Bukan senang nak hilangkan parut jerawat dalam masa yang singkat, malah ada yang sanggup ke Spa habiskan duit beratus semata-mata nak dapatkan kulit glowing.
Namun anda tentu akan teruja dengan satu petua kulit cantik ini, yang mana hanya menggunakan beberapa bahan dapur untuk dimasukkan dalam botol dan terus spray ke muka. Apa yang best, jika konsisten amal, kulit boleh sihat tanpa masalah parut.
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Rendam oat dalam air semalaman. Letak dalam bekas.
Ads
2. Esok paginya cuci muka guna air rendaman oat itu. Jika hendak lebih senang, letak dalam botol spray.
3. Spray pada wajah guna air rendaman oat tersebut kemudian bilas. Perubahan yang boleh dilihat ialah kulit kurang berminyak dan parut makin pudar, kulit pun cerah.
Ads
4. Apabila kulit mengalami alahan, buat hal naik jerawat dan sebagainya, cuci muka dengan air oat ini.
5. Lakukan 2-3 kali seminggu. Daripada guna cleanser yang harsh, pedih dan keringkan kulit waktu, lebih baik waktu pagi guna air oat.
Ads
6. Jangan berharap kesan seawal 24 jam sebab ia menggunakan bahan natural. Dalam produk skincare banyak sahaja guna oat memang membantu mencantikkan kulit wajah.
Haaa.. tetapi anda kena sabar ya. Biasanya kalau menggunakan bahan-bahan semula jadi, kesannya agak lambat. Namun kalau selalu buat, memang kulit akan cantik tanpa parut!
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Syawal nan mulia. Selepas hampir 2 tahun tidak dapat beraya bersama keluarga di kampung, kali ni suasananya pasti berbeza.
Pastinya ada yang sudah merancang untuk beraya sakan ke rumah sanak saudara atau sahabat handai, tapi jangan lupa untuk terus menjaga SOP kendiri.
Dan pastinya anda tidak sabar untuk menjawab pelbagai hidangan enak yang disediakan seperti ketupat, lemang dan rendang.
Namun begitu, usah risau kerana Jurulatih Kecergasan Mohd Shahfazreen ada berkongsi tip penting untuk elak kenaikan berat badan dengan banyak di hari raya nanti.
Ini antara tips penting untuk elak berat badan naik dengan banyak di hari raya.
1. Jangan tak beraya. Setelah sebulan puasa, ini waktu untuk kita raikan bersama keluarga.
2. Okay ja “lepas tangan” 1-2 hari raya & kawal semula dengan lebih baik pada hari raya ke -3.
3. Tak semestinya belasah setiap hari. Sehari dua dah cukup. Lepas tu kawal seperti biasa.
4. Makan hidangan lengkap dulu. Jika mula dengan kuih dan biskut, susah nak berhenti.
5. Amalkan konsep 10:20. 10 hari untuk lebih “berhari raya”, dan 20 hari untuk lebih jaga diet.
6. Contoh, 1-2 hari raya dan 8 kali sabtu ahad. Hari biasa lebih seimbang. Raya kan sebulan.
7. Boleh ja makan biskut raya. Paling penting adalah hadkan dan kawal diri sendiri.
8. Sebiji biskut sekitar 50 kalori. Sehari 10 biji untuk 30 hari atau 30 buah rumah, dah 15000 kalori atau bersamaan 1.94kg berat badan.
9. Ambil tahu nilai kalori makanan kegemaran. Mudah nak kawal portion dan elak berat naik.
10. Makan sikit-sikit setiap jemputan rumah terbuka. Tak perlu makan banyak setiap masa.
11. Jika perlu lama, makan sikit-sikit & berbual. Dapat jaga hati tuan rumah & elak lebih kalori.
12. Kurangkan kuah. Biasanya ia agak lebih berminyak, bergaram dan jadi punca gemuk air.
13. Makan seperti hari biasa. Biasa makan 4-5 kali sehari portion kecil, buat cara yang sama.
14. Bahagi setiap hidangan & jemputan seperti waktu makan biasa dari sarapan hingga dinner.
15. Elak badan jadi sebu dan gemuk air. Punca pakaian mula ketat, sendat, dan nampak berisi.
16. Caranya, kurangkan air manis, kawal karbo (tak senang), elak makanan tinggi garam (pun mencabar) dan cari jalan untuk berpeluh.
17. Mula Puasa Enam. Dapat kawal kalori, slow down nafsu makan & ada ganjaran pahala juga.
18. Mula bersenam seawal mungkin. Sambil bakar lebihan kalori, ia kurangkan gemuk air.
19. Pilih ja senaman mudah. Jalan kaki keliling kampung, skipping atau HIIT pun okay dah.
20. Cuba elak tambah berat badan lebih dari berat yang turun ketika puasa bulan Ramadan.
21. Puasa turun 4 kilo, jika naik berat sekalipun, cuba untuk tak lebih dari 4kg juga di hari raya.
*****
Berat badan akan bertambah di hari raya.
Gabungan tinggi karbohidrat, lemak, water retention, ambil lebih kalori berbanding bulan puasa punca berat naik semula.
Dan ia masih boleh dikawal.
Urus kalori dengan bijak. Elak makanan tak perlu. Kawal nafsu makan dan bersederhana.
Wajib tahu cara bersihkan dinding conteng, sebab situasi ini akan jadi perkara normal bila ada kanak-kanak tengah membesar dalam rumah.
Walaupun tak banyak, mesti akan ada kesannya. Hasil kreativiti ini kadang-kadang boleh berlaku kat mana-mana dinding rumah. Tak ruang tamu, mesti akan jumpa kesan tu dalam bilik.
Kalau dah banyak sangat kesan contengan itu, sakit juga mata. Sampaikan kalau tetamu datang rumah pun kita rasa serba salah. Nak cat semula dinding tak ada masalah, tapi selagi anak masih belum faham tetap kena lalui situasi ini.
Jadi bagi anda yang mengalami situasi macam ni, apa kata cuba bersihkan kesan contengan itu dengan cara yang dikongsikan oleh Nur Adiba Hassan.
Boleh bersihkan kesan pensil, pensil warna atau krayon. Mudah dan berkesan!
Hilangkan hasil tangan anak bijak soleh dan solehah di dinding.
Bahan-bahan:
1. Cif
2. Berus hijau (tak tau ape nama)
3. Air
4. Tuala
Cara-cara:
1) Letak sikit cif atas berus hijau yang dibasahkan. Gosok bekas contengan.
2) Kemudian lap dengan kain basah bersih. Pastikan kain tu dibilas bersih supaya tak bertompok-tompok.
Ok lah hasilnya. Dapat hilangkan kesan pensil, crayon.
Haa.. selepas anda boleh cuba buat dan tengok hasilnya. Sekurangnya nampaklah bersih sikit dinding rumah. Cubalah!
Selain zumba, antara senaman lain paling popular di kalangan wanita adalah pilates. Pilates merupakan yoga versi moden yang diluaskan rutin senamannya oleh atlet bernama Joseph Pilates.
Fungsi utama senaman pilates ini adalah memfokuskan kepada proses rehabilitasi dan penguatan tubuh.
Pilates terdiri daripada pelbagai gerakan yang tertumpu pada bahagian perut, pinggul, pinggang dan peha. Kebanyakan rutin senaman pilates melibatkan gerakan ketahanan dan kekuatan otot serta fleksibiliti.
Selain bagus untuk regangan badan, pilates juga sangat membantu dari segi teknik pernafasan yang betul dan meningkatan ketajaman fikiran. Pilates juga melatih otot dari pinggang ke bawah untuk menstabilkan tubuh di samping mengurangkan sakit tulang belakang.
Tidak kira anda yang berusia 30 atau 50 tahun sekalipun, anda mampu melakukan rutin senaman pilates di gimnasium mahupun hanya dari rumah.
Bagaimana pun perlu mempelajari beberapa teknik pilates yang betul sebelum melakukan senaman berimpak rendah ini.
Terutamanya bagi mereka yang sudah berusia dan mempunyai sejarah berkaitan sakit belakang yang kronik.
Dengan melakukan regangan otot teras, pilates dapat mengurangkan sakit di bahagian belakang badan. Selain itu, ia juga membuatkan otot menjadi lebih fleksibel dan kuat yang mampu mengawal stres dan memudahkan pergerakan tubuh badan.
Sama seperti yoga, pilates juga merangsang daya tahan yang baik untuk minda, tubuh badan dan pernafasan. Dikatakan rutin senaman ini banyak berkaitan pergerakan dan pernafasan yang dipercayai sangat berguna untuk meningkatkan ketajaman minda.
Percaya atau tidak, wanita yang mempunyai berat badan sekitar 68 kg dan baru melakukan pilates mampu membakar sehingga 251 kalori jika ia dilakukan selama sejam. Sementara bagi yang sudah berpengalaman pula berupaya membakar kalori sehingga 432. Senaman pilates boleh dilakukan dengan menggunakan peralatan senam seperti tikar yoga, bola dan gelung senaman.
Teknik pilates yang betul dapat memperbaiki postur dan keseimbangan badan. Dengan melakukan rutin senaman pilates secara berkala, ia meregang bahagian bahu seterusnya memberikan postur badan yang baik.
Walau pilates dikategorikan sebagai senaman impak rendah, setiap satu sesi mampu membuatkan anda berpeluh.
Anggaran kalori yang dibakar dalam tempoh satu jam untuk sesi pilates adalah sekitar 250 kalori. Nilai pembakaran kalori ini juga seumpama anda bermain bola tampar, berjalan atau berkebun selama satu jam.
Gimnasium sepatutnya jadi tempat yang selamat, tapi gangguan seksual boleh berlaku tanpa kita sedar. Kenali 5 jenis gangguan—daripada komen lisan hingga rakaman tanpa izin—dan ketahui langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri anda.