Kebiasaanya bila tiba bulan puasa selain lapar, kita sering mengalami rasa mengantuk.

Keadaan ini adalah disebabkan kadar gula yang akan menurun apabila seseorang berpuasa terutama pada pada jam-jam tertentu pada waktu siang hari.

Menurut Medical News Today apabila masalah itu berlaku (gula dalam darah turun), seseorang biasanya akan mudah rasa gementar, takut dan sukar untuk memberi perhatian terhadap sesuatu termasuk mudah rasa mengantuk.

Jadi apa perlu kita laukan untuk mengatasi masalah mengantuk ini terutama pada bulan puasa. Ini antara perkara yang dicadangkan.

1. Mengatur waktu tidur

Biasanya terdapat perubahan dalam pola tidur pada bulan Ramadan iaitu kita harus bangun untuk sahur dan solat Subuh.

Justeru, pada bulan Ramadan, hindari tidur terlalu lewat. Kita juga digalakkan tidur lebih cepat atau tidur lepas solat tarawih.

2. Mandi air sejuk

Mandi dengan air dingin dapat membuat tubuh segar secara automatik. Suhu air yang dingin dapat melancarkan sirkulasi darah dan memberi energi pada tubuh, terutama jika kita mempunyai masalah untuk bangun awal.

Air sejuk juga dikatakan dapat mencerahkan kulit dan mengatasi masalah radang serta baik untuk atasi bengkak pada wajah.

IKLAN

Mandi Air Sejuk,  Antara 7 Tip Elak Rasa Sering Mengantuk Di Bulan Puasa

3. Berwuduk

Berwuduk juga dapat atasi mengantuk dengan cepat. Jika kondisi badan kita tidak memungkinkan untuk mandi, cubalah berwuduk dengan air yang dingin.

Mengusap air pada wajah melalui wuduk memberi signal kepada perubahan suhu pada tubuh untuk lebih terjaga sehingga kita dapat memberi konsentrasi terhadap pekerjaan yang sedang kita lakukan.

Selain itu, membasuh air pada bahagian seperti lengan dan kaki dapat meningkatkan sirkulasi darah sehingga mampu ‘mengirimkan’ oksigen dan nutrisi ke seluruh sel-sel tubuh.

IKLAN
Selain itu:  Gemar Lakukan Aktiviti Lasak & Sering Terdedah Sinaran UV, Ini Cara Wany Hasrita Jaga Kecantikan

4. Lakukan aktiviti regangan

Lakukan aktiviti regangan dan berjalan-jalan sebentar untuk mengusir masalah mengantuk. Mereka yang mudah mengantuk biasanya jika kurang bergerak atau hanya duduk diam pada waktu yang lama.

Mandi Air Sejuk,  Antara 7 Tip Elak Rasa Sering Mengantuk Di Bulan Puasa

5. Bersembang seketika

Bersembang atau berbual dengan rakan sebelah meja juga antara cara hilangkan masalah mengantuk. Berbuallah dengan topik menarik seperti masakan yang akan dimasak pada waktu berbuka atau tentang perkara yang suka dilakukan.

Namun, ingat ya, jangan pula mengumpat atau mengata hal-hal yang tidak patut! Hilang pahala puasa kita

IKLAN

6. Nyalakan lampu terang

Membuka semua jendela agar cahaya masuk ke rumah akan meningkatkan kewaspadaan kita dan terhindar daripada rasa ngantuk. Cahaya terang juga akan memberi respons kepada tubuh kita akan lebih sedar dan waspada, kata Sleep Advisor.

7. Tidur pada waktu siang

Tidurlah dalam tempoh 15 hingga 20 minit untuk menyegarkan kembali fikiran dan tubuh. Namun, ingat jangan berlebihan, ya! Cukup hanya 20 minit setelah solat Zuhur agar dapat mengembalikan semangat, fikiran yang lebih segar dan lebih produktif dalam menjalani aktiviti ketika berpuasa.

Mandi Air Sejuk,  Antara 7 Tip Elak Rasa Sering Mengantuk Di Bulan Puasa

Artikel Berkaitan:

Tampil Berseri Lepas Seminggu Melahirkan, Siti Nurhaliza Beri Nama Anak Kedua Muhammad Afwa

Hanya Guna Gel Petroleum, Rahsia Wanita Ini Dapat ‘Glass Skin’ Sepantas 15 Minit

“Elak Beli Air Balang…” Pakar Nutrisi Kongsi Tip Pilih Makanan Lebih Sihat Di Bazaar Ramadan

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI