Siapa tidak mengenali penyanyi popular Justin Bieber yang cukup popular dengan lagu-lagu nyanyian menusuk kalbu.

Namun pengumumannya baru-baru ini sangat mengejutkan ramai apabila beliau memberitahu bahawa dirinya didiagnosis dengan sindrom ‘Ramsay Hunt’.

Melalui video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, dapat melihat bahawa kondisinya masih stabil dan sindrom tersebut kelihatan seperti Bell’s Palsy.

Artikel Lain: Jangan Pandang Remeh Ketiak Hitam, Salah Satu Petanda Awal Hidap Kanser Atau Diabetes

Oleh disebabkan sindrom ini jarang berlaku, maka ramai antara kita yang tidak mengenali dengan lebih mendalam tentang sindrom ini.

Melalui perkongsian di laman sosial twitter, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu punca penyakit ini.

Mulut Senget Sebab Lumpuh Di Muka. Ambil Tahu Sindrom ‘Ramsay Hunt’ Dialami Justin Bieber!

Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).

Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.

IKLAN

Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurudan sistem imun. Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser, serta penyakit kronik.

Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:

– Sakit telinga

– Pendengaran terjejas

– Kelumpuhan sebelah muka

IKLAN

– Ruam berlepuh (seperti kayap)

– Vertigo(pening berpusing)

– Kering mata dan mulut

Mulut Senget Sebab Lumpuh Di Muka. Ambil Tahu Sindrom ‘Ramsay Hunt’ Dialami Justin Bieber!
Lebih kurang sama dengan penghidap bell’s palsy. Gambar sekadar hiasan.

Artikel Lain: Mula Diserang Migraine, Rupanya Disahkan Sakit Buah Pinggang Tahap 5. Wanita Ini Beri Peringatan!

Selain itu:  Khasiat Makan Betik Secara Konsisten, Mampu Cantikkan Kulit Wajah & Lambatkan Penuaan

Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:

IKLAN

– Ubat antiviral

– Ubat kortikosteroid

– Analgesik(tahan sakit)

– Terapi(fisioterapi dan carakerja)

Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.

Mulut Senget Sebab Lumpuh Di Muka. Ambil Tahu Sindrom ‘Ramsay Hunt’ Dialami Justin Bieber!

Semoga bermanfaat!

Artikel Lain: “Bangun Pagi Muka Senget” – Peneraju Bernama Radio Ini Kongsi Pengalaman Alami ‘Bell’s Palsy’

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI