Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadan. Dalam keadaan cuaca panas, pastinya kita akan kehilangan banyak tenaga.

Untuk memastikan badan kekal sihat sepanjang hari, anda boleh amalkan pengambilan minuman air nabeez

Dikatakan air nabeez  iaitu sama ada dari kurma aau kismis ini adalah pemakanan Nabi Muhammad SAW dan mampu membuatkan perut bertahan sehingga waktu berbuka.

Air nabeez adalah pemakanan Nabi Muhammad s.a.w. Rendam kurma dengan air masak malam ni. Sahur nanti minum. Insyaallah, perut mampu bertahan… Buat ni untuk sekali minum je ye. Jangan simpan lama-lama sangat. Nanti masam dah tak boleh minum.

Cara-cara :

IKLAN

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yang guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur esok air tu dah boleh diminum.

IKLAN

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi bila hari2 lain walaupun bukan di bulan ramadhan. Amalkan masa perut kosong.

Selamat mencuba

IKLAN

Sumber: FB Khasiat & Petua

Artikel Berkaitan:

Rahsia 12 Selebriti Kekal Cantik & Langsing Setelah Lahirkan Anak

Amalkan Minum Jus Halia Bersama Madu, Elok Untuk Kesihatan Terutama Turunkan Berat Badan

Jangan Picit Bintik Kecik Kat Muka, Bukan Jerawat Tapi Milia Seed. Ini Cara Mudah Hilangkannya!