Sejak 16 tahun berkecimpung dalam dunia seni tanah air, selebriti ini memang dikenali dengan seorang yang begitu berdisiplin dan menjaga penampilan dirinya.

Memulakan kerjaya sebagai modeling, boleh dikatakan pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 37 tahun ini seorang yang sangat menepati masa.

Jika dikatakan shooting jam enam pagi, seawal setengah jam sebelum itu sudan sampai ke tempat dijanjikan.

Oleh sebab itu, dia antara pelakon yang sering menjadi pilihan pengarah untuk setiap drama terbaru.

Walaupun kini sudah mempunyai tiga cahayamata namun penampilannya masih lagi kekal sihat dan cergas.

Waktu Tidur Cukup

Ketika ditanya dalam satu majlis, Fasha memberitahu salah satunya rahsia adalah mempunyai waktu tidur yang cukup.

“Walau sibuk sekalipun dengan shootibg, saya akan pastikan waktu tidur cukup. Saya juga akan minum air yang banyak dan sentiasa kekal positif.

“Selain itu, seperti orang lain, saya juga turut membuat senaman ringan dengan berjalan sekeliling rumah untuk beberapa minit.

“Dan tak lupa juga makan vitamin yang tidak memudharatkan untuk kekal sihat,” jelasnya yang mudah basa menjadikan aktiviti rutin bangun pagi dengan solat Subuh sebelum meneruskan aktiviti lain.

IKLAN

“Sejak 16 tahun lalu saya memang jenis senang bangun pagi untuk memulakan rutin sebagai ibu, isteri dan anak seni.

“Saya selalu cakap dekat artis baru, yang lama kelamaan kita akan jadi ‘lama’. Itu putaran hidup. Cuma kalau tak bagus tak apa, berusaha memperbaiki kelemahan dan jaga benda yang boleh dijaga contohnya disiplin dan komitmen kerja.

“Dua hal itu saya tak boleh berkompromi. Insya-Allah ada jalan dan rezekinya. Pada masa sama kita terus gilap bakat dan sentiasa belajar. Tahap sekarang pun populariti yang saya fikir. Kalau ada… bonus,” kata Fasha pada majlis memperkenalkannya sebagai duta atau pengguna setia produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute di ibu kota.

Rezeki Jadi Duta Produk

Malah hingga kini biar berganti wajah pelapis dunia seni, Isteri kepada Aidil Aziz dan ibu kepada Putra Rayfal, Putri Raysha Jemyma serta Aisha Amaira tetap berada di liganya tersendiri.

Tidak hanya ‘laku keras’  dengan tawaran seni, kakak kepada Elisya Sandha ini juga terus diintai diberi kepercayaan sebagai duta produk.

Malah jika mengikuti perkembangannya di Instagram, tag line ulasan produk atau makanan dipanggil ‘tak sedap kami tak kongsi’ juga mencuri perhatian.

IKLAN

Dalam erti kata lain, Fasha tidak sembarangan atau asal boleh dalam menerima kerja ulasan produk. Sejak dulu lebih 15 produk sudah memilihnya menjadi duta.

“Macam jodoh saya dengan produk vitamin C ini pun bermula ketika menjayakan kempen tiga bulan sejak Oktober tahun  lalu untuk mencuba dan merasai keberkesanannya.

“Saya pun sama seperti adik beradik pengasas Wawawien yang tak suka makan kapsul atau tablet. Ia dihadirkan dalam bentuk serbuk. Ternyata produk itu serasi dengan saya kerana bukan tujuan untuk memutihkan kulit. Tapi menjadikan kulit sihat.

“Rezeki berpihak kepada saya sejak Disember tahun lalu kerana dilamar sebagai duta atau pengguna setia selama setahun. Malah wajah saya juga sudah terpampang di billboard seluruh Malaysia sepanjang lebuh raya,” katanya yang tersentuh lihat kesusahan golongan wanita dan ibu ketika pandemik Covid-19.

Bantu Golongan Wanita & Ibu

“Hati dan naluri saya sebagai wanita serta ibu mudah rapuh dalam hal ini. Saya faham kesusahan golongan wanita dan ibu di era pandemik COVID-19 ini. Ada yang terputus rezeki dan hilang kerja.

IKLAN

“Mereka ingin bantu golongan itu bangkit dan berjaya. Saya menyokong 100 peratus aspirasi dan semangat murni itu. Modal nak jadi agen pun semurah RM299. Istimewanya dihadirkan set edisi terhad Fasha Box Gebu Glow menggabungkan perisa kegemarannya blackcurrant dan strawberi dalam satu sachet.

“Hanya 25000 kotak saja dikeluarkan. Satu kotak ada 10 sachet dengan harga RM29.90 dan boleh beli menerusi agen sah di tanda pagar #GGboss,” katanya.

Untuk info, produk ini diasaskan oleh dua beradik berasal dari Kedah, Maizatulnazwa Mohd Zulkifli (Wawa), 34, dan adiknya, Nurul Nazwin Mohd Zulkifli (Awien), 29, dan mencipta jaya sebagai usahawan syarikat Wawawien (gabungan nama mereka).

Artikel Berkaitan:

Elok Pakai Bila Usia Masuk 30-an. Doktor Kongsi Cara Pilih Produk Kolagen Di Farmasi!

Kulit Putih & Cerah Tak Bermaksud Sihat. Ini Kriteria Wanita Perlu Ambil Tahu Elak Masalah Kulit!

Perah Jus Lemon, Cara Terbaik Minum Teh Hijau Untuk Bantu Turunkan Darah Tinggi