cara masak nasi untuk kurus

Biasanya kalau masuk dapur, kita lebih suka pilih cara masak nasi yang cepat dan mudah tanpa memikirkan kesan baik buruk kepada kesihatan. Ini termasuklah cara memasak nasi, mesti pilih yang cepat siap.

Tetapi siapa sangka, rupanya hanya silap memilih cara masak nasi, anda boleh jadi gemuk dan berpenyakit! Itulah yang dikongsi oleh Dr Syid dalam satu videonya baru-baru ini, cuba baca dulu apa yang menyebabkan anda jadi kurus dan gemuk ketika masak nasi.

Cara Masak Nasi Untuk Kurus

Dalam beras ada dua jenis kanji yang boleh dihadamkan menjadi gula. Ada kanji baik dan ada kanji jahat juga. Dua jenis kanji ini ialah Amylose iaitu kanji baik dan Amylopectin pula kanji jahat.

Amylose ada rantaian kanji yang sangat stabil dan tidak mudah dihadam pada suhu yang tinggi. Dia ambil masa sedikit dan barulah terurai. Dan satu lagi kanji Amylopectin yang tidak stabil dan bercabang-cabang molekulnya. Yang mana pada tahap suhu 70-90 darjah Celsius dia dah mula terurai dia dah keluar dari beras tadi. Yang mana kita faham, apabila dia mudah teurai dan keluar, maksudnya dia cepat diserap ke dalam darah. Jadi sebab itulah dia dipanggil Amylopectin (RDS) Rapidly Digestible Starch iaitu sejenis kanji yang cepat dihadam. Manakala Amylose tadi dipanggil (SDS) Slow Digestible Starch atau pun janji yang lambat dihadam.

IKLAN

Jadi inilah yang lebih bagus, kita buang yang cepat hadam dan kita simpan yang lambat hadam tadi. Boleh tak kita lakukan ini dengan cara nak masak?

Sebenarnya cara ini kita dah guna sejak nenek moyang kita lagi, cuma sekarang ini pengaruh arus kemodenan setiap orang yang masak pakai guna rice cooker.

Selain itu:  Bosan Dikata Mengandung, Wanita Nekad Diet Eat Clean & 'Non Stop' Buat Senaman Bakar Lemak

Cara Masak Nasi Untuk Kurus, Nenek Moyang Kita Dah Lama Amal

IKLAN

Cara Terbaik, Masak Nasi Cara Tradisional

Kalau cara masak orang dulu-dulu, dia masak nasi guna periuk dan masa katas api. Bila buihnya naik ke atas dan berbunyi, buih-buih akan dicedok buang. Haaa… buih-buih itulah terdiri daripada Amylopectin atau kata mudah kanji yang sudah dikeluarkan. Jadi yang tinggal adalah kanji yang baik dan selamat. Kemudian diperlahankan api sebelum ditutup rapat dan beras itu akan masak menjadi nasi. Dan kita makan nasi sebenarnya yang kaya dengan Amylose kerana kita dah buang sebahagian daripada Amylopectin.

IKLAN

Tetapi kalau anda masak nasi dalam rice cooker, waktu menggelegak, tudungnya dah tak buka. Jadi dia serap balik dalam nasi tersebut. Maka Amylopectin iaitu kanji jahat masih kekal berada dalam nasi dan itulah yang anda makan. Dan mungkin di Malaysia kaedah lama itu, kita guna pakai sebelum terciptanya rice cooker tahun 1970 dan kebetulan pula dari tahun 1970-80, masalah obesity meningkat. Adakah ini salah satu faktor?

Fikir-fikirkan.

Jadi kalau nak masak nasi dengan kaedah yang selamat, guna cara lama. Cara masak satu lagi adalah bubur nasi.

Anda tahu tak kenapa bubur nasi selalu dihidangkan dan diberi kepada orang sakit. Sebab bubur nasi sangat cepat diserap untuk menjadi tenaga kepada orang sakit dan mudah dihadam. Jadi kalau nak kurus, elakkan makan bubur nasi.

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI