
Isi Kandungan
ToggleMak ayah kena hati-hati kalau nasuh botol susu anak, risau masih ada kerak yang melekat yang berkemungkinan ada lagi bakteria di situ.
Tak boleh asal boleh sebab boleh jadi anak-anak akan cepat sakit tanpa anda sedari penyakitnya datang dari botol susu yang kurang bersih.
Basuh Botol Susu Anak, Cara Ini Boleh Hilangkan Kerak Yang Melekat!
Jika biasanya anda biasa merebus botol susu untuk membasmi kuman, kali ini mak-mak boleh cuba cara di bawah untuk menghilangkan kerak botol susu. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja dan inshaa Allah lebih bersih.
Bahan-bahan:
– Gunakan air panas untuk hasil yang pantas.
– Garam dan beras.
Cara-cara:
1. Masukkan beras ke dalam botol.
2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi.
3. Tutup botol dengan penutup.
4. Goncang dengan penuh kasih sayang.
5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang.
6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal.
7. Bilas dengan air bersih.
Ulang step yang sama untuk garam. Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras.
Dengan cara ni jugalah kita sebagai mak-mak boleh elakkan anak dari sakit perut akibat sabun pencuci. Bukan tak boleh guna cecair pencuci tau. Cuma cara bilas tu kena betul-betul cuci. Barulah anak tak mudah sakit perut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Minum Air Kosong Ikut Aturan Betul, Rahsia Wanita Ini Kekal Langsing & Berwajah Flawless

Lain orang lain cara dietnya. Ada yang mengamalkan Diet Suku-Suku Separuh, Intermittent Fasting dan juga Diet Atkins dalam usaha mendapatkan berat idaman.
Bagi wanita ini Azlina mempunyai cara tersendiri untuk kekal lansing. Tidak perlu amalkan kaedah itu, sebaliknya hanya elak minum air manis dan lebihkan pengambilan minum air kosong.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang menjaya mendapat badan yang cantik dan langsing walaupun sudah mempunyai 3 orang anak.
Walaupun posting ini pada tahun 2019, tetapi boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mencari kaedah terbaik untuk langsing.

Asalamualaikum korang.Ok sapa nampk mak berbeza belanje mak satu emoji
Tag kan kawan korang yg diet ambik ubat entah ap-apa. Buat membazir je. Mari baca sikit ilmu sebelum start diet
Permulaan diet mak selain tinggal kan air manis, mak byk minum air kosong. Korang kene bersahabat dengan air kosong dan tandas.
Permulaan mak cuma minum 4 botol air mineral kecik tu berhenti pada pukul 9 malam. Dan naik kan lagi ikut besar mana badan. Di komen ade rujukan kiraan dia ye. Dan Selain bagus untuk penghadaman dan organ badan air kosong sangat bagus untuk kulit.
Buah dan air kosong akan menjadikan kulit bersih sebab toksin dan kotoran keluar dr air kencing. Kan mudah tu tak payah beli barang pelik-pelik mudah nye nak cantik air kosong tu free je pun boleh je minum air sejuk dara peti cuma elakkan ais batu .
Mak tinggalkan air batu lama dalam 5 bulan hasil nye perut flat dan tak buncit. Dan bagusnya perhatikan air kencing pada 3 hari pertama kuning selepas itu ia jadi jernih

CARA MUDAH MINUM AIR KOSONG BOLEH BANTU ANDA KURUS BUKAN MITOS
Berapa Liter Sehari Yang Perlu Kita Minum Air Kosong?
Melalui aktiviti harian kita mengeluarkan tenaga, membuang air kecil dan besar, bernafas, dan bergerak aktif seharian, menyebabkan air hilang dari badan, dan perlu digantikan semula agar proses tubuh dapat berjalan dengan baik
Azlina – berat 65 kg
1 liter =25kg
Jadi Azlina perlu minum 2.5liter sehari sekurang-kurangnya bukan lah smpai paksa diri. Ini melatih kita cintakan air kosong.
Berapa berat anda?
Jom semak, berapa liter anda perlu minum sehari untuk kekal sihat, cergas cantik dan bertenaga. (Berat Badan Bahagi 25kg = )
Saranan terbaik yang perlu diamalkan ialah minum air kosong 1-2 gelas 20minit sebelum waktu makan, ianya bagus untuk sistem penghadaman kita, dan dalam masa yang sama membantu mengelak kita makan terlalu banyak, bila waktu makan tiba.
1- Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas sahaja sehari. Air karbonat, tinggalkan terus.
2- Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.
3- Bawa botol air ke mana saja & tandakan waktu anda perlu minum.
4- Minum menggunakan straw.
5- bg yg susah minum air kosong begitu saja boleh perah kan sikit lemon atau hirisan lemon bg kurg kan rasa loya

Akhir kata gud luck untuk semua
Dr mak diet viral malaysia
Artikel Berkaitan:
Guna Cara IF, OMAD & Water Fasting. Hasilnya Wanita Berjaya Hilangkan 33 KG Sebelum Majlis Kahwin!
Tak Skip Nasi, Menu Diambil Sihat & Sedap. Hasilnya Wanita Turun 13 Kg Dalam Masa 9 Bulan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkena Jangkitan Mata Akibat Cakaran Kucing, Pakar Optometrist Ini Jelaskan Bahayanya Boleh Hilang Penglihatan

Isi Kandungan
ToggleTidak dinafikan ramai menyukai kucing dan menjadikan ia sebagai binatang peliharaan. Tetapi sepanjang memelihara haiwan, ini adakah anda pernah terkena cakaran yang boleh membawa infeksi merbahaya.
Perkongsian di laman sosial twitter, Pakar Optometrist, Puan Amira Nadia Raup berkongsi sejenis penyakit mata akibat cakaran kucing atau disebut sebagai Cat-scratch Neuroretinis atau Ocular Bartonellosis.
Menurutnya jika terkena penyakit ini pesakit akan mengadu kabur penglihatan yang berlarutan dan semakin teruk walaupun sudah memakai cermin mata / walaupun pada asalnya tidak rabun langsung.
“Penyebabnya ialah jangkitan dari bakteria “Bartonella Henselae” yang dipindahkan dari cakaran, gigitan mahupun dari air liur kucing yang dijangkiti.
“Keadaan yang kronik dan lambat dikesan akan mengakibatkan kehilangan penglihatan. Situasi ini di mana diska optik akan mengalami edema kronik dan boleh merebak ke kawasan makula di mana kawasan penglihatan terang akan terjejas,” jelasnya.
Tambahnya lagi, jika terkena masalah ini rawatan antibiotik akan diberikan segera untuk menghentikan jangkitan.
Kena Lakukan Fundus Photo
“Jika dapat dikesan lebih awal, penglihatan boleh diselamatkan. Tetapi jika terlambat jangkitan yang merebak akan meninggalkan parut kekal pada retina.
“Apa optometris akan lakukan jika seseorang pesakit mengalami tanda tanda cat scratch disease ini?
“Biasaya saringan awal akuiti visual menunjukkan penurunan penglihatan, ujian warna gagal dan pemeriksaan refleks mata adalah RAPD Positive menunjukkan ada gangguan berlaku di retina/saraf
“Dengan melakukan pemeriksaan Fundus Photo serta ujian saringan makula dapat mengesan perubahan yang berlaku di belakang mata. Serta dapat tahu berapa peratus kawasan penglihatan yang terjejas.
“Setelah itu, rujukan segera dilakukan ke Oftalmologis memandangkan rawatan antibiotik dan ujian fluorescein angiography hanya boleh dilakukan di hospital yang mempunyai oftalmologis,” tambah lagi.
Walau bagaimanapun prognosis / jangkaan pulih antibiotik bergantung pada tahap severe.
Wanita Hamil Kena Tahu
Ini kerana antibiotik hanya bertindak menghadkan tindakbalas bakteria sahaja / merencatkan disebabkan “self limiting”. Beliau juga turut memberi peringatan kepada ibu bapa dan wanita hamil.
“Manakala untuk ibu bapa, perhatikan jika anak anak terkena cakaran kucing, terutamanya jenis kucing terbiar dan terdedah dengan pelbagai penyakit.
“Kepada ibu mengandung pula,sila jauhi kucing/ najis kucing kerana anda terdedah dengan jangkitan parasit kucing toxoplasma gondii yang boleh menjangkiti pada mata bayi, dan memberi kesan parut yang merebak pada retina. Dan risiko hilang penglihatan,” katanya lagi memberitahu kesan bahaya yang akan dialami.
Artikel Berkaitan:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Melukis Eyeliner Jenis Mata Kelopak Kecil, Hasilnya Sempurna!

Jika anda baru nak belajar melukis eyeliner untuk hasil yang buat mata nampak seksi dan besar, boleh cuba praktik tip ini.
Jangan rasa tak pandai nak buat sebab ada caranya untuk kelihatan sempurna.
Tip Melukis Eyeliner Jenis Mata Kelopak Kecil, Hasilnya Sempurna!
Mula-mula anda perlu faham produk eyeliner yang bersesuaian dengan kelopak mata, hasil bentuk eyeliner dan teknik yang konsisten untuk dua belah mata.
Hah, jadi menggaris eyeliner ini pun salah suatu bakat dan boleh diasah kalau nak cantik bahagian mata.
Buat anda yang memiliki kelopak mata kecil atau dipanggil hooded eyes, sebenar kawasan untuk bermain eyeliner agak terhad. Apatah lagi yang mempunyai kelopak mata ‘kuyu’.
Jadi ketepatan garis dan ekor eyeliner amat dititikberatkan. Kalau tidak, mata mungkin nampak lagi sepet dan tidak bermaya.
Sebelum anda nak mula mencuba eyeliner, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu;
1. Sebaiknya guna eyeliner jenis gel atau pensil supaya garisan yang salah mudah dipadam.
2. Cuba cari mata eyeliner yang lebih kecil atau nipis untuk garisan yang lebih tepat dan tidak comot.
3. Bagi yang baru nak cuba boleh guna eyeliner warna coklat agar terlihat lebih natural dan senang untuk praktis.
Faham?
Ini video ringkas untuk teknik apply eyeline untuk si mata kecil.
Anda perlu kenal pasti hujung ekor eyeliner yang mahu. Nak pendek atau jenis ada ekor. Kemudian gariskan dari tengah mata dan sambung ke bahagian luar mata.
Bagi yang mahu efek lebih kemas dan rata, angle brush untuk menarik baki eyeliner. Hasilnya mata kamu kelihatan lebih wow!
Selamat mencuba!
Kredit video: charmiejanee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI