Lambakan bazar Ramadan bagai cendawan tumbuh menyebabkan sukar untuk kita mengawal kawa nafsu makan untuk membeli pelbagai juadah yang dijual.

Namun itu bukan alasan untuk tidak mengamalkan diet di bualan mulia ini. Malah sebenanya Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk seseorang itu mengamalkan diet sihat dan sekaligus mengurangkan berat badan berlebihan.

Artikel Lain: Kekal Diet Di Bulan Puasa. Wanita Kongsi Menu Sihat Untuk Berbuka & Sahur!

Perkongsian sahabat Masak Apa Hari ini Faizal Yamin memberitahu 3 tip untuk hilang 5KG sepanjang di bulan puasa.

Nak Badan Langsing Sebelum Raya. Ini Cara Mudah Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa!

Hilang 5KG Di Bulan Puasa

“Kurusnya!” tegur member semalam.

Iye, hilang dekat 5kg dah, kata aku.

IKLAN

Tips turunkan berat badan di bulan puasa;

1. Mulakan berbuka dengan kurma 3 biji dan air suam. Solat maghrib dulu, kemudian baru makan yang berat. Sebabnya, otak akan dapat signal 7 ke 8 minit bahawa kita kenyang. Dan nutrition dari kurma tu akan jadi extra booster, tenaga pantas yang kita perlukan seadanya.

Jadi, cukup berbuka dengan kurma saja, dan kita takkan rasa ‘berat’ dan kekenyangan untuk solat nanti.

Nak Badan Langsing Sebelum Raya. Ini Cara Mudah Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa!

IKLAN

2. Elakkan ais waktu berbuka tu. Inilah punca korang rasa lesu dan ‘berat’. Cara aku, air sejuk aku minum selepas selesai terawikh dan waktu bersahur. Sahur tu aku minum susu kurma sejuk, letak ice sikit.

Rasionalnya, perut kita tak bersedia lagi dengan proses penghadaman antara minuman be-rais dan makanan berminyak. Biasanya, kita akan minum dalam kuantiti yang banyak jika minum minuman sejuk. Rasa tak puas minum. Tambahan pula makanan berminyak dikira heavy meal.

3. Cuba jauhkan bazaar Ramadhan. Ini serius!

IKLAN

Bayangkan, perut tengah berkeroncong lapar dihidangkan dengan pelbagai makanan. Pelbagai jenis dan warna. Confirm korang akan kantoi. Pasti akan terbeli makanan berlebihan. Penyudahnya, terpaksa makan atau ke tong sampah. Tak pepasal syaiton yang kena jel ketawa keriangan. Raya awal diorang.

Tapi, kalau dah mengidam bebeno, tambah pulak anak dah merengek nak makan murtabak bazar tu, singgah ler sesekali.

Puasa ni ibadah. Pahala kita tak sama. Jadi masing-masing ada cara dan keunikan tersendiri. Apapun, moga ramadhan kali ni membawa seribu makna. In syaa Allah.

Nak Badan Langsing Sebelum Raya. Ini Cara Mudah Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa!
Gambar sekadar hiasan

 

Selain itu:  3 Tip Mudah Senaman Untuk Beginner, Tak Perlu Push Diri Lakukan Setiap Hari

#Ramadan #iftar #sunnah

Artikel Lain: Amalkan Diet ‘Intermittent Fasting’ & Ini Antara Menu Sihat Dikongsi. Confirm Langsing!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI