Jika pergi bercuti ke Pulau Pinang, pasti tidak akan pulang tanpa membeli ole-ole dan paling popular adalah buah salak atau dibuat jeruk salak.
Rasanya yang sedikit kelat-kelat manis menjadi tarikan utama buat penggemarnya. Malah ada yang makan begitu saja tanpa diletakkan bahan pengawet (seperti jeruk).
Salak atau nama saintifiknya Salacca Zalacca cukup popular di Indonesia terutamanya di Sumatera Selatan dan Jawa Barat selain terdapat pelbagai jenis seperti Salak Gula Pasir, Salak Bali dan Salak Yogyakarta.
Salak merupakan sumber nutrisi, vitamin dan mineral yang cukup baik. Pengambilan 100 gram salak mengandungi 3.9 mg zat besi, 0.2 mg vitamin B2,8.4 mg vitamin C, 12.1 g karbohidrat, 38 mg kalsium, 18 mg fostor, o.8 g protein, 0.4 g lemak dan 0.3 g serat.
Ads
Buah ini juga mengandungi Beta-Karoten yang merupakan antioksidan untuk mencegah penyakit kardiovaskular, angin ahmar serta kanser.
Terdapat beberapa lagi manfaat buah salak yang mana kulit luarannya agak mengerikan kerana terbayang seperti sejenis haiwan menjalar.
Manfaat Buah Salak
1. Menjaga Kesihatan Penghadaman
Salak merupakan salah satu buah yang kaya nutrisi terdiri daripada kalsium, tanin, saponin, flavonoid dan betakaroten yang cukup baik bagi kesihatan manusia. Kandungan tanin juga bersifat anti sembelit dan menyembuhkan rasa sakit perut. Selain itu, salak juga dapat merawat gangguan pencernaan.
Ads
2. Menguatkan Daya Ingatan
Kandungan kalium dan pektin yang tinggi dalam buah salak membantu meningkatkan fungsi kognitif tubuh serta daya ingatan.
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Pexel.com
3. Mengawal Gula Dalam Darah
Kulit buah salak jika dijadikan teh dapat membantu penghasilan insulin sekaligus membantu mengawal gula dalam darah terutamanya pada pesakit diabetes.
4. Menjaga Kesihatan Jantung
Jumlah antioksidan dan mineral yang tinggi menjaga sistem kardiovaskular untuk berfungsi dengan lebih baik.
Ads
5. Baik Untuk Ibu Hamil
Manfaat buah salak baik untuk ibu hamil yang mengalami ‘morning sickness’ bagi membantu memberikan rasa lega dan menghilangkan rasa mual.
Bertahun Kulit Macam ‘Orang Tua’ Sebab Tak Mampu. Akhirnya Pilih Klinik Kesihatan Sembuhkan Wajah! Pernah berdepan dengan masalah kulit muka berkedut seperti orang tua disebabkan alahan kerana hamil sebelum itu. Namun sebenarnya ada kisah lain berlaku disebaliknya selepas beberapa tahun dia melahirkan anak.
Dalam perkongsian di Mstar, Lyna Sabran, 37 tahun, berkata kulit mukanya didiagnosis sebagai sebaceous gland hyperplasia (SGH).
Menurutnya sewaktu mengandung mukanya elok saja, tetapi selepas bersalin anak ketika, ia beransur-ansur jadi menebal dan berkedut. Ketika itu dia tidak perasan perubahan itu tetapi orang sekeliling yang menegur.
“Waktu mula-mula jadi, kulit jadi menebal disebabkan sebum membengkak wabah kulit. Maknanya kulit hasilkan minyak banyak, ia menebal dan kedut pun terbentuk.
“Saya fikir ia adalah kerana hormon dan ditamba dengan faktor genetik, sebab arwah bapa dan ibu saudara pun ada alami situasi kulit serupa, jadi saya kurang ambil kisah,” ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata.
Tambahnya lagi, bertahun-tahun dia menjalani hidup dengan keadaan kulit muka sedemikian tanpa masalah kerana ia tidak mendatangkan rasa sakit.
“Saya jenis yang peramah, extrovert, jadi saya tak terlalu memikirkannya. Pernah juga waktu keluar ada orang panggil saya makcik. Masa itu terasa juga tetapi tidak ambil hati sangat.
“Dalam tempoh itu juga saya pernah bertanya kepada kinik kulit swasya tapi kos rawatan sangat mahal mencecah berbelas ribu. Jadi, hasrat nak rawat kulit hanya dipendam saja,” katanya yang tergerak hati melakukan rawatan selepas ramai bertanyakan masalah kulit dihadapi.
Disebabkan itulah menjadi turning point untuk membuat rawatan apabila ramai yang bertanya. Nak dijadikan cerita Mei lalu saya pergi ke Klinik Kesihatan (KK) sebab tak sihat. Alang-alang, saya terus tanya doktor tentang kulit mukanya.
“Doktor di KK rujuk kes saya kepada pakar kulit Hospital Muar. Selepas buat biopsy, kulit saya didiagnos dengan SGH. Sekarang saya masih dalam rawatan. Kena makan ubat jerawat kronik yang perlu diambil atas nasihat doktor,” katanya yang bekerja sebagai penjawat awam di sebuah kolej matrikulasi.
Akhirnya Pilih Klinik Kesihatan Sembuhkan Wajah!
Setelah hampir 5 bulan menjalani rawatan, Lyna bersyukur kulit wajahnya menunjukkan perubahan positif sehingga mendapat teguran serta pujian rakan sekeliling.
Dia juga turut muat naik video berkaitan SGH di Tiktok dan berkongsi pengalaman dengan orang lain yang berkongsi masalah sama.
Menurutnya dengan perkongsian ini dapat menimbulkan kesedaran bahawa SGH masih boleh diperbaiki. Tambah Lyna dia buat bukan kerana nak cantik, cuma kelihatan normal seperti dulu.
Tahukan anda? Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh mendekati diri anda, jika anda tidak mengawal gaya hidup anda.
Penyakit ini berkait rapat dan mampu menyebabkan munculnya penyakit lain seperti serangan jantung, strok dan kerosakan pembuluh darah dalam badan.
Inilah penyakit senyap yang boleh membawa maut apabila anda mengambil ringan tentang kesihatan diri anda.
Adakah tekanan darah anda normal?
Hipertensi adalah tekanan darah tinggi di mana tekanan darah anda meningkat melebihi paras normal yang terus menerus dalam jangka masa yang lama. Oleh itu, anda boleh mengukur tekanan darah anda secara rutin dalam memastikan tekanan darah anda tinggi atau rendah.
Bagi orang dewasa, ukuran tekanan darah yang mengalami hipertensi adalah 140 (sistolik)/90 (distolik)mmHG. Parameter ini penting untuk mengetahui tekanan sistolik dan tekanan distolik.
Sistolik – adalah tekanan pada masa jantung menguncup.
Distolik – tekanan darah ketika jantung dalam keadaan rilek.
Tekanan darah normaladalah antara 120//80 hingga 140/90. Jika nilai bacaan tekanan darah anda melebihi paras ini, anda perlu berhati-hati kerana anda sudah mengalami hipertensi.
Tanda-tanda Anda Hipertensi:
Mempunyai tekanan darah melebihi dari 140/90.
Kepala terasa panas dan pusing.
Emosi meningkat dan tidak stabil.
Merasa lelah dan sesak nafas.
Kadang-kadang, apabila tekanan darah terlalu tinggi, ia boleh membuatkan anda pengsan.
Siapa Yang Berpotensi
Setiap orang berpotensi untuk mendapat penyakit ini kerana ia disebabkan oleh faktor genetik, pemakanan yang tidak sihat, berat badan berlebihan dan faktor usia. Semakin berusia seseorang itu, semakin berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Fakta: 32% daripada rakyat Malaysia yang berusia lebih daripada 18 tahun menghidap hipertensi.
Mereka Yang Berisiko
Sebenarnya, hipertensi ini boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan. Malah, kanak-kanak juga berisiko untuk mendapatnya.
Kanak-Kanak Belum Baligh – Biasanya kanak-kanak ini mengalami hipertensi kerana telah mempunyai masalah penyakit lain seperti masalah buah pinggang.
Kanak-Kanak Baligh – Mereka inicenderung kepada masalah berat badan, mengambil makanan berlemak dan faktor genetik.
Paling penting! Untuk mengetahui anak anda mengalami hipertensi atau tidak, anda perlu membandingkan tekanan darah dengan carta yang disediakan di hospital. Jangan sesekali mengikut bacaan tekanan darah orang dewasa. Namun begitu, kanak-kanak amat sukar untuk mengenalpasti bahawa mereka mengalami hipertensi.
Terdapat 2 jenis hipertensi:
Hipertensi primer/esensial (90-98%) – Biasanya ia dipengaruhi oleh faktor genetik/keturunan dan gaya hidup. Malah ia cenderung untuk berkembang selama bertahun-tahun.
INFO: Hipertensi primer ini tidak dapat disembuhkan dan hanya dapat dikawal.
Hipertensi sekunder (2-10%) – ia boleh berlaku secara tiba-tiba sehingga tekanan darah lebih tinggi daripada hipertensi primer. Namin Ia boleh disembuhkan dan dirawat dengan mengubah pgaya hidup yang sihat seperti:
Rehat yang cukup dan elakkan stress.
Kurangkan pengambilan garam
Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi kafein.
Senaman yang teratur
Diet yang sihat.
Makanan Penyumbang Hipertensi
Pengambilan makanan masin dikatakan berkait rapat dengan hipertensi kerana kandungan garam atau sodium. Sebab itulah, anda perlu menghadkangaram sekurangnya 2.300mg atau satu sudu teh dalam sehari.
Ingat! Bagi anda yang berusia lebih dari 50 tahun, sebaiknya hadkan 1.500mg perhari.
Daging Kambing Penyumbang Hipertensi
Sebenarnya, tiada sebab khusus mengatakan daging kambing penyebab kepada hipertensi. Sebaliknya, mana-mana daging merah berpotensi untuk mendapat hipertensi. Ini kerana daging merah mengandungi kolesterol dan kandungan sodium yang tinggi.
Daging Merah Tidak Sihat?
Walaupun daging merah mengandungi banyak protein tetapi jika dimakan terlalu banyak, ia dapat meningkatkan kolesterol darah, risiko penyakit jantung danpenyakit kronik dalam badan. Selain itu, daging yang diproses seperti daging beku, sosej, nugget dan sebagainya perlu dielakkan kerana ia mempunyai lebih banyak lemak tepu, kolesterol dan sodium.
Bila Perlu Jumpa Doktor?
Anda tidak perlu tunggu rasa sakit barulah berjumpa dengan doktor. Tetapi, sebaiknya, lakukan pemeriksaan dengan pakar sekurangnya setahun sekali untuk memastikan tahap kesihatan anda.
Jika Tidak Dirawat
Hipertensi yang tidak dirawat boleh memudaratkan sistem badan seperti kerosakan buah pinggang, jantung, strok dan pembuluh darah. Ia juga boleh memberi kesan kepada mata sehingga membuatkan seseorang itu menjadi kabur. Malah, sesetengah risiko ini boleh membawa kepada kematian.
Tip Sihat Untuk mengawal Hipertensi:
Buatlah pemeriksaan dengan doktor pakar, sekurang-kurangnya setiap tahun untuk mengetahui tahap kesihatan anda.
Lakukan senaman sekurangnya 30 minit setiap hati sepertti berjogging, berjalan kecil, aaerobik dan sebagainya.
Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi sodium tinggi, gula tinggi dan pastikan anda mengekalkan berat badan agar tidak berlebihan (obesiti).
Berehat antara 5-10 minit di antara rutin harian yang anda lakukan.
Minum air sebanyak 7-8 gelas setiap hari.
Tidur cukup pada waktu malam iaitu selama 7-8 jam.
Elakkan Makanan Ini
Daging Merah – Anda boleh memilih daging merah dalam jumlah yang kecil dan tanpa lemak. Ini kerana, makanan berlemak boleh memberi kesan bueuk pada jantung dan pembuluh darah.
Mee segera – makanan ini menjadi penghilang lapar dan asanya sudngguh lazat. Tetapi setiap bungkusan mee segera mengandungi 14gm lemak dan banyak sodium.
Donut – ramai yang tidak tahu, makanan pemanis mulut yang disuka oleh setiap orang mengandungi lebih dari 300 kalori, 42% lemak dan 54% karbohidratt.
Makanan Dalam tin – Kebanyakan makanan dalam tin yang bersaiz kecil sahaja sudah mengandungi 760mg sodium.
Ambillah Makanan Ini
Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan dan rendah lemak tepu boleh membantu mengurangkan risiko hipertensi. Antaranya:
Lemon – Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kolesterol tinggi dan meningkatkan kesihatan jantung.
Bawang putih – ia membuatkan pembuluh darah anda etenang dan merangsang pengeluaran oksida nitrat yang dapat menurunkan tekanan darah. Selain itu, bawang putih juga dapat menurunkan kolesterol dan mencegah penyakit jantung.
Pisang – kandungan kalium yang tinggi membantu untuk mengurangkan kesan natrium yang mengatur tekanan darah. Dengan pengambilan pisang secara rutin, ia dapat mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung.
Tomato – Mengandungi lycopene dan karotenoid yang membantu melawan radikal bebas.
SUMBER: Dr Suhaimi Osman, Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur
Siapa sangka, Ella Aminuddin yang terkenal dengan keletah manja dan bersahaja kini sudah meniti usia 57 tahun, namun dia kekal ampuh dalam liga sendiri tanpa tergugat oleh sesiapa.
Selain memiliki wajah tidak dimamah usia, pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu memiliki aura dan masih mempunyai stamina yang kuat selain sangat aktif serta lincah setiap kali beraksi di atas pentas.
Ella Aminuddin Amalkan Senaman Ringkas
Ditanya rahsia kekal awet muda dan bertenaga, Ratu Rock Malaysia berkongsi, dia hanya mengamalkan rutin normal sama seperti orang lain. Bahkan tanpa ada sebarang petua ataupun amalan yang khusus.
“Saya cuma amalkan rutin senaman ringkas dan jaga pemakanan, tetapi paling penting ialah kena sentiasa positif dan gembira.
“Pemakanan amat penting dan perlu teratur kerana mampu mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh kita,” katanya.
Suka Sayur Hijau Dan Buah
Biarpun begitu, sama juga seperti orang lain, isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali itu mengakui adakalanya dia melanggar ‘pantang’ gaya hidup sihat apabila sesekali ‘cheat day’ (hari ponteng).
“Seperti manusia biasa, saya juga ada cheat day iaitu hari menikmati makanan bergoreng.
“Tetapi pada hari lain saya mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan,” katanya lagi.
Begitulah amalan pemakanan dan gaya hidup Ella apabila usianya semakin meningkat. Namun tetap dilihat jelita dengan auranya tersendiri. Jom lah, amalkan tip macam Ella, barulah awet muda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!