Kunyah 50 Kali Setiap Suapan. Rahsia Cantik & Badan Saiz Kerengga, Bintang Korea Han So Hee! Tidak dinafikan kebanyakan selebriti dari Korea memang terkenal kerana kecantikan wajah yang flawless serta saiz badan sebesar kerengga.
Kata orang, badan cari makan dan aset ini perlu dijaga agar maintain cantik walaupun usia sudah bertambah.
Salah seorang pelakon Korea yang begitu menjaga kecantikan dan kesihatan adalah si jelita Han So Hee yang terkenal melalui drama bersiri The World Of The Married atau My Name.
Sebelum ini, Han So Hee ada membuat video live-streaming dengan peminat di Instagram. Di situ dia berborak dengan peminat sambil menikmati makanan. Menerusi siaran tersebut, kelihatan dia mengunyah sehingga 50 kali setiap suapan.
Malah dia juga mengambil masa sehingga lima minit untuk suapan. Pakar pemakanan menyarankan mengunyah perlahan untuk penghadaman yang lebih baik dan ia juga membantu dalam mengurangkan rasa lapar.
Tidur juga sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan terutama kulit. Kurang tidur juga boleh membuatkan kulit kelihatan tidak segar dan mudah bermasalah. Oleh itu, tidur adalah salah satu kunci utama Han So Hee untuk sentiasa mengekalkan kulit yang sihat.
“Saya sentiasa cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari, sekurang-kurangnya 4 jam,” kata Han So Hee dalam temubual bersama Showbiz Korea Arirang. Han So Hee juga sentiasa mengutamakan rehat dan tidur antara waktu penggambaran, supaya kulit dan badannya kekal segar.
Han So Hee juga berkata pengambilan jumlah air yang betul supaya tubuh dan kulit kekal sihat juga merupakan tabiat yang baik. Dia juga mengakui tidak mengambil kopi demi mengekalkan pengambilan cecair dalam tubuhnya.
Ads
Air minuman dipercayai untuk membantu badan anda membuang semua toksin dengan lebih cekap dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri. Selain itu, air dapat memberikan nutrisi yang baik kepada sel kulit untuk membantu melembapkan kulit secara semulajadi.
Demi menjaga kesihatan kulit wajahnya, Han So Hee mengakui tidak gemar bersolek tebal. Dia memilih wajah solekan yang ringan dan polos menjadikan kulit kelihatan lebih segar. Kebiasaannya, dia hanya memakai solekan asas ringan atau gincu supaya wajahnya tidak kelihatan pucat.
Selebriti popular ini juga turut mendapat tajaan syarikat minuman kolagen Gyeol Collagen dari Kyung Nam Pharm. Pengambilan minuman ini boleh membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan anda. Oleh itu keanjalan dan tekstur kulit boleh kekal tegang tanpa kedutan dan garis halus.
Mahu kulit cantik semula jadi, boleh lah amalkan minum air rebusan halba dan kurma merah. Ramai yang kata kesannya cukup bagus untuk golongan wanita.
Jadi kalau anda yang ingin kekal sihat dan cantik serta dalam masa yang sama berjimat, bolehlah cuba petua mudah ini yang dikongsikan oleh Adiba Razali ini.
PETUA KULIT CANTIK DENGAN AIR HALBA DAN KURMA MERAH
Bahan-bahan:
Halba – 2 sudu besar
Kurma merah (kurma cina) – 7 biji
Gula perang (tak letak pun takpa) – secukup rasa
Air untuk merebus – 2 liter
Cara-cara membuatnya:
1. Bersihkan halba dan kurma merah.
2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang.
Lagi kembang lagi bagus.
3. Tutup api dan biarkan sekejap. Sedia untuk diminum.
Owh ya, masa rebus tu, kalau nak masukkan terus gula perang pun boleh.
Atau masa nak minum baru bubuh gula perang. Keduanya boleh dibuat, ikut anda suka.
Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Wanita ini sendiri pun dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin.
7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:
1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam.
2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid.
3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil.
4. Mengetatkan dan meremajakan rahim.
5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan.
6. Meningkatkan saiz payudara secara semula jadi.
7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semula jadi.
Nak buat pun sangat senang. Jadi tunggu apa lagi, selamat mencuba.
NOTA: Ibu mengandung tak digalakkan minum air ni.
Kredit: Adibah Razali
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Makin ramai anak, agak susah nak turun berat badan, inilah pandangan pelakon wanita, Yatt Hamzah yang baru sahaja habis berpantang selepas melahirkan bayi kelima.
“Memang makin ramai anak, makin susah nak kurus ya?” begitulah luahan dari ibu kepada lima cahaya mata, Yatt Hamzah.
Makin Ramai Anak, Yatt Rasa Lagi Susah Nak Turun Berat Badan
Akui walaupun berat badannya kini 70kg namun dia telah berjaya menurunkan lebih 15 kg selepas berpantang berbanding sewaktu hamil beratnya 90kg.
“Masa ni lepas berpantang anak ke 4, baby #SuciHawaZulaikha Berat masa ni 65kg turunlah dalam 13-14kg lepas berpantang.
Lepas Bersalin Anak Sulung Masih Melidi
“Masa kak Nia 11 tahun dulu lagi power, badan lebih kurus dan slim lepas bersalin daripada sebelumnya. 49-50kg masa tu memang melidi.
“Yelah masa tu zaman aktif berlakon drama mmg eloklah kurus slim tak adalah nampak mcm tong dalam TV,” tulis Yatt.
Kena Rajin Bersenam & Amalkan Gaya Hidup Sihat
Menurut Yatt lagi yang sedang berusaha menurunkan lagi berat badan, dia menolak pengambilan ubat kurus mahupun suplemen untuk kurus. Malah kini dia lebih selesa amalkan diet pemakanan eat clean.
“Sekarang berat 70kg lagi ni haa, tapi turun banyak lebih 15kg sebab masa bersalin haritu dekat 90kg!! Fuhh, mencabar betul Bonda anak 5 di usia 40an ni nak lose weight.
“Bonda pula bukan jenis ambil-ambil ubat atau supplement kurus. I always believe in eating clean and exercising in order to lose weight. There’s no such thing as short cut kalau nak kurus.
“Kena rajin bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Supplement semua tu sebagai booster sahaja. Yang paling penting bersenam dan jaga makan,” pesan Yatt.
Berlari-lari Anak, Sambil Tolak Stroller Di Taman
Ibu ini juga menerangkan untuk mengeluarkan peluh, dia gigih berlari sambil menolak stroller. Walaupun bersama anak-anak sebenarnya mak-mak boleh saja bersenam!
“Mak-mak boleh amalkan tips ni, pagi-pagi atau petang boleh stroll anak-anak kat taman. Tolak baby sambil berlari-lari anak sikit. Jangan laju-laju kang terbalik anak tu naya!” kongsi Yatt.
Hah, setuju tak dengan pandangan Yatt Hamzah pasal ramai anak, makin susah nak turunkan berat badan?
Sumber/Sumber Foto : Instagram Yatt Hamzah
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bakal memasuki usia 40-an tahun hadapan, pelakon utama The Princess Diaries, Anne Hathaway masih kekal muda macam anak remaja.
Menjadi selebriti sensasi dan terkenal di Hollywood pastinya Anne ada cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan untuk kekal relevan di dalam dunia seni.
Antara perkara yang menjadi rutin kepada pelakon ini untuk kekal cantik dan sihat adalah:
Pakai Sunscreen setiap hari
Pernah berkongsi antara rahsia rutin kecantikan yang ibunya sendiri amalkan adalah pemakaian sunscreen sejak dari remaja. Menurut Anne dia akan menggunakan sunscreen untuk melindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB serta radikal bebas.
Ambil makanan anti-radang
Dipetik daripada (Shape), jurulatih pemakanan Anne, Jackie Keller mendedahkan aktres ini akan mengambil makanan anti-radang, bijirin penuh, tepung yang ditapis, avokado dan sayur-sayuran. Turut mengambil pencuci mulut, Anne biasanya akan makan biskut coklat cip tanpa gluten.
Berjalan sekurang-kurangnya 30 minit
Selain bersenam di gim, Anne peruntukkan masa untuk berjalan kaki. Menurut aktres kelahiran New York ini senaman kardio yang dilakukan dapat membantu melancarkan peredaran darah serta udara yang dihirup di luar rumah sangat bagus untuk kesihatan mental.
Minum air secukupnya
Mengamalkan pengambilan air putih yang secukupnya setiap hari membantu Anne mendapatkan badan yang sihat dan juga kulit yang segar sepanjang hari.
Jaga kesihatan mental dan kecantikan dalaman
Selain mengamalkan makanan sihat dan bersenam, Anne juga tidak abaikan kesihatan mental dan kecantikan dalamannya. Menerusi perkongsian di Instagramnya, dia mencadangkan buku panduan penyembuhan iaitu ‘The Clarity Cleanse’ untuk bahan bacaan. Ujarnya buku ini mengandungi tentang pemulihan tenaga yang baik untuk diri.
Sumber: Majalah Remaja & Instagram Anne Hathaway
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!