Apabila waktu berbuka puasa, tekak kita memang mahu makan sesuatu yang pedas atau manis untuk membuka selera setelah seharian bepuasa.

Namun citarasa setiap orang berbeza-beza. Apa kata untuk berbuka nanti anda cuba menyediakan hidangan sup kaki ayam yang dicampur bersama kurma merah.

Banyak khasiat jika menikmatinya bersama. Ini yang dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar memberitahu antara makanan wajib untuk berbuka.

Artikel Lain: Ini 7 Bahan Di Dapur Penyebab ‘Chemical Burn’. Doktor Beritahu Tindakan, Jika Anak Jadi Mangsanya!

Menurutnya, walaupun hidangan ini simple tetapi nutrisinya sangat banyak untuk kesihatan.

Antara makanan wajib untuk berbuka.

Mungkin bagi sesetengah orang, makan macam ni simple. Tak kenyang sangat.

Tapi nak tahu tak nutrisi dalam sup kaki ayam sihat ni berkepuk-kepuk.

Saya selalu pekena sup kaki ayam dengan kurma merah China atau jujube. Campur sekali dengan goji berries.

Boleh tambah kentang untuk sumber karbohidrat. Memang cukup kenyang.

IKLAN

Sup kaki ayam dengan jujube ni boleh boost tenaga. Dapat naikkan jumlah liquid dalam tubuh. Kaki ayam ni ada tersembunyi kolagen bagus untuk kulit.

Kenapa jujube dengan goji berries yang menjadi pilihan hati?

Jika lihat dalam diet orang Cina, Taiwan dan Korea. Mereka kerap guna kurma merah dalam masakan.

Sebab ada 1001 khasiat dalam ni. Dalam buku perubatan Cina karya Ben Jin, kurma merah bagus untuk seimbangkan tenaga di limpa dan usus. Bagus untuk hati.

Dengan vitamin C yang tinggi pengambilan kurma merah dapat tingkatkan sistem imun, remajakan semula kulit. Itu yang penting.

Cantikkan balik kulit yang terkesan akibat radikal bebas dan persekitaran

IKLAN

Biasanya kalau banyak duduk terperap dalam rumah. Tak terdedah kepada cahaya matahari lama lama kulit jadi kusam.

Doktor Kongsi Khasiat Sup Kaki Ayam Dengan Kurma Merah. Menu Wajib Berbuka Yang Mengenyangkan!

Artikel Lain: Sakit Perut Sampai Sukar Bergerak Punca Jalani Pembedahan Apendiks. Uyaina Mohon Baby Sihat!

Selain itu:  Rupanya Ini Senarai 29 Stok Makanan Diet ‘Eat Clean’ Wajib Ada, Kalau Nak Cepat Turun Berat Badan Cara Sihat

Lebih lebih pada waktu pagi sebelum pukul 10. Matahari sedekah vitamin D untuk tumbuhan dan manusia. Tak kena bayar. Free.

Kulit jadi kering lebih lebih lagi bila lama duduk dalam aircond.

Goji berries juga adalah superfood. Banyak khasiat. Ada macam macam nama pula tu.

IKLAN

Contoh nama saintifiknya ialah Lycium Barbarum, dikenali juga sebagai wolfberries, fructus lycii dan gougizi.

Dalam Journal of Dietary Supplements tahun 2015 disebut kebaikan goji berries sebagai penghalang kepada kanser dan penyakit jantung. Juga tingkatkan sistem imun.

Memang padu. Boleh cuba buat.

Apa lagi 1001 khasiat kaki ayam ni? Nak tahu?

Klik https://neuroversiti.com/1001-khasiat-kaki-ayam/ untuk artikel penuh.

#DrRizal #Neuroversiti

Doktor Kongsi Khasiat Sup Kaki Ayam Dengan Kurma Merah. Menu Wajib Berbuka Yang Mengenyangkan!

Click sini untuk dapatkan kurma merah secara online

Artikel Lain: Memang Geli Nak Makan, Tapi Kaya Dengan Kolegen. Ini Khasiat Kaki Ayam Yang Ramai Tak Tahu!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI