Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza nampak begitu bahagia bercuti bersama keluarga sempena Hari Lahirnya untuk tahun 2023. Awet muda walau sudah masuk 40-an, malah ada anak dua lagi!
Usia dikatakan sering menjadi penghalang buat wanita untuk tampil cantik dan berkeyakinan apatah lagi selepas melahirkan anak.
Namun berbeza dengan penyanyi nombor satu ini, beliau memang memiliki wajah cantik dan berkulit putih sejak muda remaja lagi. Namun menginjak ke umur 44 tahun pun, beliau nampak masih memiliki rupa paras jelita dan bentuk badan mengancam.
Mesra dengan panggilan TokTi, bentuk badannya tetap ‘helok’, sukar untuk tidak jatuh cinta dengan penyanyi idola negara yang digelar sebagai “Malaysian Sweetheart”.
Memuat naik gambar di laman Instagram, Dato’ Siti Nurhaliza kembali mencuri tumpuan ramai apabila penampilannya dikatakan sangat cantik dan berseri diselit dengan aksi dua anaknya yang bermain salji di Turki.
Baik netizen dan rakan artis, semuanya mendoakan manis-manis buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Nah, sekeping moment waktu Tok Ti muda remaja, manis tu dari kecil lagi menjadi haknya.
Buat peminat Siti Nurhaliza, kalau nak tahu bakat nyanyiannya mula dikesan ketika usia enam tahun lagi. Sewaktu menyanyikan lagu tradisional berjudul ‘Sirih Pinang’ dalam acara akhir tahun persekolahan di Sekolah Tabika Perkep.
Apa pun, Rapi mendoakan semoga Dato’ Sri Siti Nurhaliza dihujani rezeki dan kebahgiaan hingga ke akhir nafas bersama insan tersayang. Selamat Panjang Umur Tok Ti!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbekalkan bakat dan wajah manis gadis Melayu, Vanidah atau mesra disapa Vee, nampak ayu dan manis dengan bertudung.
Namun, ini tidak menyatakan Vee sudah bertudung sepenuhnya. Masih belajar dan apa yang terbaik, doakan yang manis-manis.
Menginjak usia 50 tahun, raut wajah dan bentuk fizikalnya memang termasuk kategori awet muda. Pasti ramai yang tidak menyangka usia sebenar bintang filem The Red Kebaya ini.
Terkenal dengan gerak tarinya yang lincah sehingga bergelar juara dalam sebuah pertandingan tarian popular membabitkan barisan selebriti suatu ketika dulu, Vanidah yang berdarah keturunan India – Jawa sememangnya seorang wanita cantik yang sarat dengan nilai wanita Timur penuh kelembutan.
Namun, dalam kelembutan ibu dua anak ini, seorang yang sangat aktif dan menggemari aktiviti lasak.
Dalam negara pula, dah banyak larian marathon yang disertai Vanidah. Bukan setakat itu saja, dia juga merupakan ahli persatuan silat cekak. Terinspirasi sangat dengan amalan gaya hidup sihat Vanidah Imran.
Berkongsi lebih dekat mengenai pakai tudung, menerusi portal Xtra Vee mahu bersedia sepenuhnya jika membuat keputusan untuk berhijrah malah mengakui perkara tersebut adalah proses.
“Doakan, kita nak tutup mulut tempayan susah. Di usia begini, saya tak ambil peduli sebab ia satu proses.
Untuk saya berhijrah, saya perlu betul-betul pasti, saya tahu ia tuntutan dan wajib. Saya tak mahu nanti kalau saya pakai tudung, tapi jiwa saya meronta. Saya masih lagi nak fit (berbaju ketat).
Jadi bagi saya belajar dulu, bila saya pakai tudung itu proses. Allah tahu, saya selalu percaya pada itu.” Jelasnya.
Tambahnya, dia juga bimbang sekiranya hati berbolak balik jika sudah mengenakan hijab kelak. Sebaliknya dia mahu mahu menguatkan jiwanya terlebih dahulu.
Walau dah berusia lewat 50an pun tetap aktif. Tak hairanlah sampai sekarang dia mampu kekal awet muda, langsing dan menarik.
Kredit: Instagram Vanidah Imran
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan, ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal. Sama ada berbasikal secara individu atau berkumpulan, aktiviti ini makin popular hari ini.
Banyak manfaat diperoleh bagi yang mahu mencuba aktiviti lasak ini. Namun bagi yang baru mula-mula menceburinya perlu persediaan awal agar tidak mendatangkan masalah kelak.
Ini antara kenaikan aktiviti berbasikal yang perlu anda tahu.
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fungsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat.
Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bakteria di samping menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan.
Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stres yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua.
Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stres yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
1. Kayuhan pada kelajuan tinggi dan menggunakan gear yang rendah adalah untuk tenaga maksima dan mengurangkan kelesuan.
2. Pilihan gear yang sesuai adalah untuk membolehkan anda mengekalkan kayuhan dan mengekalkan kadar denyutan jantung pada sasaran yang ditetapkan.
3. Penukaran gear yang betul boleh mengekalkan rentak kayuhan di pelbagai jenis laluan.
4. Selalu tukar kedudukan tangan jika jarak kayuhan jauh untuk mengelakkan sakit leher , bahagian bawah belakang badan dan pergelangan tangan.
5. Pada beberapa minggu permulaan dari program berbasikal anda, berbasikal di laluan yang mempunyai laluan yang mudah antara 20 hingga 30 minit , tiga kali seminggu. Kekalkan kadar kayuhan sehingga 55 hingga 60 kayuhan seminit yang membolehkan anda berkayuh dalam pelbagai gear tanpa meletihkan.
Jaga kulit ni bukan waktu di siang saja, wajah juga perlu di jaga pada waktu malam. Ini kerana pada waktu malam adalah saat yang paling bagus dan penting untuk merawat.
Pada waktu malam kulit tidak terkena sinar ultra violet terutama sewaktu anda sedang tidur. Sel kulit mati akan digantikan dengan baru terutama bila mendapat tidur yang secukupnya. Jadi anda patut ambil peduli untuk manjakan kulit pada waktu malam.
Jaga Kulit Waktu Siang Dan Malam
Ini ada empat tips menjaga kecantikan di waktu malam:
1. Bersihkan Make-up
Amalkan untuk membersih mekap-up sebelum tidur untuk mengelak dari bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik. Gunakan kapas dan cleanser ya dan bilas menggunakan toner. Kalau salah bersih boleh timbul jerawat manja di wajah anda
2. Pakai Pelembap
Memang dikatakan saat anda tidur adalah paling sesuai untuk menggunakan pelembap. Pori-pori kulit terbuka di waktu malam. Boleh menggunakan krim malam yang sesuai dengan kuli anda dan disyorkan untuk digunakan setiap hari
3. Minum Air Masak
Petua untuk diet adalah minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter . Begitu juga jika ingin mendapat wajah yang cantik, minumlah segelas air masak sebelum tidur kerana bakal menambah vitamin E dan meneutralkan garam yang anda makan sebelum ini.
4. Tukar Sarung Bantal
Rajin-rajinlah mengganti sarung bantal . Seminggu sekali paling malas kerana bantal yang anda tidur mungkin tempat membiaknya kuman. Belum lagi dikira make-up yang tidak dibersih sepatutnya, minyak dan kotoran di rambut bakal menyinggah di situ.
Rugi jika anda tidak mencubanya untuk mendapatkan wajah yang cantik. Jadi, ingat bukan sahaja menjaga wajah cantik di pagi hari tetapi tengah malam pun kena jaga.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.