Pasti kita pernah berdepan dengan situasi atau melihat di mana seorang rakan anda yang tidak mahu makan kerana takut gemuk.
Simptom ini dikenali dengan nama anorexia nervosa atau kecelaruan tabiat pemakanan.
Penjelasan Dr Ahmad Samhan di twitter memberitahu apa komplikasi boleh terjadi jika anda mengalami situasi ini.
Apakah Anorexia Nervosa?
Anorexia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang keadaan sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus dan senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa.
Apakah Akibat Anorexia Nervosa?
1. Anda akan merasa murung. Anda tidak mendapat zat atau nutrisi yang cukup, maka dengan itu anda akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
2. Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan dan tidak cantik
3. Rambut & kuku menjadi rapuh & pecah
4. Rambut akan gugur
5. Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
6. Remaja perempuan akan lewat datang haid
7. Anda mungkin mati kerana kegagalan organ
Jom sharekan pada semua tentang Anoreksia Nervosa. Semoga dapat membantu untuk yang memerlukan.
Dr. Ahmad Samhan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masuk Umur 30an, Eloklah Pilih Produk Kolagen Terbaik Di Farmasi
Tidak dinafikan penggunan produk kolagen kini ada antaranya tidak sesuai diamalkan dan lebih menakutkan boleh mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan diri.
Namun begitu, ada juga antaranya yang baik untuk tubuh badan kita. Seperti perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad ada beberapa faktor perlu diambil tahu sebelum membelinya di farmasi.
MAHU MENCARI PRODUK KOLAGEN YANG TERBAIK?
Saya ingin berkongsi tentang tips memilih produk kolagen yang terbaik. Produk kolagen ini tidak sesuai diamalkan oleh semua orang. Jadi dapatkan nasihat dulu dari doktor yang merawat.
Di farmasi juga terdapat banyak pilihan untuk memilih produk kolagen. Sebelum pilih, bincang dulu dengan ahli farmasi yang bertugas .
Ada Beberapa Tips Pemilihan
1. Ambil bersama vitamin C
Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin C. Kolagen yang menjadi sebahagian struktur asas kulit pula tidak dapat menghasilkan kolagen tanpa Vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk merangsangkan penghasilan fibroblast, dan meningkatkan penghasilan kolagen.
Jadi vitamin C sangat penting untuk menjadikan kulit menjadi pejal dan kelihatan lebih muda. Selain itu vitamin C mempunyai sifat antioksida yang melindungi DNA sel-sel kulit dari serangan elemen radikal bebas. Ambil vitamin C antara 500mg-1000mg untuk mendapatkan kesan yang baik. Maksima dos vitamin C adalah 2000mg sehari.
2. Boleh diambil bila-bila masa
Kolagen boleh diambil bila-bila masa walaupun ada beberapa saranan untuk diambil pada waktu-waktu tertentu. Jika kita ambil pada waktu pagi (perut kosong) ia akan menyerap dengan lebih baik. Jika diambil pada waktu malam, ia dikatakan dapat membaiki tisu dengan lebih baik.
Tak kisah lah mahu mengambilnya pada bila-bila masa. Kolagen yang dimakan akan dihuraikan kepada asid amino. Dalam tubuh, asid amino ini digunakan untuk menghasilkan kolagen. Tidak semua asid amino yang kita makan dapat menghasilkan kolagen. Jadi dengan mengambil suplemen kolagen, diharapkan asid amino ini telah sedia untuk dijadikan kolagen.
3. Pilih kolagen jenis I dan III untuk kebaikan kulit
Terdapat pelbagai jenis kolagen (sekurang-kurangnya 28 jenis kolagen) dan setiap satunya mempunyai kelebihan dan fungsi yang tersendiri. Untuk kulit pilihlah kolagen jenis I dan III, kebanyakannya dari sumber haiwan seperti lembu, kerbau atau kambing. Ada juga dari sumber ikan seperti pada kulit dan sidik ikan talapia.
Kolagen jenis I terdapat banyak pada kulit, juga bahagian dalam tubuh seperti sendi, tulang dan tendon.
Kolagen jenis III lebih khusus pada kulit yang menyebabkan kekenyalan (elasticity) kulit. Dalam banyak kajian menunjukkan penghasilan kolagen jenis III ini semakin berkurangan dengan banyak (berbanding kolagen jenis I) apabila kita semakin berusia. Tidak hairanlah bila memasuki umur 50an terdapat banyak perubahan pada kekenyalan kulit. Kulit mula berkedut dengan lebih jelas.
4. Mula menjaga kesihatan kulit apabila masuk umur 35 tahun.
Tahap kolagen dalam tubuh mula berkurangan pada usia 30an. Faktor genetik, pemakanan, kehamilan, stress, tidak cukup rehat dan pencemaran akan menyebabkan kulit muka akan kelihatan lebih tua dari umur yang sebenar. Penghasilan kolagen yang berkurangan ini bermula seawal umur 30an dan menurun 1% pada setiap tahun.
Tubuh kita akan mengalami keseimbangan antara penghasilan dan kerosakan kolagen. Semasa muda tubuh lebih menghasilkan kolagen, sementara apabila berumur tubuh mengalami lebih banyak kerosakan kolagen.
Pengambilan kolagen dari makanan atau suplemen tidak memban
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Endometriosis Juga Digelar Penyakit Hantu. Wanita Alami Haid Tak Teratur Berisiko Untuk Dapat!
Endometriosis ialah satu keadaan yang tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan pelbagai masalah lain yang kerapkali mengganggu pengeluaran benih, serta menyekat saluran peranakan wanita.
Dalam portal MyHealth memberitahu Endometriosis boleh menyebabkan pendarahan yang tidak normal, segugut, kesakitan pada bawah perut dan pinggang, , keguguran, gangguan kencing, dan lain-lain. Tetapi ada wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang gejala
Penjelasan Dr Muhammad Izzat di laman twitter juga memberitahu penjelasan mengenai penyakit Endometriosis yang juga digelar penyakit hantu.
Artikel Lain: Makan 3 Kali Sehari, Tapi Amal Diet Suku-Suku Separuh. Rahsia Lepas 9 Bulan Dapat Berat Ideal!
Endometriosis – Penyakit Hantu ?
Follow thread ni, saya explain more about Endometriosis
Endometriosis adalah keadaan di mana tisu yg menyerupai lapisan dalam rahim ( endometrium ) terdapat di luar rahim seperti tempat di sekitar rahim, ovari, dan tiub fallopian. Sangat biasa ditemui – 1 dalam 10 wanita mengalaminya.
Kalau mak atau adik beradik perempuan ada endometriosis ni, selalunya anda akan ada juga.
Masalah endometriosis ini akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita. Boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.
Apakah simptom-simptom endometriosis?
Simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada pelvis, haid yang tak teratur atau kadang-kadang banyak. Untuk mereka yang dah berkahwin, mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya ada masalah kesuburan.
Ada pesakit mengalami sakit berkaitan dengan usus, pundi kencing, bahagian belakang, peha atau sebahagian kaki. Walaupun begitu, ada je orang yang ada endometriosis ni takda apa-apa simptom langsung.
Lazimnya sakit disebabkan endometriosis ni berlaku dalam corak atau pola yang sama – jadi teruk sebelum atau semasa period. Ada perempuan yg ada sakit setiap masa tapi ada sesetengah perempuan pula, sakitnya datang dan pergi. Sakit ini akan hilang atau kurang bila u pregnant
Apa sebabnya endometriosis?
Sebab sebenar tidak diketahui, sehinggakan cikgu saya di Universiti pun menggelarkan endometriosis ini sebagai “PENYAKIT HANTU” – maksud beliau tiada siapa yang faham apa sebenarnya penyakit endometriosis.
Walaubagaimanapun kita faham bahawa tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim ini akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid.
Maka jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama berlaku juga pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim ini. Pendarahan ini menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukkan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis.
Sama konsepnya macam bila kita ada luka terkoyak, parut akan terbentuk kemudiannya sebagai langkah semulajadi penyembuhan, sama gak apa yang berlaku pada mereka yang ada endometriosis ini cuma proses ini berlaku dalam rongga pelvis. Takde lah nampak parut tu kat luaran.
Artikel Lain: Endometriosis Serang Wanita Berusia 30 Tahun Ke Atas & Boleh Berulang. Ini Nasihat Doktor Perlu Diikuti!
Endometriosis boleh terjadi pada :
– Ovaries ( boleh membentuk kantung yang dikenali sebagai endometrioma atau ‘chocholate cyst’ ) – bukan sebab makan coklat jadi cmni ye
– Dalam peritoneum ( lapisan yg menyelaputi pelvis dan abdomen )
– Pada Tiub fallopian
– Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim
– Kawasan antara vagina dan rektum
Endometriosis boleh terjadi pada dinding dalam rahim dinamakan adenomyosis dan amat jarang berlaku pada usus dan pundi kencing.
Macam mana doktor tahu seseorang tu ada endometriosis?
Susah nak tentukan wanita tu ada endometriosis atau tak. Kenapa?
Sebabnya simptom endometriosis ini berbeza antara individu, bukannya sama.
Symptom endometriosis boleh menyerupai sakit disebabkan oleh penyakit-penyakit lain seperti irritable bowel syndrome atau pelvic inflammatory disease. Lain rawatannya.
Ada je orang yang ada endometriosis tidak menunjukkan apa-apa symptom
So, bila berjumpa Dr, ada beberapa soalan yang biasa ditanya :
– Sakit tu ada pattern ke, ada kene mengena dengan apa-apa seperti period ?
– Mcm mana period ? – sakit ke atau banyak ke?
– Kalau melakukan hubungan seks – ada sakit ?
– Ada masalah ketika nak buang air besar atau kecil ketika period?
– Susah nak mengandung ke? Lebih lebih lagi ada symptom-symptom yang saya da ckp tadi
Kemudian Dr akan menjalankan pemeriksaan untuk mengesan mana puncanya sakit tu. PASTIKAN anda ada peneman ( chaperone ) semasa pemeriksaan. Tak kira doktor tu doktor perempuan ke doktor laki.
MESTI ADA CHAPERONE.
Mungkin lepas pemeriksaan, anda akan menjalani pemeriksaan ultrasound – pelvic ultrasound scan
Biasa saya akan buat scan dari bawah transvaginal utk mereka yg dah berkahwin atau pernah lakukan hubungan seks untuk lihat rahim dan ovari dengan lebih dekat.
Boleh la nampak kalau ada ‘cyst’ pada ovari.
Kalau ada cyst yg menyebabkan sakit ini, doktor akan berbincang utk pembedahan laparoskopi membuang cyst. Pembedahan ini bukan sekadar nak buang cyst, selain itu boleh melihat keseluruhan rongga pelvis dan abdomen untuk endometriosis
Kalau perlu sedikit sampel diambil untuk analisis makmal.
Kalau dah confirm endometriosis, apa rawatan akan diberikan?
– Rawatan ubatan untuk mengawal rasa sakit
– Rawatan pil hormon
– Pembedahan – laparoskopi atau laparotomi ( bergantung kepada tahap endometriosis )
Apa-apa pun bukan semua pilihan rawatan boleh diberikan kepada pesakit. Tahap endometriosis dan keadaan keseluruhan pesakit perlu diambil kira sebelum apa-apa rawatan diberikan. Sila berbincang dengan Dr terlebih dahulu
Artikel Lain: Lelaki Berjaya Kuruskan Badan Lepas Susah Nak Solat. Rahsianya Elak Nasi & Makan 12 Biji Telur Sehari!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tunku Azizah Jarang Bersolek, Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan
Mengaku jarang bersolek tetapi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atau lebih mesra dengan sapaan Che Minah Sayang ini sentiasa kelihatan cantik dengan penampilan tudungnya yang dilipat molek menutup pipi gebunya.
Namun apa yang lebih menjadi perhatian dan tanda tanya adalah bagaimana Tuanku Permaisuri menjaga kemulusan dan kebersihan kulit wajahnya yang sentiasa kelihatan halus, putih kemerahan dan sihat meskipun tanpa mengenakan sebarang solekan pada wajah.
Tunku Azizah Jarang Bersolek, Cuma Amal Dua Rutin Kecantikan
Menurut baginda Permaisuri, dia tidak rajin mencuci wajahnya kerana dia seorang yang jarang mengenakan solekan pada wajah, memandangkan YDPA kurang gemar melihat wajah permaisuri disolek tebal.
“Sayalah yang paling malas sekali cuci muka ke apa, saya cuma letak sabun-sabun dan pakai cream biasa sahaja. Saya jarang pakai make-up. Tuanku Agong tak suka saya pakai make-up.
“Dan saya juga tidak biasa pakai make-up kerana mungkin la saya punya ayah garang kan. Ni nak pergi mana ni muka macam topeng. Bukan topeng, wayang pekji (Chinese Opera),” titah Permaisuri.
Hanya Lakukan Dua Rutin Ini, Untuk Kekalkan Kecantikan Kulit Wajah
Permaisuri berkata, dia tidak mempunyai rawatan wajah yang khusus untuk memastikan kulit kekal cantik. Namun, hanya mengamalkan rutin kecantikan yang amat mudah dengan menggunakan dua bahan sahaja.
Jelas Permaisuri, dia mula cakna berkenaan kepentingan menjaga kulit wajah adalah sewaktu dirinya menziarahi nenek saudara yang meinggal dunia dan seakan terpana dengan kemulusan dan kecantikan kulit wajah arwah yang langsung tidak dimamah usia atau mempunyai sebarang garis halus mahupun kedutan pada wajah.
“Tapi I do pakai cream, serum atau apa. Kerana bila melihat tok sedara saya umur 94 tahun ketika dia meninggal. Muka tiada fine line atau apa, jadi saya mengendap (cari tahu apa yang diamalkan). Oh dia pakai cream ni, cari terus beli,” ujar baginda Permaisuri lagi.
Sekadar info, golongan kenamaan sering dikaitkan dengan penggunaan barangan berjenama mewah. Terutamanya, apabila melibatkan produk penjagaan kulit.
Bagaimanapun, Permaisuri Agong kesayangan rakyat Malaysia pernah mengejutkan orang ramai apabila mendedahkan bahawa produk penjagaan kulit yang digunapakai olehnya bukanlah produk berjenama mahal.
Tuanku Azizah mengakui dia hanya menggunakan krim Nivea sebagai perawatan kulit wajah iaitu salah satu jenama yang sering digunakan rakyat marhaen di negara ini.
Terdahulu, pada Ogos 2019 menerusi hantaran di laman Twitter rasmi miliknya, baginda ada memuatnaik hantaran gambar memaparkan hadiah set percuma pemberian syarikat penjagaan kulit dari Jerman itu berserta kapsyen “Thank You To Nivea”.
Haa… jadi kalau anda nak kulit yang bersih tanpa masalah jeragat dan jerawat, tak perlu pun guna produk yang mahal. Boleh cuba guna set penjagaan murah sahaja tetapi pastikan tepat dengan jenis kulit anda.
Sumber: Instagram @love.tunkuazizah & Twitter @cheminahsayang
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI