Sejak awal kemunculannya sebagai selebriti, pelakon, penyanyi dan pengacara Erra Fazira memang sangat menjaga penampilan dan kecantikan.

Namun begitu sebagai insan biasa, dia juga tidak lari dari pernah berhadapan dengan masalah alergik pada kulit wajahnya.

Lebih-lebih lagi apabila sekarang ini kita diwajibkan memakai pelitup muka jika berada di khalayak.

Dan sebagai selebriti yang bekerja dan perlu berhadapan dengan orang ramai, Erra juga pernah ada masalah jerawat disebabkan pemakaian pelitup muka.

Menurut Erra dia akui mengalami masalah ini trutama pada bibir dan bahagian bawah dagu.

Ini adakah kerana kesilapannya tidak begitu menjaga kebersihan pelitup muka di pakai dan menyebabkan masalah peluh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

“Oleh sebab itu saya akan lebih berhati-hati dan berjaga-jaga setiap kali memakainya. Saya akan pastikan kalau peluh tidak biarkan berkepam.

“Saya lebih prefer menggunakan pelitup muka yang pakai buang kerana jika yang fabrik agak leceh untuk mencucinya setiap kali lepas digunakan.

“Ada yang percaya jika sudah dijemur bakteria akan hilang, tapi bagi saya memang lebih selesa pilih pakai buang,” ujarnya yang ditemui ketika dilantik menjadi duta pelitup muka premium Himaya di sebuah hotel baru-baru ini.

IKLAN

Menurut selebriti yang sudah berusia 46 tahun ini, Erra turut berkongsi rahsianya sentiasa kekal sihat dan cergas.

“Untuk sentiasa kekal sihat, kita kena titik beratkan semua aspek kesihatan, fizikal, senaman, pemakanan, cukup tidur ke tidak, ada tak ambil suplemen bersesuaian.

“Tapi jangan sesekali over do, bila kita over do sesuatu perkara itu akan ada side effect yang lain pulak. Contohnya vitamin, kita tak kenal body kita jadi perlu ke tidak ambil. Jika berlebihan diambil akan mendatangkan penyakit lain pulak nanti.

Selain itu:  Bukan Guna Pensel Celak, Tapi Sapu 4 Jenis Minyak Ini Untuk Lebatkan Kening

“Jadi kena ada kebijaksaan dan knowledge untuk menjaga badan kita. Dan paling penting saya percaya adalah jangan stress.

“Stress ini adalah pintu kepada segala banyak penyakit dan ketuaan,” katanya yang mula alami masalah jerawat ketika usia 40 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

IKLAN

“Bila saya tanya mak saya, dia pun mula alami masalah naik jerawat ketika berusia 40 tahun.

“Justeru saya sekarang ni, kalau dulu-dulu masa muda shooting lah dari pagi tambah-tambah mekap tak ada masalah.

“Tapi sekarang kulit saya dah mula sensitif. Berubah-ubah ikut masa dan hormon kita. Saya kini di era kulit sensitif, jadi apabila mekap bertambah-tambah, kulit berminyak dan kulit akan naik jerawat. Ini yang saya lalui sekarang.

“Dan jika mengalami masalah ini memang kena ada extra effort. Saya berjumpa doktor, tanya apa kena buat. Kena buat treatment ke. Saya juga kenal pasti produk yang saya apply kat muka.

“Ada orang sesuai pakai serum, serum bantu untuk lembapkan muka. Jadi saya hanya pakai sedikit saja terutama waktu malam. Dan selebihnya pakai pelembap untuk jaga kulit wajah.

IKLAN

“Sebab itu saya cakap kena ada knowlegde jika berhadapan degan masalah kulit, kalau tak pergi jumpa doktor dan minta nasihat mereka,” katanya lagi memilih warna Blue Lagoon bergandingan dengan Wany Hasrita untuk pelancaran pelitup muda Himaya ini.

Menurut Erra dia memilih jenama Himaya kerana memang pengguna Himaya sebelum ini. Selain keselesaan yang ditawarkan dengan pelitup muka mediakal ini, dia juga yakin dengan produk Himaya kerana kualiti sangat tinggi dan paling penting ia cukup bergaya dan elegan.

Selain itu:  Ikut Teknik Bernafas Dengan Betul, Baru Aktiviti Larian Lebih Seronok & Jadi Lambat 'Pancit'      

Akui Kulit Lebih Sensitif & Pernah Ada Masalah Jerawat, Erra Fazira Pastikan Kulit Sentiasa Lembap!

Artikel Berkaitan:

Sakitnya Tak Boleh Bawa Bincang, Kurang Minum Air Jadi Punca Masalah Batu Karang!

“Dulu Saiz Baju XXL Kini Jadi M” – Melly Goeslaw Dedah Rahsia Jadi Kurus Tanpa Guna Produk

Berjaya Lenyapkan 37 KG Dalam Masa Setahun! Ini Menu Sihat Diamalkan Penyanyi Shima!

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI