Sofia Jane, bukan impak lakonan sahaja menjadi kegilaan peminatnya tetapi kecantikan pelakon filem Kekasih Awal Dan Akhir ini juga acap kali menjadi sebutan ramai.
Dengan rupanya yang sangat cantik, anggun dan langsung tak nampak tua walaupun usianya sudah separuh abad. Macam vampire!
Wajah Sofea Jane Tak Makan Dek Usia, Ini Gaya Pemakanan Yang Diamal
Dipetik daripada Kosmo!, Datin Sofia mendedahkan dia sering menerima pertanyaan tentang rahsia kecantikan dan kesihatannya. Kalau nak tahu, ini jawapannya.
Sejak tujuh tahun yang lalu, Datin Sofia mengambil langkah untuk menukar cara pemakanannya dan gaya hidupnya. Antaranya dia mula mengambil makanan yang berasaskan sayur-sayuran sahaja.
“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu, saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak.”
Ads
Manakala untuk jalani kehidupan yang sihat pula, ibu kepada empat cahaya mata ini turut amalkan senaman secara berkala. Tujuannya adalah untuk memastikan badannya sentiasa berasa aktif. Kemudian Datin Sofia akan pastikan dirinya mengambil air dalam kuantiti yang cukup setiap hari.
Pilih Makanan Sihat
Menurut aktres itu, penjagaan dari segi pemakanan dan aktiviti harian adalah faktor dirinya kekal sihat dan awet muda. Selain itu, dia memaklumkan pengambilan pemakanan yang seimbang juga adalah salah satu langkah menjaga minda dan tubuh badannya.
“Bila saya cakap, tiada orang nak percaya. Namun, ia amat mudah jika kita nak kekal sihat. Bagi saya, saya menjaga diri dari segi pemakanan dan aktiviti seharian kerana saya ingin bekerja dengan lebih lama.
Ads
“Untuk minda dan fizikal, saya perlukan tubuh badan dan pemikiran yang berfungsi dengan baik.
“Jadi, saya rasa dari segi itu adalah bukti yang apa yang kita perlu buat adalah eat well, makanan pemakanan yang seimbang,” tuturnya lagi.
Suka Senyum
Ads
Bukan itu sahaja Datin Sofia turut menambah yang dia akan pastikan dirinya sentiasa senyum terutamanya pada orang sekelilingnya setiap hari. Barulah wajah akan sentiasa nampak muda dan ceria!
Saat berpantang selepas melahirkan ada tempoh masa paling sukar untuk dilalui oleh mereka yang baru pertama kali bergelar ibu.
Disebabkan tiada pengalaman, hanya melalu pembacaan, mereka yang ada disekeliling sangat diperlukan dalaM membantu memulihkan tahap fizikal dan mental si ibu.
Dalam situasi ini, selain keluarga, suami adalah insan paling penting yang perlu ada sentiasa di sisi membantu isteri selepas bersalin dalam melalui proses post partum.
Ikuti perkongsi Dr Redza Zainol melalui laman sosial FB Dr Ahman Samhan 5 perkara yang suami kena ambil tahu mengenai perkara ini.
Siapa sangka percubaan dua sahabat untuk memastikan perubahan pada payudara masing-masing menjadi lebih besar tidak menjadi, sebaliknya telah mendatangkan masalah lain.
Daripada perasaan ingin mencuba akhirnya mereka terkena sawan tidak henti menyebabkan kesihatan perlu dirujuk kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.
Perkara ini dikongsi oleh seoran doktor perubatan, Doktor Ahmad Zakimi Abdullah di laman sosial Facebook yang memberitahu perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku.
Malah menjadi pengajaran untuk wanita di luar sana agar berhati-hati membeli ubatan secara online kerana ia boleh membahayakan nyawa.
“Doktor! Ada pesakit wanita berumur 30an, sawan, baru masuk redzone,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
“Baik-baik!” Jawabku ringkas.
Tanpa berlengah, aku terus berlari pantas ke Zon Merah. Kelihatan pesakit itu masih lagi sawan.
“Dah bagi valium?” Soalku.
“Dah bagi 5 minit lepas, Dr!” Ujar pegawai perubatan yang menjaga zon merah, Dr Faizal (bukan nama sebenar).
Pesakit itu diberikan oksigen ‘high flow mask’ dalam keadaan mengiring. Masih lagi sawan tanpa henti dari rumah sehingga ke zon merah.
“Bagi sekali lagi IV valium 5mg” arahan aku kepada tim kami.
“Baik!” Jawab Dr Faizal.
Pesakit masih lagi sawan walaupun dos Kedua Valium diberikan. Maka kami ambil keputusan untuk lakukan intubasi ke atas pesakit. Pesakit ini perlu bantuan mesin pernafasan akibat sawan terlalu lama. Keadaan ini dipanggil ‘Status Epilepticus’.
Setelah siap semua proses intubasi dan keadaan pesakit sudah stabil, sawan pun berenti. Sejarah Perubatan tentang pesakit diberitahu oleh suami pesakit. Beberapa penyiasatan darah dari makmal semuanya normal. Kami masih belum dapat punca pesakit ini sawan.
Aku merancang untuk lakukan imbasan CT otak untuk pesakit ini.
Setelah beberapa minit kemudian, seorang lagi pesakit tiba di zon merah. Pesakit itu berumur dalam pertengahan 20-an. Pesakit itu juga mengalami sawan.
“Adoi! Seorang lagi sawan!” – bermonolog.
Pesakit ini juga mengalami ‘status epilepticus’. Sawan sudah hampir 1 jam tanpa henti.
Satu lagi kes intubasi dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. “Eh! Doktor! Pesakit yang kedua ni adalah kawan kepada pesakit yang first status epilepticus tadi” ujar Dr Faizal.
“Laaa ye ke? Apa masalah sebenarnya ni? Mereka buat apa eik, Dr Faizal?” Soalku. “Ah ha… Dr. Mereka kena sawan masa kat tempat yang sama. Di rumah pesakit yang first tadi.”
Kami rasa pelik kerana kedua-dua mereka mengalami masalah yang sama. Adakah mengalami ketoksikan? Atau apa? Tapi tak semua penghuni rumah tu yang kena. Hmmm.
“Panggil husband pesakit tu balik. Saya nak tanya beberapa soalan lagi,” permintaan aku. Banyak juga soalan tambahan yang aku tanya pada suami dia.
Aku ada tanya apa kaitan antara isteri dia dengan kawan isteri dia tu. apa yang mereka sama-sama lakukan di rumah mereka.
“Sebenarnya tadi isteri saya dan kawan dia ni tengah buat sesuatu, doktor” ujar si suami.
“Buat apa tu encik?” Soalku ringkas.
“Mereka tengah buat breast filler. Mereka buat sendiri-sendiri. Pakai injek-injek.”
“Apa?! Boleh tunjukan saya dorang injek apa?” Terkejut juga aku.
Maka si suami tunjukan aku gambar suntikan ‘breast filler kit’. Ada 4 picagari yang berlabel Hyaluronic Acid gel, dikatakan untuk membesarkan payudara dan 4 vial injeksi lignocaine 2% untuk ubat kebas (bias). 10 mls lignocaine 2% setiap vial.
Mengikut cerita dari si suami, isteri dia mengadu kebas dibahagian lidah dan bibir selepas beberapa minit kawan dia suntik di payudara sebelah kanan. Kemudian mengadu pening dan berdebar-debar selepas itu.
Si suami mengatakan isteri dia guna 2 vial lignocaine 2% bagi sebelah payudara. 2 belah bermakna dia menyuntik 4 vial lignocaine bersamaan dengan 40mls untuk ubat kebas sebelum suntik Hyalurolic acid sebagai filler.
Mereka beli dalam talian saja dan dipelajari dari YouTube katanya.
Mari sini aku tunjukkan bagaimana kira dos lignocaine yang disuntik;
Untuk maksimum dos lignocaine adalah 4.5mg/kg (tanpa epinephrine), jika lignocaine dengan epinephrine maksimum dos adalah 7mg/kg. Total maksimum dos adalah 300mg.
Maka, maksimum dos dalam mililiter sepatutnya disuntik oleh pesakit berat badan 58kg adalah; Formula = max dose (mg) x berat (kg)/10 x concentration (%)
Maka, lignocaine dos dalam mililiter tanpa epinephrine = (4.5mg x 58kg)/(10 x 2) = 13.05 mls. Namun pesakit ini telah suntik lignocaine sebanyak 40 mililiter yang sepatutnya hanya 13 mililiter sahaja.
Sah, kedua-dua pesakit ini mengalami ‘lignocaine toxicity’.
Sejurus prosedur suntikan itu dilakukan, kedua-dua pesakit mengalami gejala seperti kebas bahagian lidah dan bibir, kemudian pening dan berdebar-debar. Lebih serius kedua-dua pesakit itu mengalami sawan akibat dari lebihan dos lignocaine.
Cara atau teknik pemberian pun aku tak pasti bagaimana. Betul atau tidak. Tak kena cara memang suntikan tersebut terus ke salur darah pun kita tak tahu. Sangat-sangat berbahaya. Prosedur ini sepatutnya dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan terlatih sahaja.
“Faizal, bagi kedua-dua pesakit ni Intravenous lipid emulsion 1.5 ml/kg of 20% lipid. Then followed by infusion 0.25 ml/kg/min, ya. Lekas sikit,” ujarku.
“Baik, Dr!”
Kita boleh dapat pengajaran dari kisah ini. Nak cantik boleh tapi jumpa dengan doktor yang terlatih. Nak cantik boleh tapi jangan binasakan diri sendiri. Itulah. Hmmm.
Tidak dinafikan memang menjadi mimpi ngeri bağı mereka yang disahkan positif virus Covid-19. Malah ada yang tidak sanggup untuk memberitahu keluarga apabila diri disahkan positif.
Begitulah situasi dialami oleh Miss Universe Malaysia, Francisca Luhong James yang turut disahkan positif dijangkiti virus merbahaya ini.
Menurutnya ketika itu dia tidak tahu apa harus dibuat dan segera menghubungi keluarga di Sarawak.
“Disebabkan tidak tahu nak buat apa, saya terus hubungi ibu (Pauline Japok) dan ayah (James Bungan). Saya amat takut untuk memaklumkan mengenai perkara ini kerana khuatir mereka akan bimbang.
“Pun begitu, famili berjaya menenangkan saya dan menyarankan agar memaklumkan berita ini kepada Datin Elaine Daly (Pengarah Kebangsaan Organisasi Miss Universe Malaysia) dan mengamalkan SOP dari semasa ke semasa,” katanya.
Seterusnya, Francisca menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia dan dinasihati menjalani kuarantin kendiri di kediaman peribadi memandangkan tidak mengalami sebarang simptom.
“Sejujurnya, saya amat takut untuk menerima keputusan ujian saringan kerana kondisi kesihatan semuanya okey, tiada demam. Cuma bahagian belakang sakit sedikit dan selesema.
“Sepanjang kuarantin selama dua minggu, saya bermeditasi dan masih melakukan pengasingan kendiri agar semuanya kembali pulih sedia kala.
“Bersyukur, selepas hari ke-10 keputusan ujian saringan kedua mencatatkan saya negatif Covid-19,” jelasnya lanjut.
Dalam pada itu, pemegang Ijazah Perhubungan Awam, Universiti Teknologi Mara cawangan Lendu, Melaka turut menyarankan agar masyarakat sentiasa mematuhi SOP, jaga kebersihan dan kekal duduk di dalam rumah.
Kini setelah menjalani kuarantin kendiri di rumah selama dua minggu, wanita berketuruan Orang Ulu Kayah-Kenyah sabelah bapa dan Iban (sebelah iba) akhirnya bebas dari jangkitan Covid.19.
Menurut posting yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya memberitahu dia menggigil ketakutan apabila tahu positif memandangan tidak mengalami sebarang gejala.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana menganggap mungkin ia berpunca daripada kekhilafan diri sendiri walaupun setiap masa berusaha mengikut SOP.
“Selain memakai pelitup muka, saya juga kerap mencuci tangan dan menggunakan cecair pembasmi kuman, namun ia (dijangkiti virus Covid-19) tetap terjadi.
“Oleh itu, solusi terbaik pada ketika itu saya menerimanya dengan tenang dan ikut SOP untuk langkah seterusnya,” tambahnya mengimbas pengalaman dijangkiti virus ini.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.