Tidak dinafikan, ramai kini memilih untuk aktiviti berbasikal dalam mengekalkan kecergasan tubuh.
Dilakukan secara berkumpulan atau individu, aktiviti lasak ini memberi manfaat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan.
Jika dilakukan secara konsisten berat badan boleh turun dengan cepat dan perut lebih mudah kempis.
Malah mengayuh basikal adalah salah satu cara yang berkesan untuk membakar kalori dan membantu meningkatkan tahap kesihatan serta kekuatan fizikal tanpa perlu menyekat diet harian.
Seperti semua jenis senaman sebelum berkayuh perlu melakukan aktiviti pemanasan badan sekitar 15 minit. Pemanasan badan ini penting untuk elak sebarang kecederaan dan merangsang otot untuk bersedia untuk mengayuh.
Begitu juga selepas mengayuh perlu melakukan aktiviti penyejukan badan seperti melakukan kayuhan ringan sekitar 15 minit bagi membantu merehatkan otot dan badan.
Terdapat tiga jenis basikal yang biasa digunakan dalam aktiviti basikal ini iaitu;
1. Basikal jalanan (road bike)
Basikal jenis ini hanya boleh digunakan di jalan raya. Ia sangat ringan dan mempunyai tayar yang kecil yang direka khusus untuk menyusur di jalan raya. Boleh dikatakan basikal jenis ini berteknologi tinggi kerana sering berubah mengikut peredaran zaman terhadap aerodinamik dan materialnya.
Ads
Mungkin itu punca basikal ini mahal harganya. Namun kepuasan menunggang basikal jenis ini apabila berkayuh jarak jauh sekitar 80km hingga 160km.
2. Basikal gunung (mountain bike – MTB)
Basikal jenis ini sesuai untuk kayuhan di atas jalan biasa. Ia adalah basikal pelbagai guna kerana boleh menyusur di laluan lereng bukit, gunung, sungai, jalan hutan dan taman perumahan. Basikal gunung ini terbahagi kepada dua;
i. Hard tail – mempunyai penangguhan (suspension) hanya di bahagian depan (fork) dan tidak di bahagian belakang. Biasanya digunakan untuk memanjat bukit dan offroad yang tidak mencabar.
ii. Soft tail – mempunyai penangguhan (suspension) di bahagian depan (fork) dan belakang. MTB jenis ini biasa digunakan ketika menuruni bukit yang mencabar.
3. Basikal untuk melancong (touring bike)
Basikal jenis ini biasanya digunakan oleh pelancong untuk melawat sesuatu tempat pelancongan. Basikal jenis ini mempunyai ruang untuk meletak beg dan mengayuh dengan santai.
Apabila sudah mula mengayuh cuba pelajari teknik yang betul. Ini kerana teknik yang betul dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kayuhan lebih berkesan. Teknik yang salah boleh menyebabkan otot menjadi lenguh dan prestasi menurun.
Gunakan gear yang paling berat dan berkayuh secara agak perlahan sekitar 50 hingga 60 rpm. Keadaan ini akan membuatkan anda menggunakan semua otot untuk mengekalkan corak pusingan kayuhan di samping menggunakan tenaga yang bersesuaian untuk mengekalkannya.
Ads
Kemudian cuba kayuhan dengan gear yang ringan dan pusingkan pedal selaju yang mampu (100, 120, 150 rpm) tanpa merasa terlambung-lambung. Ini akan memperbaiki pusingan kayuhan supaya lebih sempurna.
Memilih Basikal Yang Sesuai
Memilih basikal bukan umpama membeli bola di kedai sukan. Pembelian basikal perlu bersesuain dengan penunggan dengan mengambil kira saiz tubuh. Setiap basikal mempunyai saiz yang dikira dalam inci iaitu:
Saiz XS (13inci hingga 14inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian antara 5 kaki hingga 5 kaki 4 inci.
Saiz S (14inci hingga 16inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 4 inci hingga 5 kaki 7 inci.
Saiz M (16inci hingga 18inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 7 inci hingga 5 kaki 10 inci.
Saiz L (18inci hingga 20inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian 5 kaki 10 inci hingga 6 kaki 1 inci.
Ads
Saiz XL (20inci hingga 22inci)
Biasanya untuk penunggang dengan ketinggian lebih dari 6 kaki 1 inci.
Namun ini hanya panduan sahaja kerana bentuk tubuh manusia tidak sama. Apa yang penting sebelum membeli perlu mencuba dengan mengayuh basikal tersebut terlebih dahulu. Berbincang dahulu dengan mereka yang pakar kerana basikal yang tidak sesuai dengan tubuh memudahkan lagi kecederaan.
5 JENIS AKTIVITI MOUNTAIN BIKE
1. Merentas desa (cross country – XC)
2. Enduro/All mountain (AM)
3. Freeride (FR)
4. Downhill (DH)
5. Dirt jump (DJ)/ Urban and Street (DJ)
Buah-buahan sitrus bukan hanya menyegarkan malah kaya dengan khasiat untuk meningkatkan kesihatan.
Terkenal dengan kandungan vitamin, mineral dan serat diet buah sitrus juga boleh meningkatkan sistem imun tubuh dan tenaga.
Mengeluarkan khasiat tanpa mengira peringkat usia dan boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus.
Limau nipis
Buah sitrus berkesan membantu menurunkan tekanan darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar dan lain-lain. Potasium yang terdapat dalam buah sitrus menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit tubuh agar organ penting seperti jantung, buah pinggang, saraf dan otot boleh berfungsi dengan baik.
Limau kasturi
Peningkatan usia menyebabkan berlaku penurunan kesihatan. Buah sitrus mampu membantu menyihatkan sel tubuh. Asid folat yang terkandung dalam buah sitrus menjaga kesihatan sel dan perkembangannya.
Limau gedang
Buah sitrus diketahui sebagai buah yang membantu menurunkan berat badan. Kadar metabolisma yang menurun membantu lemak berkumpul di bawah kulit. Buah sitrus yang rendah kalori dan jaya dengan serat adalah diet yang terbaik untuk mengawal berat badan.
Lemon
Vitamin C yang terdapat dalam buah sitrus berkesan untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Mengambil buah sitrus boleh menurunkan risiko penyakit seperti demam dan selesema. Anti oksida yang terkandung dalam buah sitrus membantu menyerap kalsium penting untuk fungsi sistem kekebalan tubuh.
Oren
Kaya dengan sumber flavonoid boleh membantu merawat dan mencegah penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Hesperidin, salah satu sumber flavonoid penting untuk mengawal tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan pertumbuhan tumor.
50 Peserta Join #RapiWerkit, Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti Satu Jam Setengah. Jika sebelum ini peserta yang hadir sekitar 30 orang, tetapi untuk zumba kali ini team #RapiWerkit berjaya menghimpunkan 50 peserta sekaligus dalam Zumba Aerodance Tiktok Party anjuran portal kecantikan dan kesihatan RAPI pada Sabtu lalu bertempat di Ladies Fitness Inspire, Bandar Saujana Putra.
Seawal jam 8 pagi peserta sudah datang dan masing-masing tidak sabar untuk mengeluarkan peluh.
Zumba Aerodance kali ini lebih istimewa kerana menghimpunkan 3 Zin bertauliah, iaitu Coach Sarimah, Coach Ariatie dan Coach An yang begitu bertenaga menggerakkan seluruh anggota badan mengikut muzik dimainkan.
Bermula tepat jam 9 pagi, dengan permulaan lagu-lagu rancak sebagai pembukaan tarian Zumba Aerodance, peserta begitu bersemangat mengikut rentak senaman dengan bantuan tiga zin cukup berpengalaman serta amat fit kerana mampu berzumba tanpa henti selama satu jam.
Layan Zumba Aerodance Tiktok Party Tanpa Henti
Kelihatan peserta masing-masing terus leka dan ligat menari hinggalah ke muzik yang terakhir. Kelihatan peluh merecik keluar dari dahi disebabkan aktiviti senaman Zumba Aerodance non stop ini.
Sebelum majlis berakhir, turut diadakan acara Lucky Draw untuk tiga pemenang serta sesi photography sebagai kenang-kenangan dari semua team dan peserta yang terlibat.
Seperti yang kita maklum minggu ini telah berlangsunganya penerimaan suntikan vaksin bagi AstraZeneca kepada sukarelawan di empat buah pusat terpilih.
Salah seorang sukarelawan yang turut menerima suntikan ini adalah selebriti Elfira Loy, 28 tahun.
Dia yang menerima suntikan vaksin ini di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi adalah atas diri sendiri dan orang sekeliling serta kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19 ini.
Dalam satu laporan, Elfira mengakui sebenarnya seorang yang takut untuk berjumpa doktor dan tengok jarum.
Tetapi dalam masa sama teruja untuk mendapatkan vaksin. Menurutnya urusan dan proses vaksinasi tidak lama dan sekejap saja. Malah tambahnya lagi ujian calitan lebih sakit dari suntikan ini.
Menulis dalam posting di laman Instagramnya Elfira turut menceritakan pengalamannya menerima vaksin setelah 24 jam berlalu. Hanya mengalami sakit kepala dan mengantuk saja.
Turut memberi tip salah satunya agar memakai baju yang sesuai ketika datang menerima suntikan.
Sangat takut pada hospital dan boleh dapat anxiety, tetapi penat dengan Covid menyebabkan terpanggil untuk menjadi sukarelawan
VACCINATED!
Alhamdulillah 24hrs observation done. Soooo story time!
El memang seorang yang sangatlah takut pada Hospital , Dr atau ubat. I will get anxiety bila berhadapan dengan benda-benda macamni. But i don’t how , i registered myself untuk ambik vaccine type Astrazeneca ni . Probably because i’m tired of COVID , and i just want to do my part.
Kalau anda was-was & ragu-ragu , Don’t worry di tempat vaksinasi tu sendiri ada Dr yang akan explain about it & akan guide anda sehingga yakin. Tiada paksaan.
Setelah 24 jam, hanya mengalami simptom sakit kepala dan mengantuk saja. Doktor turut mengingatkan untuk makan panadol selepas divaksin.
My symptoms was just mild headache & ngantuk sahaja. Dr advised me to take panadol 8hrs after vaccination, thats what i did & okay je. Sore sikit dekat tangan tapi tu normal mana mana jabs pun lenguh.
The vaccination process sangatlah mudah.
1 : Anda akan diberi borang untuk diisi , tunjuk ic & borang yang lengkap di pintu masuk & scan mysejahtera.
2: Pendaftaran.
Serahkan borang , mereka akan semak borang tersebut & tekan link di mysejahtera apps untuk scan code disitu.
3: Anda akan diberi pass number untuk berjumpa dengan Dr/mereka yang bertugas to explain about the vaccine atau menjawap soalan anda kalau ada
4. NEXT , adalah cubicle anda divaksin!
its so fast & easy. Kena bukak balik apps tu untuk scan code bahawa anda sudah terima vaksin.
5. Serahkan borang & anda akan terima card anda telah divaksin. Bukak apps again & tekan link lagi to scan the code.
6. Observation area. Tunggu 15/30minit untuk tengok jika ada symptoms.
Antara tip yang turut dikongsi untuk memudahkan urusan suntikan
TIPS : datang awal 30minit je . Walaupun appointment anda contohnya pukul 3 kalau datang awal dia akan proceed jugak. Mine is at 3 tapi by 3.03pm dah settle.
second , baju yang sesuai of course .
Mine ada button kat tengah so just selak dari atas sahaja sikit.