Kebiasaanya Ramadan adalah bulan paling sesuai untuk kita berusaha menurunkan berat badan secara lebih sihat.

Namun ada kalanya terbabas jika bila melihat lambakan makanan untuk berbuka yang kebanyakan dijual di bazar Ramadan.

Perkongsian Jurulatih Kecergasan, Mohd Shahfazreen memberitahu beberapa punca berat badan naik sepanjang di bulan puasa.

Artikel Lain: “Bangun Dari Sakit, Start Diet & Exercise’ – Kisah Diet Wanita Ini Beri Inspirasi

Antaranya salah satu adalah banyak minum air manis dan bergula sewaktu berbuka. Menurutnya 1 gelas air tebu 250ml mempunyai kira-kira 184 kalori.

Jurulatih Kecergasan Dedah Punca Berat Badan Naik Ketika Ramadan, Terutama Waku Berbuka & Sahur

Punca Berat Badan Naik Waktu Bulan Puasa

Ayuh, kita lihat apa lagi sebab lain menyebab kenaikan Berat Badan seseorang.

Ada beberapa punca berat badan naik ketika di bulan Ramadan. Antaranya:

1. Selalu skip sahur. Waktu berbuka jadi terlalu lapar, sukar kawal diri dan ambil lebih kalori.

2. Terus makan dengan banyak diawal waktu berbuka. Ia tingkatkan paras gula dalam darah.

3. Kesannya insulin dirembeskan dengan banyak dan selera makan ikut naik mendadak.

4. Banyak minum air manis dan bergula waktu berbuka. 1 gelas air tebu 250ml ada 184 kalori.

IKLAN

5. Banyak makan karbohidrat ringkas. Ia punca lambat kenyang, tambah selera & tinggi kalori.

6. Terbeli banyak makanan di luar. Nak dibuang sayang, terpaksa habiskan. Tambah kalori lagi.

7. Gemar makan lewat malam. Biasanya yang tinggi kalori. Jarang orang makan oat waktu ni.

8. Kesannya tak lalu nak bangun & skip sahur. Bila waktu berbuka, belasah makan semuanya.

9. Ratah biskut dan kuih raya yang dah dibeli lebih awal. 1 biji almond london ada 110 kalori.

10. Makan laju. Dari suapan pertama, ia ambil 20 minit untuk signal kenyang sampai ke otak.

11. Belasah makan sepanjang 20 minit, kalori diambil mungkin berlebihan.

IKLAN

Artikel Lain: Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan. Doktor Beritahu Bahaya Ambil Produk Overclaim Kesihatan!

Selain itu:  Hikmah Sakit 2 Tahun Dulu, Bonda Rozita Strict Jaga Makan. Kurus Sampai Boleh Sarung Baju 20 Tahun Lalu!

Jurulatih Kecergasan Dedah Punca Berat Badan Naik Ketika Ramadan, Terutama Waku Berbuka & Sahur

*****

Usaha untuk bersahur. Nafsu makan lebih terkawal ketika berbuka puasa.

Mula berbuka dengan makan sedikit. Lepas solat maghrib baru makan berat.

Bandingkan 2-3 jenis makanan dan pilih yang lebih rendah kalori. Beli sekadarnya.

Masuk tidur awal, dapat elak makan tengah malam dan tak bangun bersahur.

IKLAN

Makan perlahan dan ingatkan diri yang kenyang datang kemudian.

Aktifkan diri walau tak bersenam. Kalori masuk & keluar seimbang, berat badan tak bertambah.

Ekstra Info:

Elak terus belasah makan banyak awal waktu berbuka puasa. Ia bantu kawal paras gula dan insulin dari naik mendadak. Nafsu makan jadi lebih bertenang, mudah nak kawal didi dan dapat elak makan berlebihan.

Cukukan minum air kosong. Bahagikan dari mula buka puasa sampli waktu moreh.

Berdoa juga sebelum azan. Pesan Nabi S.A.W ini waktu mustajab untuk doa. Minta pada Allah agar terus kuat semangat dan berjaya turut berat badan pada kali ini.

Begitulah.

Mohd Shahfazreen.

Salam Ramadan Kareem!

 

Jurulatih Kecergasan Dedah Punca Berat Badan Naik Ketika Ramadan, Terutama Waku Berbuka & Sahur

Artikel Lain: Tak Susah Nak Kurus Dengan Sihat & Selamat. Coach Aina Nadirah Kongsikan Caranya

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI