Dah lama hati ayam bersimpan dalam peti sejuk beku kami. Memandangkan esok sudah mahu puasa, saya bersihkan dan masak rendang hati ayam.
Tahukah kawan-kawan yang hati merupakan organ yang paling tinggi jumlah nutrisi?
Ads
Ya. Organ hati kaya dengan nutrisi penting seperti zat besi (heme), kuprum, asid folik, riboflavin, protein, vitamin B12, selenium and vitamin A. Setiap 100 g organ hati ayam mengandungi sekitar 9 mg zat besi yang mana boleh menampung separuh daripada keperluan zat besi harian. Zat besi sangat penting untuk membina sel darah merah yang penting dalam mengekalkan kandungan oksigen badan.
Namun organ hati ayam juga sangat tinggi dengan kandungan vitamin A dan zat kuprum, melebihi keperluan harian (recommended dietary intake- RDI).
Vitamin A merupakan salah satu vitamin yang larut lemak. Apabila diambil secara berlebihan, ianya akan disimpan dalam badan. Pengumpulan vitamin A yang banyak dalam badan boleh menyebabkan ketoksikan. Antara gelaja ketoksikan vitamin A adalah gangguan penglihatan, sakit pada bahagian tulang, loya dan muntah.
Kandungan zat kuprum yang berlebihan juga boleh menyebabkan ketoksikan. Antara kesan berlebihan kuprum adalah stress dalaman badan (oxidative stress), gangguan sistem saraf dan boleh membawa risiko penyakit Alzheimer.
Hati juga tinggi kandungan purines iaitu bahan kimia yang bakal ditukarkan kepada asid urik. Bagi mereka yang mengalami masalah gout, pengumpulan asik urik pada sendi boleh memburukan lagi keadaan sedia ada.
Oleh yang demikian, organ hati boleh dimakan dan boleh menjadi salah satu sumber nutrisi yang bagus. Cuma usah berlebihan kerana ianya berpotensi membawa mudarat. Untuk individu normal, hadkan pengambilan seminggu sekali atau dua kali sahaja. Apa yang penting ialah ambil tahu tahap kesihatan dan timbang tara antara manfaat dan mudarat setiap makanan kepada kesihatan badan.
Nota kaki:
Ads
• Organ hati dari jenis haiwan yang berlainan (ayam, lembu, kambing) mengandungi jumlah nutrisi yang berbeza.
• Organ hati berfungsi untuk memproses toksin kepada komponen yang lebih selamat atau lebih mudah dikeluarkan dari sistem badan. Namun, ianya tidak menyimpan toksin.
Semoga bermanfaat dan Selamat berpuasa Ramadan kepada yang beragama Islam.
Sebenarnya banyak yang guna Vaseline untuk kecantikan, ada yang sapu kat muka bagi glowing,letak kat bibir nak hilangkan masalah kering dan ada juga pakai di kaki untuk hilangkan masalah tumit kasar.
Menurut Puan Rosnani Ikan, tips ini memang pernah tular, orang Korea pun ada yang amal pakai Vaseline saja untuk cantikkan wajahnya.
Antara teknik paling berkesan untuk hapuskan blackheads degil. Rugi sangat kalau tak cuba.
Guna Vaseline Untuk Hidung Licin Tanpa Blackhead
Bahan-bahan :
Vaseline, tuala muka, plastic wrap, tisu muka.
Ini Caranya :
1. Basuh muka dengan bersih.
2. Sapukan Vaseline pada kawasan blackheads.
3. Ambil plastik wrap dan tekap/ tutup pada kawasan blackheads yg dah disapu vaseline tu.
4. Rendamkan tuala muka dalam air suam.
5. Gosokkan tuala muka yang dah direndam di atas plastic wrap (kawasan blackheads) selama 5 minit untuk beri lebih banyak haba dan membuka liang pori.
6. Tarik/ buka plastic wrap tersebut.
7. Tekan tisu perlahan lahan di atas kulit yang dipenuhi dengan bintik hitam untuk keluarkan dia.
INGAT!! Jangan tekan terlalu kuat untuk elak kulit jadi kemerahan.
Pastikan guna tisu ya. Jangan buat lebih daripada tiga percubaan untuk keluarkan blackheads tu. Kalau tak, boleh pecahkan kapilari yang membawa kepada terjadinya jerawat.
Okay, selamat bercantik-cantik dengan cara jimat semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lambakan produk kecantikan yang dijual di pasaran secara terbuka menyebabkan ramai rambang mata melihat promosi dilakukan penjual tanpa melihat adakah produk ini selamat atau tidak dibeli.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,orang awam digesa elak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik tersebut telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ianya tidak lagi dibenarkan dijual di negara ini.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Produk yang mengandungi tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
“Penggunaan produk yang mengandungi bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya.
Justeru, penjual dan pengedar produk kosmetik tersebut digesa untuk menghentikan penjualan serta pengedarannya serta-merta, malah ia turut melanggari Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang disabit bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, serta denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Manakala syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan seterusnya.
“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” tambahnya lagi.
Orang awam digalakkan menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik melalui laman sesawang rasmi www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.
Siapa sangka, Ella Aminuddin yang terkenal dengan keletah manja dan bersahaja kini sudah meniti usia 57 tahun, namun dia kekal ampuh dalam liga sendiri tanpa tergugat oleh sesiapa.
Selain memiliki wajah tidak dimamah usia, pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin itu memiliki aura dan masih mempunyai stamina yang kuat selain sangat aktif serta lincah setiap kali beraksi di atas pentas.
Ella Aminuddin Amalkan Senaman Ringkas
Ditanya rahsia kekal awet muda dan bertenaga, Ratu Rock Malaysia berkongsi, dia hanya mengamalkan rutin normal sama seperti orang lain. Bahkan tanpa ada sebarang petua ataupun amalan yang khusus.
“Saya cuma amalkan rutin senaman ringkas dan jaga pemakanan, tetapi paling penting ialah kena sentiasa positif dan gembira.
“Pemakanan amat penting dan perlu teratur kerana mampu mengekalkan kesihatan yang baik untuk tubuh kita,” katanya.
Suka Sayur Hijau Dan Buah
Biarpun begitu, sama juga seperti orang lain, isteri kepada juruterbang, Azhar Ghazali itu mengakui adakalanya dia melanggar ‘pantang’ gaya hidup sihat apabila sesekali ‘cheat day’ (hari ponteng).
“Seperti manusia biasa, saya juga ada cheat day iaitu hari menikmati makanan bergoreng.
“Tetapi pada hari lain saya mengambil makanan yang sihat seperti sayur-sayuran hijau dan juga buah-buahan,” katanya lagi.
Begitulah amalan pemakanan dan gaya hidup Ella apabila usianya semakin meningkat. Namun tetap dilihat jelita dengan auranya tersendiri. Jom lah, amalkan tip macam Ella, barulah awet muda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!