senaman yang betul

Bila ditanya apa cabaran paling susah untuk kurus, biasanya mesti bab nak kekalkan buat senaman. Macam-macam alasan ada, sibuk kejar masa atau mungkin penat uruskan kehidupan harian.

Tahu-tahu, balik rumah untuk tidur. Ya memang lah makan boleh skip tetapi senaman langsung tak buat. Ini salah ya tuan puan. Anda sebenarnya kena ada panduan yang betul untuk memastikan tidak terbabas dari landasan kurus.

Mari ikut nasihat Puan Norafiza Mahmud ini, nampak juga hasilnya. Yang penting kena rajin dan disiplin.

Kena Rajin Buat Senaman

Dalam proses menurunkan berat badan, bukan lah tertumpu kepada penjagaan makanan semata-mata. Jaga makan dan wajib bersenam. Itu baru betul.

Ramai yang tertanya-tanya. Bila masa sesuai untuk bersenam? Okey kat sini Cik Oya bagitau bersenam lah ikut masa korang. Jangan samakan masa kita dengan orang lain.

IKLAN

Tak Guna Cut Makanan Kalau Senaman Culas, Dapat 30 Minit Sehari Pun Dah Okay

Ada yang terlalu sibuk waktu pagi. Tak sempat nak bersenam dulu. Tak apa, boleh buat waktu petang. Andai tak sempat juga waktu petang. Sebelum tidur pun boleh bersenam tau. Jangan kau orang tak tahu pula.

Macam Cik Oya setiap pagi rutin Cik Oya akan bermula jam 4.30 atau 5 pagi. Dah siap semua buat sarapan dan uruskan barang sekolah anak. Cik Oya akan keluar berjoging sekitar 20-30 minit.

Balik dah boleh bersiap untuk ke tempat kerja. Jadi kat sini kau orang wajib tahu dan mahir untuk uruskan jadual harian. Kalau fail bab ni. Semua akan kelaut.

IKLAN

Tak Guna Cut Makanan Kalau Senaman Culas, Dapat 30 Minit Sehari Pun Dah Okay

Dah tu yang tak sempat pagi. Petang pun boleh. Sekitar jam 6 petang waktu terbaik sebab waktu ni otot menjadi fleksibel dan panas. Paru-paru pun berfungsi dengan baik waktu ni.

Di Rumah Boleh Buat

IKLAN
Selain itu:  5 Senaman Buat Sambil Baring, Pantas Boleh Lenyapkan Lemak Di Bahagian Perut

Senaman ni jangan kau orang hadkan hanya di gym atau tempat rekriasi semata mata tau. Di rumah pun boleh buat. Buat dengan anak anak lagi seronok.

Kesimpulan dia, senaman ni wajib kau orang buat setiap hari sekurang kurangnya 30 minit sehari. Tak guna kalau cut makanan itu ini kalau senaman culas nak buat.

Tak Guna Cut Makanan Kalau Senaman Culas, Dapat 30 Minit Sehari Pun Dah Okay

Jus peria dan epal hijau ini saya amalkan pada permulaan diet cara Cik Oya. Ia mampu menolong mengawal nafsu makan dan memotong selera kepada benda-benda manis.

Sudah dapat rahsia nak kurus dengan cepat bukan? Selepas ini anda boleh rajinkan diri senaman setiap hari ya.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI