Rupanya lemon hilangkan bau masak dalam rumah, ini cukup bagus kalau dapur anda tak ada penyedut asap. Jika dibiar, habis langsir dan sofa bau asap masakan.
Namun bukan menggunakan lemon semata-mata, ada lagi tiga bahan dapur yang anda boleh guna untuk hapuskan bau masakan ini dengan serta merta. Mudah sahaja, buat macam cara yang dikongsikan di bawah.
Lemon Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah
Apa yang anda boleh lakukan adalah, selepas memasak tumis-tumis apa semua, pasti rumah akan berbau. Untuk hilangkan bau asap memasak, anda boleh rebus beberapa bahan ini.
IKLAN
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
-Lemon
-Rosemary (yang kering pun boleh)
-Cengkih
-Kayu Manis
IKLAN
Cara-caranya:
1.Rebus dalam 10-15 minit ikut keadaan. Buka api kuat untuk wap naik ke seluruh rumah. Lepas dah siap tutup api biar dia sejuk satu malam.
IKLAN
2. Kemudian, air rebusan tapis dan masukkan dalam botol spray. Anda dah boleh spray satu rumah setiap kali selesai masak.
Haa.. selepas ini tak adalah perabot dan langsir kelat bau asap memasak. Buat sahaja spray lemon ini, tetamu masuk rumah pun akan selesa. Nanti cuba, ya!
Jika anda tak rajin menggunakan skincare, anda boleh cuba cerahkan kulit muka dengan menggunakan mask asam jawa buatan sendiri.
Wanita Ini Sapu Masker Asam Jawa Untuk Cerahkan Kulit, Parut Pun Hilang
Tip yang dikongsikan oleh Puan Rubiey Redzuan ini dikatakan sangat berkesan untuk kecantikan kulit, malah bukan hanya boleh mencerahkan tetapi juga berfungsi untuk memudarkan parut jerawat dan melembutkan kulit.
Selepas pakai masker ni parut jerawat pudar, jerawat kecut dan muka cerah. Bila sentuh pipi memang lembut sangat! Guna dua bahan sahaja untuk dapatkan kulit cantik berseri.
Bahan-bahan:
1 sudu makan asam jawa
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Cara penyediaan:
1. Bancuh asam jawa dengan sedikit air.
2. Kemudian buang biji asam jawa dan masukkan tepung pulut.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut. Kalau pekat sangat tambah air.
5. Sapu dekat muka. Sebelum pakai baca bismillah dulu, ketika sapu selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali.
6. Biarkan sehingga kering dan bilas.
Kulit muka akan menjadi lembut dan cantik. Rugi kalau tak pernah cuba masker asam jawa ini.
Selain kecantikan, asam jawa juga boleh membantu:
Menurunkan berat badan
Mencegah ulser peptik (luka pada bahagian dalam perut)
Menurunkan bacaan gula dalam darah
Membantu sistem pencernaan
Menjaga kesihatan hati
Menangani masalah alergik
Tak mudah nak dapatkan berat ideal, nak-nak perempuan yang sudah berkahwin dan bersalin. Ini satu fasa yang agak sukar bagi yang melalui masalah berat badan.
Baru-baru ini, satu ciapan gembira dinaikkan oleh penyanyi, Shila Amzah apabila dia dapat menurunkan berat badan sebelum memasuki tahun baru, 2023.
Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 32, teruja dapat menghilangkan berat badan sebanyak 14 kilogram. Hah, bukan sedikit tu ya!
Bagi Shila sendiri, ini bukanlah sebuah perjalanan yang mudah untuk mendapatkan semula berat badan yang ideal.
I’m glad I can leave 2022 together with 14kgs that’s I’ve shedded.
I promised myself to take a better care of myself and I did that on 2022.
Throughout all the pain and hurdles, I made it.
Alhamdulillah for every wins, even the smallest one counts🤍
Dia yang menjadi mangsa body shaming sebelum ini, akui pernah terfikir untuk melakukan prosedur memasuki belon dalam perut, tetapi membatalkan hasratnya kerana risau akan memberi kesan kepada vokalnya.
Jika dilihat di ruangan komen, ramai pengikutnya dan juga rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat untuk dirinya.
Tahu tak ini apa? Ini pati tomato yang dah di bekukan menjadi kiub, suka sapu kat muka ni sejuk-sejuk selepas itu tunggu lah dalam 10 minit nanti bilas memang lembut dan segar jadi kulit. Pori pun mengecil.
Ini sedikit khasiat tomato yang Puan Fatihah Afandi kongsikan dibawah. Bacalah, ilmu ni.
10 khasiat dan cara mudah gunakan tomato untuk kecantikan;
1. Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
2. Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
Sapu Pati Tomato Pada Muka Dalam 10 Minit, Habis Semua Masalah Selesai!
3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.
4. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Cara ini membantu kulit lembap dan berseri.
5. Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ini membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.
Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ini membuatkan anda berasa kenyang.
7. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
8. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ini membantu rambut sihat dan bersinar.
9. Untuk masalah kelemumur pula, lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ini mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah.
Nampak tak kelebihan buah tomato untuk muka? Kosnya jimat tetapi memang berkesan kalau anda rajin sapu pada wajah setiap hari. Jadi sebenarnya tak susah pun nak cantik!
Mestilah semua wanita tak nak jeragat muncul di wajah, nak-nak masih muda. Kadang bukan sebab salah pakai produk pun tetapi disebabkan langsung tak amalkan set penjagaan kulit.