Seperti yang kita tahu bawang putíh memang mempunyai banyak khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan.
Malah dikatakan juga bawang putih yang berulas kecil-kecil ini mempunyai ciri khas berkhasiat untuk menjaga tubuh dari pelbagai ancaman penyakit.
Antara khasiat bawang putih paling popular adalah dapat membuang angin dalam badan.
Angin dalam badan pastinya memberi ketidak selesaan dan perut juga akan menjadi kembung serta boleh melarat ke bahagian kepala.
Khasiat Makan Bawang Putih Bakar
Perkongsian petua ini memberitahu caranya untuk membuang angin dengan menggunakan bawang putih yang dibakar. Ambil beberapa ulas sebelum masuk tidur dan akan mengeluarkan angin ketika subuh.
Ads
Bila free ² en.suami rajin buat bom.selamat mencuba makan 3,4 ulas sebelum tidoq, sebelum subuh boleh degaq bom meletup buang angin..sangat baik untuk YG bekerja dalam aircond..
Baru-baru ini viral apabila seorang lelaki dikatakan hampir hilang nyawa setelah mencuci di bilik air guna bahan peluntur.
Sebenarnya ada cara yang betul untuk mencuci bilik air ini guna bahan peluntur.
Menurut perkongsian Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim cara yang diberitahu untuk mencuci bilik air adalah untuk mereka yang berani dan lakukannya dengan cermat.
Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya. Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Yang biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.
Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.
AMARAN: Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!
CARANYA: – Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor.
– Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman.
– Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain.
– Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas. Contoh untuk mangkuk tandas, spary keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.
1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan. Pastikan buka tingkap atau pintu untuk membebaskan keluar gas cecair peluntur yang meruap. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.
3) Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat. Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula.
4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil!
Kadang-kadang kita seperti diserang sakit perut yang berpunca daripada gangguan penceraan atau masalah lain membabitkan organ dalaman badan.
Antaranya seperti pedih ulu hati, kembung perut atau mengalami kekejangan secara tiba-tiba.
Keadaan ini menyebabkan kita terpaksa makan ubat jika sakitnya berterusan tanpa henti.
Tetapi sebenarnya sakit ini juga boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu konsumsi sebarang ubat, ada juga yang memerlukan rawatan atau perubatan susulan.
Merujuk kepada Medical News Today, gejala sakit perut yang biasa perlu dirawat dengan cara mudah seperti;
Apabila sakit perut menyerang, elakkan berbaring selama beberapa jam sehingga sakitnya berkurangan.
Ubah posisi badan seperti merangkak di atas katil atau sofa selama 10 saat, kemudian hembus nafas dalam keadaan terkawal sambil kepala diturunkan sedikit.
Jika dalam keadaan berbaring, ia akan membuatkan asid perut bergerak ke belakang dan ke atas serta mencetuskan tindak balas pedih ulu hati atau sakit perut.
Walau bagaimanapun, posisi merangkak dikatakan mampu merawat perut kembung sekali gus melancarkan penghadaman.
Air merupakan alternatif yang boleh mencerna segala jenis kandungan dalam usus dan menyerap nutrien daripada makanan dan minuman dengan cekap, malah membantu mnghilangkan sakit perut.
Selain itu, keadaan badan yang mengalami dehidrasi memberi kesan kepada penghadaman sehingga tidak optimum.
Apabila proses pencernaan terganggu, impak lain mula timbul sehingga meningkatkan risiko sakit perut yang berlebihan.
Menurut Health and Medicine Division (HMD), keperluan air harian wanita adalah sekitar 2.7 liter manakala lelaki ialah 3.7 liter.
Sakit perut juga boleh diatasi dengan mandian air suam sambil berendam atau lilit dengan beg pemanas.
Kedua-dua kaedah ini berkesan dalam membantu mengendurkan otot yang tegang dan melegakan simptom sakit perut.
Beg pemanas yang diisi air panas perlu diletakkan pada bahagian perut yang sakit sekurang-kurangnya 20 minit.
Sebagai langkah berjaga-jaga, gosok ia perlahan-lahan sehingga perut yang sakit benar-benar reda atau hilang.
Halia adalah ubat semulajadi yang dapat melegakan sakit perut dan rasa senak, khasiatnya juga sama seperti daun pudina dan mempunyai kesan mentol.
Ia juga mengandungi sebatian kimia iaitu gingerol dan shogaol yang memainkan peranan penting dalam meredakan sakit perut.
Manakala gabungan halia dan daun pudina yang dibancuh seperti teh, dipercayai berkesan untuk mengatasi kekejangan otot di bahagian usus seperti sakit perut.
Kebanyakan penyelidikan mendapati, daun pudina telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat gangguan pencernaan.
Makanan ini perlu dielakkan ketika mengalami sakit perut, seperti makanan pedas, berasid, berlemak, tinggi garam, bahan proses atau hidangan makanan yang berlebihan
Pastikan apa sahaja yang dimakan dikunyah sehingga ia benar-benar lembut supaya mudah untuk dihadam.
Makanan atau minuman alternatif yang selamat dikonsumsi ialah teh halia, pisang, betik dan yang mengandungi probiotik.
Namun perlu ambil perhatian, apabila gejala sakit perut melebihi tempoh 24 jam, segeralah berjumpa pakar untuk mengelakkan kesan sampingan.
Nampaknya sehingga hujung bulan ini kita masih lagi sibuk memenuhi undangan menghadiri majlis rumah terbuka.
Pastinya akan membangkit selera melihat deretan makanan enak dan sedap disediakan tuan rumah seperti lemang, ketupat, rendang atau lodeh.
Namun begitu, dalam sibuk memenuhi undangan beraya, soal pemakanan perlu dijaga supaya tidak memudharatkan kesihatan memandangkan semua hidnagan sewaktu musim perayaan mempunyai jumlah kalori yang tinggi.
Perkongsian Dr Hana Hadzrami memberitahu beliau berkata setiap kalori yang diambil secara berlebihan tanpa digunakan akan bertukar menjadi lemak.
Lemak tersebut akan berkumpul dalam tubuh dan menyaluti organ tubuh badan seseorang individu.
Hujung minggu ni trafik sesak merata tempat terutama di Lembah Klang. Ramai yang berziarah raya.
Ziarah raya tu bagus, merapatkan ukhwah dan silaturrahim.
Namun sebaiknya jaga juga pemakanan ya.
Kalori yang diambil berlebihan tanpa digunakan akan bertukar menjadi lemak simpanan dalam tubuh.
Kalau lemak berkumpul bawah kulit tu tak mengapa lagi. Tapi selalunya lemak akan berkumpul dalam tubuh dan menyaluti organ tubuh. Ini yang dipanggil visceral fat.
Ini adalah contoh visceral fat yang menyaluti satu buah pinggang yang bakal didermakan untuk transplan buah pinggang.
Lebih sejam pakar bedah ambil masa nak asingkan lemak dari buah pinggang untuk menampakkan salur darah buah pinggang. Dah nampak mana vena mana arteri barulah boleh ditanamkan buah pinggang tersebut pada penerima. Berpeluh sakan pakar bedah nak ‘menggali’ lemak buah pinggang tu padahal belum bermula transplan lagi.
Empunya buah pinggang tersebut tidaklah segemuk mana; tubuh setakat berisi. Namun lemaknya banyak berkumpul disekeliling organ tubuh.
Visceral fat adalah berbahaya kerana ia menyebabkan keradangan tisu dan organ tubuh serta menyempitkan salur darah. Ia antara penyumbang utama penyakit diabetes, sakit jantung dan stroke.
Visceral fat tak boleh dibuang melalui proses liposuction. Hanya boleh dikurangkan dengan cara menjaga pemakanan (clean eating) dan bersenam. Lemak yang boleh disedut keluar hanyalah dari bawah kulit dan lemak bawah kulit tidaklah sebahaya lemak viscera. Bawa beringat ya kawan-kawan bila makan juadah rumah terbuka tu. Sama-samalah kita insof!!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.