Antara salah satu buahan paling digemari adalah anggur. Saiznya yang kecil dan rasa manis membuatkan kita leka maka sebiji dan sebiji lagi.

Rupanya dalam satu kajian terbaru dilakukan mendedahkan mendedahkan  bahawa tabiat memakan anggur boleh membantu mencegah serangan jantung dan angin ahmar, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Sepasukan penyelidik di California, Amerika Syarikat menguji teori tersebut dengan memberi 19 peserta kajian sebanyak 46 gram serbuk anggur setiap hari.

Buahnya Kecil & Manis. Kajian Terbaru Dedah Makan Anggur Dapat Elak Serangan Jantung & Strok!

Selepas empat minggu penggunaan anggur, terdapat peningkatan dalam kepelbagaian mikrobiotik dalam sampel najis dan air kencing yang dikutip daripada peserta.

IKLAN

Pengambilan serbuk anggur didapati berjaya meningkatkan kepelbagaian bakteria dalam usus yang dianggap penting untuk pembentukan sistem imun yang kuat.

Selain itu, memakan anggur juga dilaporkan mampu menurunkan paras kolesterol yang boleh menyebabkan berlaku sumbatan pada arteri dan membawa kepada penyakit jantung.

IKLAN

Makan anggur juga dikatakan dapat mengurangkan tahap asid hempedu yang memainkan peranan penting dalam metabolisme atau pemprosesan kolesterol.

Buahnya Kecil & Manis. Kajian Terbaru Dedah Makan Anggur Dapat Elak Serangan Jantung & Strok!

IKLAN

Kajian baharu tersebut diketuai oleh Pakar Pemakanan dan Profesor Perubatan Universiti California, Li Zhaoping dan diterbitkan dalam jurnal Nutrient.

“Kami mendapati bahawa anggur mempunyai kesan baik terhadap bakteria dalam usus manusia yang memainkan peranan penting dalam sistem kesihatan manusia.

‘Kajian ini turut mengukuhkan lagi manfaat anggur ke atas penjagaan jantung dengan mengawal penghasilan kolesterol yang lebih rendah,” jelas Li. – Agensi

Sumber: Kosmo & Daily Mail

Selain itu:  Berjaya Hilangkan 101 KG Dalam Setahun Tanpa Produk, Rahsianya Jaga Makan & Lakukan Senaman!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI