Nampak agak menarik resepi Patty Ayam dan Sosej yang dikongsikan oleh seorang wanita, Puan Umaina Aziz, dalam laman group Diet Suku-suku Separuh baru-baru ini.
Sesekali nak juga makan sedap tetapi risau terlebih kalori, jadi mungkin anda boleh cuba buat kudap-kudap ini.
Makan Tanpa Rasa Bersalah
Menurut Umaina, dia saja nak kongsi resepi patty ayam dan sosej homemade itu untuk anda makan tanpa fikir rasa bersalah macam makan sosej dan food process yang lain.
“Saya belajar buat ni masa saya amalkan diet atkin dulu. Sekarang guna Diet Suku-suku Separuh je senang.
“Saya kongsi resepi, mana tahu boleh tambah idea untuk cipta menu-menu harian yang best guna patty dan sosej homemade ni.
“Sukatan dan bahan semua guna cara saya. Kalau ada sesiapa yang pandai kira kalori boleh lah beritahu ya,” kongsinya.
Resepi Patty Ayam Dan Sosej
Ads
500 gm isi ayam
5 biji telur
1 labu bawang putih
1 biji carrot (parut halus)
3 sb tepung ubi
Bahan perasa secukupnya
** sedikit lada hitam
** 3 biji bawang merah
** sebiji bawang besar
** Yang ni optional. Nak bubuh tak apa, tak bubuh pun tak apa. Kalau nak ganti bawang holland pun boleh.
Cara-cara:
1. Kisar isi ayam, telur, bawang putih, lada hitam, bawang merah, bawang besar dan carrot sampai hancur. Kalau blender tak boleh putar, boleh tambah sedikit susu fresh/full cream atau sedikit air. (tambah agak-agak bagi boleh blend ja. Saya tambah dalam ½ cawan susu full cream).
Ads
2. Masukkan bahan blend tadi dalam bekas. Tambahkan bahan perasa sikit dan tepung ubi (tepung apa-apa pon boleh). Gaul sebati.
Saya tambah 3 sudu kecil maggi cukup rasa, 3 sudu kecil serbuk lada putih dan 3 sudu kecil serbuk lada hitam.
Boleh juga kalau nak tambah apa-apa herb. Saya tak ada, jadi tak bubuh.
3. Masukkan dalam loyang, kukus 20 minit.
Saya kukus dalam acuan kek saiz 4 inci. Timbang 50 gm setiap satu bekas. Dapat 10 bekas, kukus 10 minit guna bekas ni.
Ads
Selebihnya saya masukkan dalam plastik ais krim malaysia untuk buat sosej. Ikat plastik dan kukus (saya dapat 10 plastik. Satu plastik 70 gm).
Kalau nak tahu sosej dah masak bila dia keluar pecah dari plastik. Boleh frozen sesiap macam sosej di kedai.
Nak best lagi sebelum goreng celup telur dan gaul serbuk roti. Rasa rangup-rangup gitu.
Boleh juga kalau nak buat nugget. Kukus dalam loyang then potong ikot selera. Atau boleh kukus dalam apa-apa bekas silicon/acuan pelbagai bentuk.
Ayam tu boleh juga gantikan dengan daging fresh, ikan, udang, ketam atau haiwan lain.
Selamat mencuba.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perubahan cuaca yang panas dan kering menjadi punca kulit wajah kering dan kusam.
Sebagai wanita tidak kira yang mempunyai kerjaya atau menguruskan rumah tangga sudah pastu mahu kulit yang sihat dan cantik.
Oleh itu, sebagai wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan kulit, perlu mencari inisiatif untuk mengembalikan keserian dan keremajaan kulit.
Barulah keyakinan diri semakin meningkat dan tidak kekok berjumpa dengan orang ramai.
Masalah yang sering menghantui wanita adalah kulit yang terlalu kering sehingga mempercepatkan tanda-tanda penuaan.
Ini adalah akibat kekurangan air pada lapisan luar kulit yang dipanggil epidermis. Selain itu, semakin usia meningkat kandungan air di bawah lapisan kulit semakin berkurangan. Faktor usia ini mempercepatkan lagi proses penuaan kulit.
Kombinasi perubahan cuaca dan peningkatan usia ini turut merangsang pengurangan kandungan minyak di bawah kulit.
Kulit akan berubah menjadi tidak anjal andai tidak dipelihara dengan sempurna. Bukan sahaja bahagian kulit wajah sahaja yang perlu dipelihara malah turut perlu diberi perhatian seperti kulit lengan, tangan dan bahagian bawah kaki yang terdedah kepada kulit yang kering.
Justeru, tindakan mengubah keseimbangan semula jadi ini tidak wajar dilakukan. Lambakan bahan pelembap di bawah kulit akan mengakibatkan ketidakseimbangan hidrasi yang ekstrem seperti keadaan penghidratan keterlaluan. Ini mungkin punca yang merangsang kulit kedut dalam jangka masa yang panjang.
Cara Mudah Ketahui Keanjalan Kulit
1. Teknik cubit
Kulit di sekitar mata sangat sensitif dan merangsang kepada masalah lingkaran hitam dan kedut. Guna ibu jari dan jari telunjuk, cubit dengan perlahan-lahan penuh hati-hati di daerah kulit bawah mata kemudian lepaskan. Tingkat hidrat dan keanjalan kulit bergantung berapa cepat kulit yang dicubit tadi kembali kepada bentul asal.
2. Teknik tekan
Cara untuk mengenalpasti keanjalan kulit adalah dengan menekan di bahagian tulang pipi untuk merasakan berapa banyak kolagen yang dimiliki kulit dengan memerhatikan garis-garis halus di permukaan kulit ketika kulit ditekan. Jika terdapat banyak garis halus bermakna kulit mengalami dehidrat dan perlukan rawatan.
3. Teknik mencebik
Mulut juga adalah daerah penting yang perlu dipelihara dengan teliti. Cara yang boleh dilakukan untuk menguji keanjalan kulit adalah dengan membuat ekspresi sedih iaitu dengan menggembungkan pipi sehinggi bibir seperti mencebik.
Perhatikan kulit di sekitar mulut ketika mengembalikan kepada keadaan asal. Adakah terdapat banyak garishalus yang terbentuk? Jika benar boleh menambahkan pelembap agar keanjalan kulit terus terpelihara.
Tular sulam bedak yang dikatakan jadikan kulit cantik, malah ramai yang sanggup buat untuk dapatkan efek glowing dan flawless dalam sekelip mata.
Salah satu cara untuk dapatkan efek tersebut adalah teknik sulam bedak (atau BB Glow) yang tular semula di TikTok.
Sulam Bedak Buat Kulit Cantik, Tapi Ini Pesanan Doktor!
Sama fungsi seperti pakai foundation atau BB Cream setiap hari, tetapi sulam bedak ini tak perlu dipakai setiap hari, malah anda akan dapat kesan ‘makeup ready face’ setiap masa. Walaupun trend ini menjimatkan masa dan wang, tetapi tak bahaya ke?
Nak tahu jawapannya, baca perkongsian doktor dermatologi berikut;
‘Tatu’ foundation atau BB Cream hanya sekali saja
Menggunakan Micro Needle Theraphy System Derma Rolling, teknik ini fungsinya untuk menyamarkan cela di wajah; hiperpigmentasi, kemerahan, lingkaran hitam, pori, parut dan banyak lagi.
Hanya perlu lakukan sekali, kesannya adalah separa kekal dan tak perlu top-up dengan kerap.
Disebabkan kita guna kaedah ‘tatu’, sulam bedak ini tak akan hilang walaupun anda dah cuci wajah berulang kali, mandi atau berpeluh.
Memang best, tapi doktor dermatologi pula kata ini…
Berdasarkan Doktor Arthur, SpKK, FINSDV, di TikTok berkongsikan teknik sulam bedak ini dari segi tujuan dan kaedah rawatannya.
Katanya sulam bedak ini merupakan tatu tetapi ianya tidak dilakukan terlalu dalam seperti tatu yang kebiasaannya. Tujuan sulam bedak ini dilakukan adalah untuk menutup cela di wajah seperti bekas jerawat, parut, bintik hitam dan banyak lagi.
Walaupun sulam bedak beri kesan yang segera, tetapi doktor ini mendedahkan ramai yang alami kesan sampingan yang buruk.
Ada yang alami alahan, jerawat makin muncul dengan banyak dan kulit makin rosak. Bukan itu sahaja, sulam bedak boleh juga akibatkan kesan seperti:
Penggunaan micro needle secara berulang boleh mendedahkan pengguna pada HIV atau cross-contamination Hepatitis B/C.
Menyebabkan kerosakan sel kulit wajah, alergik yang teruk dan paling berisiko adalah kanser kulit.
Sulam bedak tinggalkan pigmen di bawah kulit secara kekal dan ianya mengandungi lebih 40 bahan kimia (yang mungkin berbahaya untuk jangka masa panjang).
Agak-agak, anda sendiri berminat tak nak buat sulam bedak?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Warna putih sering dikaitkan dengan pilihan rona yang suci dan bersih. Malah menurut My Health salah satu kelebihan warna putih adalah kemampuannya untuk membantu mengurangi rasa takut ataupun rasa gusar.
Ini kerana warna putih memberi kesan kebebasan dan keterbukaan. Kelemahan warna putih adalah dapat memberi rasa sakit kepala dan mata boleh menjadi lelah atau penat sekiranya warna ini terlalu mendominasi.
Tetapi juga dikatakan individu yang sukakan warna putih adalah seorang yang boros berbelanja. Warna putih sebagai warna yang murni dan tidak menggunakan campuran apapun memberi makna warna yang suci dan bersih.
Oleh sebab itu tidak ramai gemar pilih warna ini kerana dikatakan senang kotor dan boleh mencacatkan penampilan seseorang nanti.
Tetapi minggu lalu pelakon, pengacara popular Neelofa berani memilih warna putih untuk majlis perkahwinannya.
Bukan sahaja pengantin memilih warna putih untuk baju digayakan, tetapi juga tetamu tetapi yang hadir turut mengenakan pakaian berwarna putih bagi meraikan tema majlis penuh barakah ini.
Ayuh kita lihat, antara selebriti yang hadir menggayakan putih di majlis yang dikatakan juga wedding of the year.