Seperti yang kita tahu madu mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Namun begitu, madu juga mempunyai pantang larang tersendiri yang tidak boleh dilakukan selepas meminumnya.

Pantang Larang Lepas Minum Madu

1. Jangan Tidur Selepas Minum Madu

Ada sesetengah orang yang minum madu sebelum tidur kononnya untuk menjaga kesihatan. Tetapi sebenarnya, madu memiliki kandungan kalori yang cukup tinggi.

Satu sudu madu sekurang-kurangnya mempunyai 64 kalori sementara gula hanya mengandungi 49 kalori dalam jumlah sama.

Ganti kebiasaan minum madu ini pada waktu pagi agar kalorinya dapat terbakar. Jika kita minum sebelum tidur, kalori yang terkandung di dalamnya boleh menyebabkan risiko obesiti.

Madu Memang Banyak Khasiat, Tapi Kena Tahu Pantang Larang Pengambilannya

 

Ads

2. Elak Makanan Bergula Selepas Minum Madu

Ramai menjadikan madu sebagai pengganti gula. Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang lebih rendah berbanding gula, madu asli juga kaya dengan kandungan magnesium, kalium, antioksidan dan mineral.

Pengambilan madu berlebihan dapat meningkatkan kadar gula dalam darah sehingga meningkatkan risiko kenaikan berat badan, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.

Sebaik-baiknya, elakkan mengambil makanan yang tinggi kandungan gula selepas minum madu.

Ads

3. Jangan Minum Madu Dalam Kedaan Panas

Sebaik-baiknya jangan minum madu yang dipanaskan kerana ia dipercayai boleh mematikan khasiat yang terkandung di dalamnya selain menyukarkan proses penghadamannya.

Masyarakat India juga percaya mencampurkan madu dengan minyak sapi boleh menyebabkan ia menjadi racun pada tubuh.

Madu Memang Banyak Khasiat, Tapi Kena Tahu Pantang Larang Pengambilannya

4. Jangan Beri Madu Pada Bayi

Madu tidak sepatutnya diberikan pada bayi berusia kurang 12 bulan. Madu, terutamanya yang asli, terdedah kepada bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.

Ads

Bakteria ini dapat menyebabkan keracunan botulisme, di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan boleh meragut nyawa. Ia jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mempunyai sistem imunisasi yang tinggi.

Namun jika selepas minum madu anda berasa pening, mual, muntah dan cirit-birit, segera berjumpa dengan doktor.

Artikel Berkaitan:

Ini Sebabnya Kenapa Badan Rasa Lemah Setiap Kali Lepas Berbuka Puasa

“Jangan Skip Sahur” – Kevin Zahri Kongsi Tip Kekal Cergas & Langsing Sepanjang Berpuasa

Selain Kekal Sihat, Dapat Cantikkan Bentuk Badan. Ini Kelebihan Bersenam Di Bulan Ramadan!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI