Pasti ramai tertanya-tanya apa itu RVS yang boleh membawa maut kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika lambat mendapatkan rawatan.
Apa itu jangkitan pernafasan RSV? :- Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.
Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.
Simptom jangkitan virus ini adalah ringan dan biasanya hampir sama dengan selesema biasa. Jangkitan RSV ini boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes, terutama pada bayi pramatang dan bayi dengan masalah kesihatan yang mendasari.
Jangkitan ini juga boleh menjadi serius pada individu dewasa yang lebih berusia, individu dewasa dengan penyakit jantung dan paru-paru, atau mana-mana yang mempunyai sistem imunisasi yang sangat rendah (imunocompromised).
Apa risiko jangkitan pernafasan RSV?
RSV adalah penyebab bronkiolitis (keradangan saluran udara kecil di paru-paru) dan radang paru-paru bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada satu tahun di Amerika Syarikat.
Ia juga merupakan penyebab utama masalah pernafasan pada individu dewasa yang lebih berusia. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda.
Simptom
Apa simptom jangkitan pernafasan RSV?
Simptom ringan akan dialami adalah termasuk:
Ads
Batuk
Hidung tersumbat atau berair
Sakit tekak
Sakit telinga
Demam, biasanya pada permulaan penyakit
Bayi mungkin mempunyai tanda dan simptom tambahan, termasuk:
Hilang minta pada persekitaran
Ketidakseimbangan dan rasa mengantuk
Kerengsaan dan tidak tidur dengan baik
Kurang selera makan
Apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah mengalami apnea
Sukar untuk membezakan antara jangkitan selesema biasa dan jangkitan pernafasan RSV.
Jangkitan ini ada masanya berisiko membawa kepada masalah bronkiolitis atau pneumonia atau kedua-duanya.
Tanda dan simptom komplikasi ini termasuk:
Kesukaran bernafas, yang mungkin termasuk pernafasan lebih cepat daripada biasa
Berdehit
Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekik atau muntah akibat batuk yang teruk
Lethargy, peningkatan keletihan, penurunan minat dalam persekitaran, atau kehilangan selera makan
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor.
Apa punca jangkitan pernafasan RSV?
Ads
Virus ini boleh memasuki badan melalui mata, hidung atau mulut.
Ia mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit – seperti batuk – disedut atau disalur kepada individu lain melalui hubungan langsung, seperti berjabat tangan.
Virus ini juga boleh hidup berjam-jam pada sebarang permukaan dan mainan.
Individu dijangkiti merupakan mereka berisiko menyebarkan jangkitan dalam beberapa hari pertama selepas menerima jangkitan.
Walau bagaimanapun, virus jangkitan pernafasan RSV mungkin tersebar selama beberapa minggu selepas permulaan jangkitan.
Dalam pada itu, seorang ibu berkongsi kisah anaknya yang hampir menemui ajal akibat dijangkiti sindrom RVS ini.
24 june 2022 Friday ..
Ads
Hari yang sangat-sangat bersejarah untuk saya sebagai seorang mama. The day yang bagi saya pukulan yg sangat hebat. Saya hampir-hampir kehilangan anak lelaki saya berumur 2 bulan. Eusof di kejarkan d Klinik Luyang regarding nafas laju 90 kli per’ minit dan drop oxygen 81%
Lambat 5 minit lagi, saya memang kehilangan dia untuk selamanya. 6 hari sebelumnya Eusof batuk selesma tanpa demam, pergi Hospital Likas yang dibagi paracetamol & nasal drop & suction untuk sedut kahak. Back home macam biasa.
Tapi sepanjang di rumah Eusof memang nonstop batuk, crying , tdur pun di badan. Saya anggap tu sakit biasa. Yalah sekarangkan musim anak-anak sakit. Bertahan sampai 6 hari sampailah hari bsejarah ni. It was my fault sebab tak ikut naluri hati. I should go earlier , masa dia batuk kuat sampai macam mahu terkeluar kerongkong dia .
JUMAAT PAGI, We ran to klinik luyang regarding nafas dia , batuk dia . Smpai di Luyang lepas saja dia orang kira nafas dia & check oxygen. Terus blari masuk bilik penilaian dari belakang. Dia orang suruh buka baju, tinggal oksigen dan pasang oksigen. Eusof time tu tambah stress. Dengan batuk dengan tangisan dengan tak selesanya dia kena pakai oxygen . Pokoknya time tu situasi sangat tegang. Di sanalah doktor cakap, thanks god mama .. 5 minutes late then we are done .
Eusof struggle ambil darah buat xray. Result keluar Jangkitan kuman di paru-paru , admit wad masuk HWKKS . D sana kena ambil darah. Tangan Eusof tak ada ada rupa sudah sebab ambil darah nak detect virus apa serang dia. End the result is , Eusof di jangkiti VIRUS RSV.
VIRUS RSV ni virus yang myebabkan anak berhingus, berkahak , batuk yang kuat . Virus yang menghasilkan kahak yang banyak , bila berkumpul dia akan menutupi saluran pernafasan dan paru-paru. Bila lambat kena treat boleh menyebabkan kematian.
VIRUS RSV SANGAT-SANGAT JAHAT KUMAN DIA . Eusof sepanjang dalam wad, dia tak cukup ambil darah, kena buat suction setiap 2 jam. Suction sedut kahak hingus, sakit jiwa say asebagai seorang mama tengok situasi begitu. Tapi kena kuat, berjuanglah selagi mamp. Jangan tinggal sedikit pun sisa. Pengalaman sepanjang di sana baby umur 1 tahun & 8 bulan, terpaksa ditidurkan sebab virus RSV ni. Sebab anak-anak tu tak dapat tampung sudah.
Alhamdulillah we survive . We did it. VIRUS RSV bukan penyakit yang boleh dipandang remeh
Sumber:- Hello Doktor dan FB S Nurul Ain
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anorexia atau penyakit tak nak makan sebab takut gemuk memang wujud. Dia jenis berperang dengan perasaan sendiri dek kerana tak yakin dengan tubuhnya yang semakin melebar.
Haa… nak tahu lebih jauh tentang penyakit tak nak makan, baca perkongsian Dr. Ahmad Samhan ini.
Penyakit Tak Nak Makan Berkait Dengan Mental
“Doktor, saya perasan kebelakangan ni adik saya umur 15 tahun makin kurus.”
“Bila ajak makan, dia tolak. Kalau nak keluar, mesti berdiri lama depan cermin. Dia suka duduk sorang-sorang dalam bilik.”
Anorexia Nervosa adalah gangguan mental yang mana seseorang tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Golongan itu juga akan merasakan yang dirinya lebih gemuk daripada keadaan sebenarnya, walaupun sebenarnya mempunyai kurang berat badan.
Penghidap penyakit itu akan merasakan yang dirinya tidak cukup kurus.
Kajian Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) mendapati 1% daripada populasi Malaysia mengalami penyakit itu akibat beberapa faktor.
90% pesakit anorexia adalah wanita dan umur permulaan dalam lingkungan 11 tahun.
APA PUNCANYA?
Faktor genetik
Risiko anoreksia meningkat di kalangan orang yang keluarga mereka mengalami penyakit yang sama, obesiti, bulimia nervosa, kemurungan, ketagihan alkohol dan ketagihan dadah.
Faktor umur
Remaja wanita yang menumpukan perhatian yang berlebihan kepada penampilan dan kecantikan diri boleh mengalami penyakit ini.
Keyakinan diri yang rendah
Seseorang yang tidak menyukai diri sendiri, membenci penampilan diri atau suka menetapkan sasaran yang susah untuk dicapai bagi diri untuk merasakan baik tentang diri sendiri.
Tekanan
Tekanan fizikal, psikologi, penderaan seksual atau peristiwa tekanan (kematian seorang sahabat atau saudara, perceraian) boleh menyumbang kepada perkembangan gangguan makan.
Pengaruh social media
Iklan-iklan yang dipaparkan di tv, internet dan media cetak selalunya memaparkan tip-tip bahawa badan yang kurus berkesan lebih baik dari segi penampilan dan kecantikan.
Penyakit-penyakit lain
Seperti “congenital adrenal hyperplasia” dan penyakit lupus boleh menyumbang kepada penyakit anoreksia.
CARA MENGATASINYA?
Melakukan senaman ringan ketika rasa stres.
Akui bahawa diri sendiri sedang menghadapi penyakit anoreksia.
Makan makanan seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Ikuti sesi kaunseling.
✅ Mengambil ubatan antidepresen, antipsikotik, dan penstabil mood seperti yang dinasihatkan oleh doktor
✅ Bersosial.
✅ Sokongan padu dari keluarga.
Jemput panjangkan sebab penyakit anorexia ini jika tidak dirawat boleh membawa maut akibat kegagalan organ.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan ramai yang menggemari hidangan mi segera sebagai pilihan menu paling ringkas dan cepat untuk disediakan.
Namun dikatakan mi segera ini tidak elok untuk dimakan kerana kandungan Mono Sodium Glutamate (MSG) tinggi yang tidak sihat.
Walau bagaimanapun, CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini menjelaskan cara terbaik untuk kita menikmati mi segera tanpa risau.
Menurutnya ramai yang takut untuk makan mi segera kerana kandungan MSG yang tinggi. Tetapi sebenarnya mi segera tidak berapa nak bagus bukan hanya disebabkan MSG yang tinggi sahaja, itu juga disebabkan kandungan sodium yang tinggi.
“Kandungan sodium yang tinggi datang daripada garam sendiri atau daripada perisa-perisa yang lain.
“Mi segera itu sendiri mengandungi karbohidrat, protein ditambah dalam itu dan juga lemak. Dia bukan makanan yang berkhasiat sebab tidak ada nutrisi penuh diperlukan untuk kesihatan. Jadi sekali sekala makan tidak salah.
“Cuma tambahkan sayuran hijau tambahkan telur ikut kesukaan untuk menikmati. makan bersederhana dan ingat mi juga diletakkan minyak di bahagian luar supaya tidak bergumpal,” ujarnya dalam satu perkongsian video satu minit.
Tahukah anda kotoran dalam telinga (earwax) merupakan zat yang terbentuk daripada kelenjar sebaceous dan ceruminous pada saluran telinga.
Jika tahi telinga ini tidak dibersihkan akan menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa dan menganggu seperti pendengaran dan kegatalan.
Namun sebenarnya pembentukan tahi telinga ini adalah normal, malah ia turut mempunyai beberapa manfaat termasuk melindungi telinga daripada benda asing.
Apa sebabnya pembentukan tahi telinga lebih banyak, walaupun kita telah membuangnya guna kapas telinga.
1. Jangkitan
Tahi telinga yang lebih banyak boleh disebabkan jangkitan dan kebiasaannya ramai tidak menyedarinya sehingga bahagian itu rasa gatal dan pendengaran seperti terjejas.
2. Penggunaan Putik Kapas
Penggunaan putik kapas untuk mengorek tahi telinga boleh menyumbang kepada pertambahan tahi telinga. Ini kerana putik kapas dapat memecahkan sel kulit di dalam telinga dan memicu pembentukan tahi lebih banyak.
Putik kapas juga boleh mendorong kotoran masuk lebih dalam dan menyebabkan masalah tersumbat seterusnya mengganggu pendengaran.
3. Air Dengan Klorin
Tahi telinga kalis terhadap air tetapi ketika anda berenang di dalam kolam renang berklorin, ia boleh menyebabkan kegatalan dan menyebabkan pembentukan tahi telinga lebih banyak sebagai bentuk perlindungan.
Sebab itu penting untuk mengeringkan bahagian ini selepas mandi bagi mengelakkan air tertinggal di dalam telinga.
4. Penggunaan Air Sabun, Syampu
Tanpa disedari, ada sisa produk mandian sepeerti sabun atau syampu yang tersangkut di saluran telinga dan ini boleh menyebabkan kegatalan dan peningkatakan tahi telinga.
Sekiranya ada produk digunakan menyebabkan tahi telinga semakin banyak, anda disarankan untuk menukar produk itu atau beralih kepada jenama yang lain.
Cara Betul Bersihkan Telinga Lebih Selamat
Menurut laman web HelloDoktor terdapat cara yang betul untuk membersihkan telinga bagi elak kecederaan.
1. Cara selamat untuk melakukan aspek penjagaan kebersihan telinga di rumah adalah dengan menggunakan ubat titisan telinga yang secara perlahan-lahan menyingkirkan lebihan earwax secara semula jadi. Ubat titisan telinga ini boleh didapati dari farmasi atau dari pakar audiologi.
2. Untuk pilihan lain, boleh digunakan titisan minyak zaitun atau minyak bayi untuk melembutkan tahi telinga – seandainya telinga tersumbat yang menyebabkan masalah kurang pendengaran.
3. Namun sekiranya anda bimbang, anda boleh mendapatkan khidmat individu terlatih atau pakar yang akan menggunakan alatan khas seperti mikroskop atau skop yang membantu untuk melihat ke dalam salur dan gegendang telinga dengan lebih jelas.
Proses pembersihan ini akan dilakukan di hospital atau klinik perubatan bagi mengelakkan sebarang risiko kemalangan atau kecederaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti gegendang telinga terkoyak.