Tidak dinafikan penggunaan kayu manis sebagai penambah perisa memang boleh menerbitkan aroma lebih sedap.
Namun, terdapat pelbagai lagi khasiat kayu manis, tumbuhan herba yang sangat popular di kalangan masyarakat kita.
Perkongsian daripada Syaza Nutritionist memberitahu kebaikan kayu manis.
Antara kebaikan kayu manis
Tinggi dalam antioksidan yang membantu melawan radikal bebas. Juga boleh membantu mengurangkan keradangan yang boleh sebabkan kerosakan pada tisu.
Selain itu juga boleh mengawal tekanan darah tinggi dan mengawal kestabilan hormon.
Paling bagus, kayu manis juga boleh membantu mengelakkan masalah kerosakan gigi dan bau mulut.
Kesimpulannya, kayu manis ini merupakan salah satu rempah paling lazat dan sihat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Senyap-Senyap Sebabkan Angka Naik” – Frontliner Kecewa Sikap Masyarakat & Ini Pesanannya Perlu Hadam
Peningkatan kes penularan Covid-19 yang tinggi kini amat membimbangkan kita. Setiap hari dikatakan ada saja bas yang akan datang membawa pesakit yang sah positif di pusat kuarantin.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma, Dr Alzamani Mohammad Idrose memberi peringatan serta nasihat bahawa peranan kita sangat besar bagi memutuskan rantaian jaringan Covid-19 ini.
Hadamkanlah peringatan yang diberikan ini agar kita tidak leka dan sama-sama membantu bagi memerangi wabak yang boleh membawa maut ini.
Peranan Anda Terlalu BESAR !
Kini setiap hari ‘sebuah bas’ masuk gaung dan semua penumpangnya mati. Setiap hari sekitar 50 orang mati akibat Covid-19 di Malaysia.
Petugas rumah mayat inilah yang menghantar mayat-mayat itu untuk dikebumikan. Ahli keluarga hanya boleh melihat dari jauh. Tiada kucupan terakhir untuk selamat tinggal ke alam barzah. Hanya doa yang dititip dari jauh. Ada antaranya ibu atau bapa yang mendapat Covid dari anak atau menantu yang berziarah.
Dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus -lumus di hospital merawat ledakan kes Covid, anda boleh bercekak pinggang berkata,”Bukalah katil lebih. Tambah jer lah katil ICU !” Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot. Ada staf ramai, peralatan jutaan ringgit, kemahiran mengendaikan pesakit dan banyak aspek lain yang sukar.
Dalam pada itu, ada ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut bila makan, berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja. KKM dituduh tipu data dan semuanya salah KKM.
Tambahlah katil hospital banyak manapun, tetapi kalau anda tidak menghentikan malah menambah kes-kes Covid ke hospital dari SOP anda yang ke laut, semuanya tidak pernah akan cukup untuk anda
Semuanya hanya akan berhenti apabila anda melihat diri sendiri, berhenti menyalahkan orang tetapi menyalahkan diri sendiri.
Peranan anda besar untuk menghentikan sebaran Covid. Caranya sama, tak berubah seperti dipesan sejak setahun lalu – pakai mask dan jauhilah manusia. Amalkan SOP ‘tanpa ruang bolos’ sedikitpun. Anggap semua ada Covid. ‘1 meter’ adalah jarak ‘keramat’. Jika mask dibuka contohnya semasa makan atau riadah…obseslah untuk jarak itu melebihi 1 meter dari mereka.
Jangan percaya dakyah antivaksin yang suka mengeliru dan menyesatkan anda dengan slogan ‘Ikut SOP adalah mengikut telunjuk Yahudi’ kerana merekalah yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli.
Daftarlah untuk divaksin. Ianya satu-satunya jalan keluar kita dari pandemik ini. Jika 80% kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat. Tahun depan boleh raya, malah jika semua bagus boleh buka mask pun seperti di sesetengah negara yang siap divaksin pada kadar ini.
Kalau anda selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat ikut SOP.
Dan kalaupun selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula anda mengikut mereka, kerana harganya dibayar oleh anda dan keluarga anda.
Cukuplah.
Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini. Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital – ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap.
Yang senyap-senyap inilah menyebabkan angka senyap-senyap naik. Sebaliknya, yang dalam senyap mematuhi SOP dengan sempurna adalah wira sebenar yang tak didendang. Anda sendiri sahaja yang tahu dalam kumpulan mana anda tergolong.
Peranan anda dalam menentukan menang atau kalahnya perang ini teramat besar. Untuk menentukan sama ada ‘bas’ terus masuk gaung setiap hari atau tidak.
Bukan kami di hospital.
Bukan mereka yang membantu kebumikan mayat keluarga anda.
Tetapi anda.
Anda saja boleh menangkan dan anda saja yang boleh kalahkan pertarungan kita dalam perang virus ini.
Dr Alzamani Mohammad Idrose
Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma
Frontliner
#alzainsights #masihkahadakitajagakita?
Artikel Berkaitan:
Positif Covid-19, Nabila Huda Kongsi Vitamin & Suplemen Diambil Sepanjang 10 Hari ‘Self Quarantine’
Doktor Ini Dedah Virus Covid-19 Mula Serang Orang Muda & Akui Jangkitan Makin Cepat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Hanya Keluarkan Peluh, Tapi Sukan Badminton Juga Berpotensi Atasi Masalah Kemurngan
Kejayaan pasangan beregu sukan badminton dengan membawa pulang pingat gangsa dalam sukan Olimpik Tokyo kali ini sangat membanggakan.
Melihat corak permainan yang sangat agresif menjadikan sukan ini sering jadi pilihan untuk mengeluarkan peluh serta berfungsi menggerakkan otot melalui pergerakan lincah.
Selain itu rupanya sukan ini juga sebenarnya bermanfaat untuk menjaga kesihatan mental manusia.
Ketua Pegawai Eksekutif Mental Health Foundation di United Kingdom, Jenny Edwards menjelaskan sukan badminton turut dijadikan sebagai salah satu aktiviti yang disarankan sebahagian daripada proses pemulihan pesakit mental.
Penelitian yang dilakukan oleh yayasan itu turut mendapati bermain badminton selama dua setengah jam setiap minggu dapat mengurangkan kemungkinan kemurungan sehingga 25 peratus.
Aktiviti fizikal ini juga membantu meningkatkan kadar tenaga dan kesegaran pesakit selain membina keyakinan diri. Selain itu, sukan ini cukup bermanfaat, termasuklah;
1. Interaksi Sosial
Interaksi sosial bersama pemain lain membantu membangunkan kepercayaan diri penderita kemurungan dan menerbitkan perasaan positif.
2. Mengalihkan Perhatian
Ketika bermain badminton ia memerlukan fokus dan perhatian yang tinggi dan ia mampu mengalihkan perhatian terhadap perkara yang menggangu fikiran.
Ia sekaligus dapat membantu mengurangkan rasa kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan dan tekanan.
3. Meningkatkan Konsentrasi
Konsentrasi ketika bermain badminton membantu seseorang menjadi lebih berhati-hati dan fokus. Apabila bermain secara berpasukan pula, ia membantu seseorang untuk membina sifat kerjasama berkumpulan dan tumpuan.
4. Otak Menjadi Aktif
Sukan badminton adalah tentang strategi seperti membuatkan keputusan untuk melakukan servis kepada pihak lawan, reaksi pantas terhadap bulu tangkis pihak lawan atau kedudukan ketika di dalam gelangang.
Tanpa disedari, kita sebenarnya sedang menggunakan otak secara optimum dalam memastikan semua strategi itu teratur dan dapat dilaksanakan dengan baik.
5. Respon Lebih Baik Terhadap Tekanan
Kajian membuktikan, bermain badminton selama sejam setiap hari dapat membuatkan seseorang lebih memberi perhatian, menyesuaikan diri dan mempunyai respon kardiovaskular dan neuro-humoral yang lebih aktif terhadap tekanan mental.
6. Menjalin Ikatan Kekeluargaan
Sukan ini juga mampu menjalin ikatan kekeluargaan apabila bermain bersama-sama ahli keluarga. Malah ia juga membuat kita jadi disiplin kerana perlu menepati masa ditetapkan. Dengan aktiviti yang kerap dilakukan ini menjadikan hubungan semakin rapat sama ada dalam court badminton atau selepasnya.
Sumber: Mstar
Artikel Berkaitan:
Asma Boleh Ancam Nyawa Jika Tak Dirawat. Doktor Kongsi Punca & Ubatan Terbaik Perlu Diambil!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Sebarang Simptom, Ibu Tak Sedar Bayi 4 Bulan Positif Covid-19. Reda Anak Meninggal Dunia!
Memang perit rasanya kehilangan orang tersayang, lagi-lagi disebabkan jangkitan virus Covid-19 dan mangsanya adalah masih lagi seorang bayi.
Malah lebih menyedihkan ketika membawa anak yang masih kecil ini di dalam keadaan kecemasan, tidak ada satu pun hospital swasta mahu menerima pesakit ini.
Inilah pengalaman diceritakan oleh seorang wanita dan juga ibu kepada bayi perempuan berusia empat bulan dua hari, Aina Mazlan yang memberitahu anaknya disahkan meninggal dunia pada pukul 6.47 petang 12 April lalu.
Menurutnya, pada pagi hari kejadian, dia membawa dua anaknya itu Aidan dan Aurelia Adreena Mohamad Afi ke kedai makan ibunya kerana mahu membeli barang-barang tempahan gift box kuih raya.
Okay let me explain. Bismillahirrahmanirrahim!
12 April 2022, pagi tu saya bawa anak saya yang sulong dan baby pergi kedai makan mak saya. Utk beli barang barang tempahan gift box kuih raya. Ibu teman saya pergi beli dan dia tolong jagakan anak-anak dalam kereta masatu
Masa ibu jaga dalam kereta baby ok siap main dengan nenek, video call dengan atuk sekali. Dia cakap cakap bahasa baby dia. Dalam pukul 12 macam itu saya dan anak-anak balik rumah macam biasa. Bagi anak sulong main dengan baby kejap sebelum dia tidur. Baby active macam biasa, takde sakit, tak demam,
Ketika itu baby memang tidak merengek dan hanya tidur. Apabila kejut untuk beri susu, dia tak ada respon. Terus bawa ke hospital dan hanya Sg Buloh boleh terima
Tak menangis/merengek. Lepas itu baby dengan abg tidur. Nak dijadikan cerita masa pukul 5petang saya tengok dia masih tidur so ingat dia penat lah. Saya terus ke dapur kemas kemas sikit. Selepas 30minit saya tengok balik nak kejut bagi susu, bila angkat je dia tak ada respon…
Dalam hati (mengucap banyak kali) terkedu. Keep kejut but still no response. Mata dia pun sebelah tertutup dan satu badan sejuk.
Saya, suami dan anak sulong terus bawa ke klinik berdekatan since masa itu orang tengah prepare nak berbuka so takut jalan jem. sampai je klinik, doc suruh…
Doc suruh buat cpr dekat anak saya sementara diorang tengah tunggu ambulans sampai. So they keep call semua hospital private yang berdekatan but no one yang nak terima pesakit yang dalam keadaan tak sedar diri. Allahu berat betul ujian kami sekeluarga. And they said hospital gov je yang boleh…
WHAT ? Orang tengah memerlukan bantuan tapi dorang tak terima. ok fine. Masa ini call hospital Sg Buloh yang paling dekat dengan rumah saya di Kota Damansara. Pihak sana pun hantar ambulans ke klinik yang saya berada
Baby dapat oksigen & buka mata serta ada nadi. Apabila pemeriksaan dibuat, doktor sahkan baby positif Covid-19. Tetapi sebelum itu memang tiada simptom
Sementara tunggu ambulan around 15min, we keep cpr & doc ckp “no pulse
Doc keep mention “keep doing cpr, baby no pulse” “no pulse” berulang kali. Allah rasa mcm kosong sangat masa itu.
15min kemudian, ambulans sampai dan terus ke hospital Sg Buloh. Dalam perjalanan ke sana, baby dapat oxygen & masa itu baby bukak mata, ada nadi (dalam hati alhamdulillah)
Siap tanya baby masih ada nadi kan ? Diorang cuma jawab “sabar puan, nanti sampai hospital kami cuba sedaya yang mungkin”
Sampai sampai je terus masuk icu & saya kene tunggu kat luar. Masa sampai dalam pukul 6.10pm. Tunggu punya tunggu, ada beberapa doc keluar dan bagitau
Doc: ada sesiapa yang positive covid ke kat rumah ?
Saya: takde doc. kami dah buat test kit 3-4hari berturut2 tapi negative…
Doc: kami buat swab test utk baby & dia positive covid
Saya: Allahuakbar (dalam hati macam mana boleh kene)
Untuk makluman baby tak ada symptom langsung, tak ada demam, tak ada batuk, tak ada selsema, semua sakit tak ada. Elok sihat & ceria
Tepat 6.47 petang, doktor beritahu baby sudah meninggl dunia. Cuba selamatkan dalam pelbagai cara tetapi tidak berhasil.
Pastu dalam pukul 6.47pm ada sorang doc keluar lagi panggil saya. Dia cakap baby dah meninggal. Diorang cuba selamatkan, dah pelbagai cara tapi tak boleh juga
Menangis terduduk kt icu tu
Allahuakbar mak mana tak sedih anak yang baru jaga 4bulan 2hari tapi Allah lebihkan sayang anak syurga kami. Allah uji kami sekeluarga. Kami redha atas pemergian puteri kami Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Al-fatihah buat anak mama
Mudahnya pemergian anak syurga mama ni. Tenang setenangnyaa awak pergi. Allahu Alhamdulillah . Terima kasih Allah sebab permudahkan urusan Aurelia Adreena binti Mohamad Afi. Sayangnya Allah dengan bidadari kecil ini tanpa dosa ibarat kain putih pulang ke negeri abadi
Berbahagialah sayang dengan kawan2 awak. Tunggu mama, papa & abg aidan dipintu syurga ya. Kita terpisah sementara didunia . Di akhirat insyaAllah kita bersama selamanya . mama,papa, abg aidan dan aurelia akan hidup bahagia di alam sana nanti. Ameen
Baby dikebumikan keesokan harinya, tetapi sedih sebab tak dapat untuk pengecaman mayat dan mandi jenazah kerana dirinya turut positif Covid-19 bersama anak sulung. Alhamdulillah segala urusan untuk kali terakhir dipermudahkan olehNya
Kebumi pada keesokan hari nya 13 April 2022 disebabkan banyak procedure untuk pesakit covid meninggal. Tapi paling sedih pagi sebelum pergi ke hospital kami satu family pergi klinik buat test & saya dengan anak sulong (abang aidan) positive covid juga so urusan pengecaman mayat…
Urusan pengecaman mayat, mandi kan jenazah (tayammum saja sebagai pesakit covid) sepatutnya saya dan suami pergi tapi suami saya je boleh sebab dia result swab test negative. Saya tak boleh untuk semua itu untuk kali terakhir anak mama
Alhamdulillah selesai pengebumian anak kami. Allah permudahkan urusannya. Cepat sangat, cuaca pun mendung sebelum berbuka dah selesai. Syukur suami dan ayah saya dapat uruskan sampai ke liang lahad walaupun dengan keadaan full ppe. Hanya beberapa orang saja yag boleh untuk kebumikan
Artikel Lain: Lepas 5 Bulan Bebas Kanser Tahap 4, Berat Elyana Kini Makin Bertambah. Akui Makin Sihat & Ceria!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI