Baru-baru ini media sosial dibanjiri dengan cerita Khairul Aming yang berkait dengan isu minyak banyak dalam masakan selepas ditegur seorang pakar kesihatan yang menganggap kurang sihat dan berisiko kepada orang ramai menerusi ciapannya di Twitter.
Namun, tidak cepat melatah malah pempengaruh media sosial Khairul Aming dilihat membalas kritikan tersebut dengan penuh ilmu dan menjaga hati semua pihak.
Makan Boleh Tapi Kena Kawal Portion
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Khairul Aming tampil memberi penjelasan sebagai seorang individu yang pernah mengalami obes dan food content creator. Selain itu, Khairul Aming juga sempat berkongsi perjalanannya untuk menurunkan berat badan.
“Saya terima semua maklum balas dengan hati yang terbuka. Saya sememangnya setuju kesihatan adalah no.1. Berat saya 4 bulan lepas adalah sebanyak 113 kg dengan tinggi 184 cm. Jadi BMI saya sangatlah tinggi, kategori obese. Dan kini berat saya 100 kg, maknanya saya dah hilang sebanyak 13 kg.
Makanan kita sedap, rugi tak makan sebenarnya. Cuma kita kena kawal portion,” kata Khairul Aming
Komen Azrinaz Mazhar Hakim Curi Perhatian
Penjelasan Khairul Aming di media sosial turut dihujani dengan komen netizen yang memuji penjelasannya yang sangat jelas dan tenang terhadap kritikan yang dilemparkan padanya.
View this post on Instagram
Malah komen dari bekas personaliti televisyen yang juga bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, memberi respon terhadap kenyataan pempengaruh media sosial itu.
“Makanan melayu ni kalau nak sedap mana boleh control kurang minyak, garam, gula. Itu dah tak ori. Kalau nak jaga badan, pergi workout dulu. Kalau setakat nak komen je tapi exercise pun tak, macam mana nak sihat.
Ya jaga portion juga penting. But if you keep eating clean, you’ll end up in depression because not enjoying our delicious food.” Komen Azrinaz Mazhar Hakim
Haa.. bagus ya Khairul Aming menjawab tentang isu minyak banyak dalam masakan ini. Jadi, kepada anda yang nak diet, apa yang penting adalah JAGA PORTION. Tidaklah stress sangat nak diet!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI