Siapa tidak mengenali penyanyi popular Justin Bieber yang cukup popular dengan lagu-lagu nyanyian menusuk kalbu.
Namun pengumumannya baru-baru ini sangat mengejutkan ramai apabila beliau memberitahu bahawa dirinya didiagnosis dengan sindrom ‘Ramsay Hunt’.
Melalui video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, dapat melihat bahawa kondisinya masih stabil dan sindrom tersebut kelihatan seperti Bell’s Palsy.
Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Ads
Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurudan sistem imun. Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser, serta penyakit kronik.
Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:
– Sakit telinga
– Pendengaran terjejas
– Kelumpuhan sebelah muka
Ads
– Ruam berlepuh (seperti kayap)
– Vertigo(pening berpusing)
– Kering mata dan mulut
Lebih kurang sama dengan penghidap bell’s palsy. Gambar sekadar hiasan.
Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:
Ads
– Ubat antiviral
– Ubat kortikosteroid
– Analgesik(tahan sakit)
– Terapi(fisioterapi dan carakerja)
Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.
Tidak pernah dibayangkan anak yang kita sayang dan jaga dengan sebaiknya boleh meninggalkan kita hanya dalam sekelip mata.
Ini bukan disebabkan salah orang lain tetapi kelalaian dan kecuaian kita sebagai ibu bapa.
Perkongsian Doktor Redza Zainol memberitahu kes budak diserang sawan secara tiba-tiba kerana minum minyak cap kapak yang dijumpai ketika keluarga baru berpindah ke rumah baru.
Siapa sangka ini juga boleh jadi menyebab kepada kematian si kecil yang tidak tahu apa-apa bahaya mengenai barangan dijumpai.
Budak umur dua tahun alami sawan tak berhenti-henti
Mungkin disebabkan minum minyak cap kapak dek kerana bau dari mulutnya
Di wad bermacam ubatan diberi untuk hentikan sawan. Tapi berterusan hingga 5 jam dan akhirnya meninggal dunia
Digoncang sekuatnya tubuh anak, tak bergerak, tak bernafas dan kulit mulai jadi biru
Rupanya ubat minyak cap kapak ini mengandungi Camphor, bahan dilarang penggunaan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun
Sepatutnya digunakan untuk sapuan bagi melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selesema
Kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik Camphor ini
Jika diguna pada kanak-kanak bawah 2 tahun boleh sebabkan sawan dan kematian
Mak Ayah jangan sesekali letak pada hidung, mata atau kulit yang luka. Biasakan baca label sebelum guna produk untuk anak
Kenalah jadi mak ayah yang bijak
Ini antara produk tidakboleh digunakan untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, boleh datangkan risiko sawan
Kalau anda masih mencari jalan nak buat kulit licin dan gebu dengan cara paling selamat dan berkesan, boleh cuba 4 petua cantik ini.
Anda hanya perlukan dua bahan semula jadi yang mungkin sudah ada di dapur anda iaitu timun dan susu.
Jom, Buat Kulit Licin!
Timun mengandungi antioksidan dan vitamin yang dapat menenangkan, melembapkan dan menyegarkan kulit anda. Susu pula mempunyai asid laktik yang dapat mengelupas sel kulit mati dan merangsang penghasilan kolagen.
Berikut adalah 4 petua rahsia yang boleh anda cuba:
1. Timun dan susu sebagai toner. Parut timun dan perah airnya. Campurkan dengan susu cair dalam nisbah 1:1. Sapukan pada muka dengan kapas dan biarkan selama 15 minit sebelum bilas. Ulangi setiap hari untuk kulit yang lebih licin dan cerah.
2. Timun dan susu sebagai masker. Potong timun nipis-nipis dan rendam dalam susu pekat manis selama 10 minit. Letakkan irisan timun pada muka dan biarkan selama 20 minit sebelum bilas. Ulangi dua kali seminggu untuk kulit yang lebih lembut dan anjal.
3. Timun dan susu sebagai scrub. Hancurkan timun dan campurkan dengan susu tepung dalam nisbah 2:1. Gosok pada muka dengan gerakan membulat selama 5 minit sebelum bilas. Ulangi sekali seminggu untuk kulit yang lebih halus dan bersih.
4. Timun dan susu sebagai pelembap. Blend timun dan campurkan dengan susu krim dalam nisbah 1:2. Sapukan pada muka dengan jari-jari dan biarkan selama 10 minit sebelum bilas. Ulangi setiap malam sebelum tidur untuk kulit yang lebih lembab dan sihat.
Hah, nanti cuba lah 4 petua rahsia ini dan lihat sendiri perbezaannya. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai Suka Lihat Penampilan Terbaru Izara Aishah. Tetap Stailo Dalam Gaya Santun Memukau! Sejak berhijab pada, penampilannya terkini Izara Aishah yang begitu santun dan patuh syariah sangat memberi impak kepada pengikutnya.
Biarpun menyarung pakaian lnggar dan menutup aurat, tetapi penampilannya kekal stailo dengan gaya yang tersendiri.
Malah setiap kali muncul di khalayak, pasti penampilan ibu kepada seorang anak ini mengundang dan mencuri tumpuan ramai.
Bukan itu sahaja figura ini juga menjadi inspirasi buat wanita di luar sana yang turut mahu mengikut jejak langkah pelakon dan menantu kepada penyanyi Nombor 1 Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.