Semalam merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ke 43 tahun.

Walaupun usia sudah mencecah angka 40-an tetapi penampilan Siti masih cantilk dan menarik.

Lebih-lebih lagi apabila bergaya ala barbie doll ketika meraikan sambutan ulang tahun di sebuah hotel di ibu kota.

Siti Nurhaliza yang mengenakan dress merah jambu tampak begitu comel dan menarik persis patung barbie yang menjadi teman paling rapat kanak-kanak perempuan.

Bukan penampilan saja, wajah ibu kepada dua anak ini juga ditata rias cantik dengan solekan ala-ala pink yang kelihatan sangat segar dan comel.

IKLAN

Pada majlis hari jadi yang ke 43 tahun juga, Siti turut menerima ucapan selamat hari kelahiran daripada rakan selebariti dan warga maya.

Semua mendoakan Siti dipanjangkan usia, dimewahkan rezeki dan sentiasa terpelihara dan dalam lindungan Allah.

fauziahlatiff Happy birthday dear ct

annayhusin @ctdk happy birthday sahabat. Semoga pjg usia diberi kesihatan,keselamatan keberkatan,kejayaan, rahmat dunia dan akhirat. Love u

dekna_ct lawa nyaaa..like doll betul..

IKLAN

theonlyperson756 selamat hari lahir DatosriSiti Nurhaliza semoga selamat dan dilindungi allah swt aamiin ya allah

syazwina_sazali Cantiknyaaaaa Barbie Doll! Happy Birthday Toktii!

aarolbome MasyaAllah cantiknya kak iti. Make up pon nice

mamasab.wangsamaju_kakzali Happy birthday tokti, cantik nau princess Barbie

IKLAN

Baju & Mekap Serba Pink. Penampilan DS Siti Nurhaliza Persis Barbie Doll Di Majlis Hari Lahir Ke 43!

Kredit Foto: Instagram CTDK

Artikel Berkaitan:

Turun 20KG Lepas Lahirkan Anak Kedua. Siti Nurhaliza Tekad Hilangkan 10KG Lagi Untuk Capai Berat Ideal!

Kuat Bekerja Walau Sarat Hamil, Ini Rahsia DS Siti Nurhaliza Kekal Sihat & Aktif

Selain itu:  "Selera Bertambah Baik & Boleh Bergurau" - Update Terkini Kesihatan Tun Dr Mahathir Di IJN

Pantang 100 Hari, Rahsia Siti Nurhaliza Kembali Langsing & Hilang 20 KG Lepas Lahirkan Anak Kedua

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI