Tidak dinafikan hanya mereka yang pernah alami sakit batu karang akan dapat merasai kesakitan yang sebenar. Dan kebanyakan pesakit lelaki mudah terkena masalah ini.

Dikatakan sakitnya seperti mahu mati. Itulah yang digambarkan deritanya seperti perkongsian Dr Samhan di laman twitter yang memberitahu pengalamannya berdepan masalah pesakit yang diserang batu karang.

Ayuh ikuti perkongsiannya.

Derita Sakit Batu Karang, Apa Perlu Dilakukan

Doktor tolong,sakit sangat ni. Rasa nak mati.

Kelihatan seorang lelaki yang mengerang kesakitan. Tangan kanan memegang pinggang kanan.

Dari wajahnya dapat lihat keperitan yang ditanggung. Duduk tak kena. Diri tak kena. Baring pun tak kena. Berguling-guling atas katil.

“Tolong doktor, sakit sangat ni. Tak pernah lagi sakit gini”

“Sabar ya. Kita bagi ubat tahan sakit”

“Cepat doktor. Rasa macam nak mati dah ni”

IKLAN

Ini adalah keadaan pesakit yang sering dikejarkan ke Kecemasan disebabkan batu karang.

Batu karang adalah pembentukan batu di dalam saluran air kencing dan ia akan menyebabkan sakit belakang yang melampau.

Sakit belakang yang melampau ini terjadi disebabkan batu tersebut tersekat di saluran ureter iaitu saluran yang menyambungkan buah pinggang ke pundi kencing.

Apabila ia tersumbat, ia akan menyebabkan saluran ureter ini mengembang. Pengembangan saluran ini akan merangsang reseptor sakit dan menyebabkan sakit belakang yang tak boleh bawa bincang!

Sakitnya Tak Boleh Bawa Bincang, Kurang Minum Air Jadi Punca Masalah Batu Karang!
Gambar sekadar hiasan.

APA PUNCA BATU KARANG?

1. Kurang minum air
Air kencing berkurangan dan lebih pekat daripada biasa menyebabkan kompaun-kompaun seperti kalsium, oxalate lebih mudah untuk membentuk batu.

IKLAN

2. Vitamin C yang diambil secara berlebihan
Vitamin C diperlukan badan 80-100mg sehari dan maksimum 2000mg. Vitamin C diurai menjadi oxalate dan disingkirkan melalui air kencing seterusnya membentuk batu karang.

3. Banyak ambil garam
Banyak garam menyebabkan penyingkiran kalsium ke dalam air kencing meningkat. Kalsium ini pula boleh berkumpul membentuk batu di dalam saluran kencing.

4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega-6
Makanan tinggi lemak omega-6 seperti jajan, fastfood dan maggie akan peningkatan kompaun oxalate di dalam air kencing dan kandungan citrate di dalam air kencing semakin berkurangan.

Untuk mengelakkan dari terkena batu karang, ikut langkah mudah ini:
– Banyakkan minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari(2.5 liter).
– Jangan ambil vitamin megadose yang berlebihan
– Kurangkan garam dalam makanan
– Elakkan makan fastfood dan snek ringan.

Sakitnya Tak Boleh Bawa Bincang, Kurang Minum Air Jadi Punca Masalah Batu Karang!

IKLAN

APA RAWATAN JIKA DISERANG BATU KARANG?

– Penggunaan ubat tahan sakit seperti Diclofenac(Voltaren).
– Antibiotik(jika mengalami simptom kencing kotor).
– Ubat untuk melarutkan batu karang(ural sachet).

#Share info kesihatan batu karang sebab ramai yang kurang minum air dan mudahlah batu karang terbentuk.

Sakitnya Tak Boleh Bawa Bincang, Kurang Minum Air Jadi Punca Masalah Batu Karang!

 

Selain itu:  Tiada Alasan Pesakit PascaCovid-19 Tak Boleh Puasa, Kecuali Kondisi Teruk. Ini Sebabnya!

Artikel Berkaitan:

Selain Gula, Mentega Kacang Juga Boleh Hilangkan ‘Pijar Lidah’ Sebab Makan Pedas

Rahsia Kulit Lembut & Licin Guna Skrub Barli & Beras. Gadis Ini Kongsi Cara Buatnya!

Rupanya Bakteria Di Telefon Lebih Banyak Dari Mangkuk Tandas, Doktor Kongsi Fakta Kesihatan Menarik

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI