Saya rasa ada ketulan di breast kanan, kanser ke ni doc?
Ada 2 jenis ketulan payudara bukan kanser iaitu fibrosista(fibrocystic) dan fibroadenoma.
Fibroadenosis adalah ketulan abnormal yang tidak merbahaya (benign) di payudara, menyebabkan payudara rasa berketul dan kadangkala boleh terasa sakit.
Keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perubahan hormon semasa remaja pertama kali datang haid (permulaan haid) dan wanita yang pra-menopaus.
Ads
Ketulan fibroadenosis secara umumnya akan sembuh sendiri dan tidak membawa sebarang risiko untuk berubah menjadi kanser.
Fibroadenoma adalah ketulan licin pada payu dara, yang terdiri daripada tisu berserat (fibrous) dan berkelenjar (adenomatous).
Ketulan tersebut kenyal, licin, bulat dan boleh bergerak di bawah kulit apabila di periksa dan biasanya dipanggil sebagai ‘tetikus payu dara’.
Fibroadenoma dipengaruhi oleh hormon estrogen, kerana fibroadenoma paling kerap ditemui pada wanita di peringkat usia pre-menopausal atau hamil, atau wanita yang menopaus atau yang mengambil terapi hormon gantian (HRT).
Ketulan fibroadenoma adalah tidak merbahaya (benign) dan jarang bertukar jadi kanser.
Walaupun hanya 1 dalam 10 ketulan payu dara adalah kanser, 10 dalam 100 orang wanita adalah berisiko mendapat kanser payu dara dalam jangka hayat mereka.
Ads
Semua wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri setelah habis kitaran haid pada setiap bulan.
– Berdiri depan cermin dengan meluruskan bahu dan tangan di pinggang. Perhatikan saiz, bentuk dan warna payudara dalam keadaan normal.
– Angkat tangan keatas dan perhatikan perubahan yang sama.
Ads
– Perhatikan sebarang cecair keluar dari salah satu daripada puting (ianya mungkin berbentuk air, cecair berwarna susu, cecair berwarna kuning atau darah).
– Dalam keadaan baring, raba payudara dan celah ketiak untuk cari pembengkakkan dengan gerakan bulat.
– Dalam keadaan berdiri atau duduk rasakan sebarang bengkak dalam gerakan bulat.
Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. Jangan segan untuk jumpa doktor dan dapat rawatan awal.
Bantu saya untuk #share info penting ini sebab ramai wanita tak ambil berat dengan ketulan di payudara dalam lambat dapatkan rawatan doktor.
Dr. Ahmad Samhan Untuk belajar lebih banyak tentang info kesihatan, follow telegram saya
Masuk umur 40-an sudah Scha Al-Yahya, tetapi melihat kecantikannya, rasa teruja nak tahu rahsia awet mudanya. Agaknya apa set penjagaan wajah dan gaya hidup yang ibu kepada Lara Alana dan Lila Ameena ini amalkan, ya.
Bekas Juara Dewi Remaja 2005 / 2006 ini yang juga merupakan suri hati kepada pengacara, Awal Ashaari ini baru sahaja meraikan ulangtahun kelahiran yang ke-40 tahun pada 30 Mei lalu. Eh, jom selongkar rahsia cantiknya, dulu!
Scha Al-Yahya Kurangkan Gula Untuk Awet Muda, 2 Bulan Sekali Buat Facial!
Menurut pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, apabila semakin berusia, dia juga tidak dapat lari dari menerima kesan penuaan seperti garis-garis halus pada wajah.
“Tak nampak ke kat mata saya dah ada garis-garis, dekat leher saya dah ada kesan penuaan, tapi lighting sekarang hebat.
“Memang ada nampak kesan penuaan tu, tapi Scha apa-apa pun, macam orang lain cakap lah, kena ada SPF, Scha itu je,” ujarnya.
Antara kebaikan menggunakan produk yang mempunyai SPF pada wajah adalah bertujuan untuk melindung dan menjaga kesihatan kulit. Ini kerana SPF memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.
Malah, kandungan SPF yang sering digunakan dalam krim pelindung matahari (sunscreen) juga dapat mampu meremajakan kulit dengan memperlahankan kesan penuaan serta menjaga kecerahan dan kebersihan kulit setiap masa!
Scha Lakukan ‘Facial Treatment’ Dua Kali Setiap Bulan
Ketika ditanya, adakah Scha masih percaya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami (Au Naturale), Scha menjelaskan bahawa dia percaya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama, katanya melakukan rawatan pemulihan kulit wajah seperti rawatan Facial di pusat kecantikan (SPA) juga merupakan rutin wajib yang diamalkan Scha iaitu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Of course masih percaya bahan-bahan alami dan semulajadi (Au Naturale), mereka kata kurangkan gula, jadi itu je yang Scha lakukan!”
“Facial kena buatlah, tipu lah kalau tak buat facial atau benda-benda tu. Kita tetap ada lakukan rutin tu, sebulan dua kali,” jelasnya.
Untuk rekod, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkongsian hidup berkenaan, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata.
Lebih 15 menu diet sihat bento, seminggu amalkan boleh turunkan berat badan lebih cepat. Bagi mereka yang berhasrat untuk mengamalkan diet sihat, sangat digalakkan untuk membuat dan membawa bekal sendiri ke tempat kerja.
Menu yang dibuat juga simple dan boleh dicari dimana-mana. Malah jika diamalkan menu sihat ini setiap hari boleh menurunkan berat badan hingga ke angka yang kita kehendaki.
Assalamualaikum Hi gaiss, Dah masuk pertengahan tahun dah kita kan? Pejam celik pejam celik, Tak lama lagi masuklah 2023. Alhamdulillah, Atas segala Nikmat dan Rezeki dari ALLAH.
Jom bawa bekal sihat pergi kerja atau keluar ke mana², boleh buat untuk suami dan anak-anak tersayang untuk ke Office atau Sekolah juga. Tapi ikut portion dan keperluan badan masing-masing la ya.
Menu-menu ni semua boleh makan untuk Breakfast, Lunch atau pun Dinner. Menu Diet saya loss 25kg+ selama 10 bulan dulu, Sampai sekarang maintain je, Dah lebih 9 tahun dah saya amalkan DSSS ni. Ni semua menu² Breakfast, Lunch dan Dinner saya. Saya makan 6 kali sehari termasuk snacking.
Seminggu Amalkan Boleh
Boleh la kalau ada yang nak Tiruvasi Menu-Menu ni tapi ikut keperluan badan masingmasing la ya. Semoga bermanfaat.
Kalau nak lebih idea untuk Tiruvasi Menu-Menu Suku Suku Separuh ni boleh la ke IG atau FB MamiScha ada beratus ratus lagi menu² sihat yang boleh di tiruvasi dekat sana.
Boleh la tiruvasi ikut selera masing². InsyaALLAH hari² MamiScha update menu Diet harian.
Serik Kena ‘Eating Disorder’, Senaman Jadi Terapi. Rahsia Nadia Annuar Kekal Fit & Cantik! Personaliti ini hadir dalam dunia pengacaraan dengan pakej lengkap menjadikan figura ini cukup popular dan dikenali ramai.
Selain petah berkata-kata setiap kali mengacarakan suatu rancangan, kejelitaan Nadia Annuar juga turut mencuri perhatian ramai.
Dianugerahkan kulit puth bersih dengan susuk badan tinggi lampai ternyata ibu dua anak ini pandai menjaga kecantikan dirinya.
Nadia juga dilihat aktif melakukan aktiviti sihat dan kecergasan seperti bersenam dan dalam masa sama sibuk menguruskan perniagaan.
Ujarnya, amalan senaman membuatkan otak jadi lebih cergas, tubuh lebih cantik dan sihat. Tidak lengkap kehidupan Nadia jika dalam sehari tidak bersenam.
Sebelum itu rupanya, dia juga pernah mengalami masalah ‘eating disorder’ atau masalah gangguan pemakanan ketika berusia 26 tahun.
Masalah kecelaruan pemakanan yang dialaminya sudah sampai ke tahap tidak mahu makan.
“Ketika sakit, saya cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah ini. Alhamdulillah senaman dan aktiviti kecergasan adalah terapi terbaik buat diri saya. Sejak itu, saya mula bersenam setiap hari secara konsisten.
“Dalam seminggu, saya akan memperuntukkan empat hingga lima hari untuk bersenam. Tubuh juga perlu perlukan masa untuk berehat jadi tidak perlulah kita bersenam berlebihan sehingga boleh membahayakan tubuh.
“Selalunya dalam setiap sesi senaman, saya akan memperuntukkan masa selama lebih kurang satu jam setengah. Paling lama pun sekitar dua jam untuk satu sesi senaman. Aktiviti bersenam boleh dilakukan di rumah sahaja. Untuk mengekalkan stamina tubuh, kita perlu konsisten bersenam.
“Cara saya mengekalkan stamina tubuh ialah dengan bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan secara berkala.
“Bila kita sudah biasa bersenam, kita akan dapat rasa yang tubuh kita sentiasa cergas. Seelok-eloknya amalkan bersenam pada waktu pagi,” ujarnya yang juga merupakan anak kepada usahawan usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton.
Tambah Nadia lagi, bagi mendapatkan daya stamina yang tinggi bukan hanya perlu bersenam sahaja tetapi pada masa sama perlu mengawal pola pemakanan harian. Penting untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat.
“Saya memang tidak minum minuman manis. Tidak dapat dinafikan sebelum ini saya sudah terbiasa mengambil makanan dan minuman yang manis memandangkan keluarga saya berasalkan dari Kelantan. Namun lama-kelamaan saya sedar tabiat ini harus diubah.
“Saya jadikan kebiasaan minum kopi tanpa gula. Secara tidak langsung amalan ini membantu untuk ‘mencuci’ lidah. Percayalah apabila sudah terbiasa minum kopi kosong, kita tiada keinginan lagi untuk minum minuman yang manis,” kata Nadia yang juga gemar mengumpul pakain sukan.
Baginya pakaian sukan yang selesa dan cantik dengan warna dan corak ceria merupakan satu motivasi untuk terus bersenam.