mengekalkan momentum minum air putih dengan banyak setiap hari dan mengamalkan gaya hidup yang lebih seimbang dari segi rehat dan juga makanan yang diambil.

“Di samping itu, saya juga tidak lagi mengenakan sebarang foundation (alas bedak) sewaktu menatarias wajah saya bagi aktiviti harian kerana saya ingin memberikan kulit saya bernafas dengan baik,” jelasnya Mila yang tular baru-baru ini kerana menaja majlis resepsi untuk pengantin baru, Heliza Helmi dan suami mencecah puluhan ribu ringgit.

Majlis resepsi berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary, Selangor, namun tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin pasangan mempelai yang juga sahabat baiknya.

“Hadiah dan nilai  majlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.

“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” katanya yang tekad merealisasikan niatnya yang sudah terpendam sekian lama yang bermula dari kata kata seloroh.

Mila mendedahkan Heliza sebenarnya sangat pemurah dan tidak berkira. Bahkan Heliza juga sentiasa memberi hadiah.

Berat Tak Pernah Cecah 50KG Kecuali Hamil. Mila Jirin Kongsi Rahsia Kekal Kecil Molek!

IKLAN

Malah Heliza dan adiknya, Hazwani Helmi pernah tiba tiba muncul di hospital beberapa tahun lalu melawat saya ketika diserang demam denggi.

“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.

“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati.

“Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing masing. Tetapi kami kerap berhubung melalui WhatsApp, rakaman suara dan juga telefon sambil bertanya khabar serta bertukar pendapat.

Selain itu:  Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati

“Tak ketinggalan kami pasti sering mendoakan antara satu sama lain. Tambahan sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” katanya.

Berat Tak Pernah Cecah 50KG Kecuali Hamil. Mila Jirin Kongsi Rahsia Kekal Kecil Molek!

 

Semarakkan Empayar Perniagaan

Pada majlis resepsi itu, Mila berjaya meyakinkan Heliza untuk menyarung busana daripada kain songket.

Dalam perkembangan lain, Mila kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya selepas lebih dua tahun melalui fasa turun naik kesan pandemik COVID-19.

IKLAN

Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru. Pada pertengahan tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

Syarikatnya sehingga kini telah menguruskan hampir 7,000 majlis dari tahun 2013 dan mempunyai misi yang besar dalam membawa jenama itu kesemua bandar utama di seluruh negeri dan menjadi pengurusan majlis kahwin dengan Dewan terbesar di Malaysia.

Pakej perkahwinan ditawarkan kini bermula dengan harga RM9,900 untuk 100 tetamu. Butiran lanjut di www.bizmillacatering.com

Berat Tak Pernah Cecah 50KG Kecuali Hamil. Mila Jirin Kongsi Rahsia Kekal Kecil Molek!

10 Tips Atasi Stres Hadapi Kerja & Hidup :

1: Pastikan ada Jadual harian kerja / list to do agar tugasan kerja dan tugasan dirumah dapat diuruskan sebaiknya

2 : Sering berkongsi rasa dengan pasangan, andai penat atau tak cukup masa dalam uruskan sesuatu, berbincang secara terbuka agar pasangan dapat bantu membantu dalam menguruskan apa yang perlu

3 : Luang masa 1 hari untuk rehat dari urusan kerja dan pergi bersiar siar / menonton tv / luangkan masa dengan anak dan keluarga

Artikel Berkaitan:

Rupanya Heliza Helmi & Adik Turut Positif Covid-19, Kongsi Pengalaman Sukar Nak Solat!

Cantiknya ‘Dream Girl’ Heliza Helmi Di Majlis Kahwin. Penampilan Simple & Santun Dapat Pujian Ramai!

Guna Losyen Atau Lumur Minyak, Cara Mudah Dikongsi Doktor Hilangkan Rasa Pijar Tangan Sebab Cili

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI