Satu perkongsian menarik daripada pelakon dan pengacara, Amyra Rosli tentang penjagaan tubuh badannya, memilih untuk hadkan berat 45kg sahaja untuk dirinya rasa selesa.
Target Berat Amyra Rosli 45kg
Kongsinya menerusi satu video Tiktok Mingguan Wanita, dia perlu menjaga berat badan ideal untuk stamina apatah lagi kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara. Katanya lagi, dia akan berpuasa jika beratnya menuju ke 47 kilogram.
“Saya ada limit yang saya letak pada berat badan. Berat limit saya 45kg, kalau saya rasa seluar jeans dah tak muat, dah menuju ke 47kg kemudian saya akan berpuasa. Sekarang berat saya 43kg.
Ads
“Terus terang saya makan semua benda, tidak ada pantang larang. Tetapi saya kawal kuantiti makanan dan tidak berapa minum ais.
“Saya bukan kata pentingkan sangat gemuk atau kurus, tetapi nak jaga stamina untuk lakonan dan pengacaraan. Sebab kalau minum ais boleh ganggu suara,” katanya.
Elak Makanan Manis Dan Berminyak
Ads
Dalam pada itu, Amyra berkata dia tidak mempunyai pantang larang tetapi mengawal pemakanan harian dalam kuantiti yang berpatutan serta elakkan daripada makanan manis dan berminyak.
“Saya tidak suka yang berminyak, mungkin sebab itu juga saya boleh kekalkan berat badan. Itu lah jawapan saya kalau orang tanya macam mana jaga badan. Kalau nak mula seminggu dua minggu memang susah, kena buat dari awal,” katanya.
Begitulah disiplinya Amyra Rosli bab pengambilan makanan hariannya, jadi jika anda pun mahukan tubuh berat yang sihat dan maintain, boleh lah cuba kawal gula dan makanan berminyak. Siapa tahu akan ada hasilnya, kan?
Nak cantik kena rajin dan konsisten, ingat tu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap tidak berputus asa dan mencuba sehabis baik menjadikan impiannya untuk mendapat berat badan ideal tercapai.
Biarpun pada mulanya seakan mustahil, tetapi kesungguhan dengan mengamalkan diet disarankan akhirnya berjaya menjadikan gadis ini Ku Nur Zawani mencapai berat idaman.
Melakukan Diet Suku-Suku Separuh (DSSS) perjalanan dietnya bermula sepanjang awal tahun 2019 hingga berjaya menghilangkan lebih separuh dari berat badan asal.
Jika sebelum ini beratnya 124 kg dengan ketinggian 165 cm dan Februari tahun lalu beratnya sekitar 78 kg.
Menurut gadis berusia awal 20 an ini perjalanan masih jauh dan mahu berusaha untuk menghilangkan 20 kg lagi bagi mendapat berat 62 kg.
Buat masa ini berat terkini dirinya yang masih menuntut di tahun akhir Universiti islam Antarabangsa (UIAM) adalah sekitar 68 kg -71 kg. Malah Nur Zawani juga gembira kerana kini dia boleh memakai baju saiz L/XL berbanding 5 XL dulu.
Walau apa pun, ayuh kita lihat perjalanan dietnya yang dikongsi setahun lalu untuk dijadikan inspirasi buat wanita di luar sana.
Assalamualaikum, first time post pasal diri di facebook. Minta maaf kalau tak memenuhi syarat yang diletakkan admin, tapi saya berkongsi agar dapat jadikan pembakar semangat buat sahabat yang lain dan juga buat diri untuk teruskan perjuangan.
Dan mungkin ada terjumpa di posting saya di tempat sebelah. Tapi perjalanan saya mengamalkan dssp cuma carbohidrat saya tukar kepada roti wholemeal (purple/hijau) atau saya ambik ubi keledek/sweet potato macam dalam running man tu
Doakan saya supaya berjaya capai bmi yang normal yaa demi capai cita-cita impian saya
Hasil dari saya diet calori, eat clean dan suku-suku separuh.
Berat asal : 124kg
Berat 2019(tiada gambar) :88kg
Berat sebelum pkp(feb 2020) : 88kg (naik turun sebab leka serta sibuk study dan main-main tak jaga pemakanan sgt)
Berat sekarang :78kg
Berat target : 62kg
Tinggi saya :165cm
Lebih kurang 20kg lagi. Jauh perjalanan semoga saya istiqamah, terima kasih
Minta maaf tak dapat reply semua. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa. Minta maaf juga baru perasan admin approve. Buat yang tanya saya kongsi cara saya. Lain badan lain penerimaan dan kadar metabolisme yang berbeza. Jenis badan saya inverted triangle shape (segi tiga terbalik)
Contoh cara pemakanan saya.
*kalau dirumah*
Pagi :air kosong + buah (slalunya apple hijau)
Tengahari : roti wholemeal 1@2 keping, apa jenis masakan sayur, protein (ayam/ikan rebus) / goreng ( goreng bagi saya lagi bagus dari sambal atau rendang sb minyak boleh lap pakai tisu, tapi skrg boleh guna airfryer)
Petang merangkap malam: bergantung jugak sama ada saya makan sup sayur tadi atau buah + yogurt
** Air saya ambil 4.6liter (1liter untuk 25kg brt bdn) ini paling penting sb mmg kenyang
** wajib ada buah untuk emergency time (saya tak ambik sgt kekacang, elakkan jerawat)
Kalau di hostel:
Pagi : minum teh hijau + air kosong + jacob yg ada grain/ roti wholemeal/ instant oat
Tengah hari : buah/roti (sb xsempat kejar nk masuk kelas)
-Saya betul-betul lebihkan buah dan sayur. Protein pun dalam kadar yg diperlukan badan. Air kunci utama. Carbo jujur saya elakkan nasi. Tapi saya tak tinggal roti wholemeal. Kalau jemu saya ambik ubi keledek atau rolled oat. Mmg konsep suku² separuh
-Kadang-kadang saya suka rebus air halia dan serai.
-Sebelum exercise kalau rajin saya sapu losyen mustajab. Sebab saya rasa lemak saya kategori lemak paling degil didunia. Lambat sangat2 nak kecut
– Ya saya ada exercise. Awal-awal dulu saya suka zumba. Lepastu stop, saya berjinak dgn joging sikit-sikit ja. Pkp ni baru nak kenal workout. Selebihnya saya banyak aktiviti fizikal macam bergerak ke kelas.
** Semangat saya ada naik turun. Hampir give up, tapi saya cuba letak target dan azam nak capai ssuatu. InshaaAllah nak tak nak kena cuba juga usaha. Cuma perjalanan saya lambat sikit berbanding yang lain.
Terima kasih admin. Terima kasih semua ahli. Doakan saya ya
Jika anda ikuti perkembangan pelakon Indonesia, Dian Sastrowardoyo, dia dilihat kerap berkongsi aktiviti bersukan di akaun media sosialnya. Malahan dengan tubuh badan yang slim, wajahnya juga seolah-olah tak makan dek usia. Cantik!
Suka melakukan aktviti sukan, ini adalah salah satu hobinya. Jadi tak pelik jika da memiliki raut wajahnya yang jelita dan tubuh badan yang ‘elok’.
Dian Sastrowardoyo memilih tenis, berbasikal dan berjoging sebagai sukan tetapnya. Bagi pelakon berusia 40 tahun ini, senaman sangat penting dalam menjalani gaya hidup sihat.
Badan yang sihat adalah aset penting agar dapat terus bekerja dan melihat anak-anak membesar.
Mengamalkan gaya hidup sihat menjadikan Dian Sastrowardoyo kelihatan cergas dan sihat pada usia 40 tahun.
Selain itu, gaya hidup sihat juga salah satu kunci kepada berat badan ideal yang dimilikinya.
Bukan sahaja bersenam, Dian Sastrowardoyo juga selektif dalam pengambilan makanan demi mengekalkan berat badan ideal.
Kebanyakan menu sihat pilihan Dian Sastrowardoyo mengandungi pelbagai khasiat. Pelakon yang memegang watak Aruna dalam filem ‘Aruna Dan Lidahnya’ ini juga rajin memasak menu sihatnya sendiri.
Berikut senarai menu sihat ala isteri Maulana Indraguna Sutowo ini seperti dikongsi oleh BrilioFood.
Untuk sarapan pagi yang ringkas, Dian Sastrowardoyo selalunya bergantung kepada roti gandum jika terlalu sibuk dan tidak sempat bersarapan di rumah.
Tambahan mentega kacang dan hirisan pisang melazatkan lagi menu serta lebih berkhasiat.
Dian Sastrowardoyo sering memilih makanan berasaskan tumbuhan. Salah satunya ialah mee goreng vegan yang menjadi menu sihatnya. Mee vegan ini dihidang bersama lobak merah dan brokoli sebagai sumber serat serta tempe sebagai sumber protein.
Dian Sastrowardoyo juga adakalanya makan ayam panggang dan dua biji telur sebagai sarapan. Kedua-dua makanan ini boleh menjadi sumber protein yang mengenyangkan dalam tempoh yang lama.
Dian Sastrowardoyo juga pernah menghasilkan menu sihatnya sendiri. Salah satunya sup ayam dengan pelbagai jenis sayur. Dian Sastrowardoyo mengolahnya dengan perasa yang minimum bagi mengekalkan khasiatnya.
Dian Sastrowardoyo sentiasa memastikan dietnya mengandungi nutrisi yang lengkap. Oleh itu, dia turut menambah makanan dari jenis berbeza yang terdiri daripada baby potato, salad dan daging.
Untuk makan tengah hari, Dian Sastrowardoyo biasanya makan makanan yang agak banyak. Dia memilih nasi yang dihidangkan bersama tauhu dan tempe serta sayur berkuah. Dian Sastrowardoyo cenderung memilih nasi yang lebih sihat dan kaya serat seperti beras perang.
Dian Sastrowardoyo juga memakan brokoli jagung sebagai sajian sihat di rumah. Menu ini dimasak dengan bahan-bahan yang sihat tanpa menggunakan santan.
Selalunya selepas bersukan, Dian Sastrowardoyo memilih menu sarapan yang sihat bagi memulihkan tubuh. Dia biasanya memakan croissant dengan taburan keju.
Selain mengambil mee yang diperbuat daripada sayur-sayuran, Dian Sastrowardoyo juga kadang kala makan mee bersama udang yang diperbuat daripada sayuran. Dan juga menambah sayur-sayuran hijau dalam menu ini.
Nasi merah sering menjadi santapan Dian Sastrowardoyo jika dia teringin nak makan nasi. Ia dimakan bersama sayur tumis dan ayam vegan yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
Namun Dian memang lebih memilih makanan yang diperbuat daripada sayur-sayuran berbanding daging.
Jadi jika anda nak tubuh badan yang cantik dan sihat, anda pun kena amalkan gaya hidup yang sihat seperti Dian Sastrowardoyo.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya inginkan berat badan ideal. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah golongan selebriti.
Dan terbaru ramai memperkatakan tentang penampilan penyanyi dan penulis lirik dari negara seberang Melly Geoslaw yang dikatakan semakin langsing dan cantik.
Jika dulu penyanyi bersuara lunak ini dikatakan mempunyai berat badan berlebihan dan mengenakan baju bersaiz XXL, tetapi kini tampil bergaya dengan baju bersaiz M.
Ternyata pelantun lagu Jika dan Ketika Cinta Bertasbih ini sangat beza bentuk fizikalnya dan sangat yakin dengan dirinya sendiri.
Melalui entri di Instagram miliknya, pada awal Februari lalu, Melly telah memuat naik foto dirinya sambil menulis bahawa tubuhnya kini lebih kurus dan sihat.
Rahsianya adalah beliau menjalani program diet dengan seorang doktor pemakanan yang terkenal iaitu Dr Cissie Nugraha.
Bagaimanapun, ujar Melly, banyak produk pelangsingan badan dan diet yang mengaitkan namanya secara sembarangan seolah-olah dirinya mengamalkan produk tersebut.
“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah menggunakan produk itu. Hasil penurunan berat badan kini benar-benar hanya dikendalikan oleh Dr Cissie Nugraha sahaja,” jelas Melly lagi.
Jadi bagi mana-mana mereka yang inginkan berat badan ideal, pilihlah pihak yang berkaitan agar tidak ada kemudharatan lain kelak.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.