Jika sebelum ini setiap kali kita mendaftar masuk ke mana-mana premis, pasti aplikasi MySejahtera akan kesan anda sebagai kontak kasual jika sekiranya terdapat kes positif.
Justeru paparan sebagai Kontak Kasual berwarna kuning akan terpampang secara rasmi di aplikasi berkenaan.
Situasi ini memberi sedikit masalah jika ada antara premis tidak membenarkan anda masuk untuk makan atau membeli barangan.
Bagaimanapun ia tidak lagi akan berlaku pada masa akan datang. Berikut pembaharuan yang dilakukan dan langkah yang perlu diambil apabila disahkan menjadi Kontak Kasual.
1- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan melalui Twitter tiada lagi perubahan status kepada kontak kasual berwarna kuning pada MySejahtera.
2-“ Sebelum ini apabila MySejahtera Trace/Check-in mengesan anda sebagai Kontak Kasual kes positif, status di MySejahtera akan bertukar kepada Kontak Kasual (kuning).
Ads
3- “Kini tiada lagi perubahan status. Tetapi anda akan menerima notifikasi,” ciapnya.
4- Khairy menasihatkan kontak kasual yang bergejala perlu bertindak mengasingkan diri dan melakukan ujian kendiri.
5- Di samping itu, beliau turut menyarankan lima langkah Penilaian Kendiri Covid-19 iaitu TRIIS.
Ads
TRIIS
1. TEST
Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya mengalami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.
2. REPORT
Laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi MySejahtera.
3. ISOLATE
Lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera dengan penuh disiplin sekiranya didapati positif. Patuhi perintah Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order-HSO) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Ads
4. INFORM
Segera maklumkan kepada kontak rapat sekiranya keputusan pengesanan Covid-19 positif. Memaklumkan kepada pihak berwajib atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berhampiran sekiranya situasi kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah.
5. SEEK
Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan atau CAC berhampiran sekiranya mengalami gejala berat seperti kesukaran bernafas dan suhu badan terlalu tinggi.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengumumkan pemansuhan prosedur pengasingan bagi kontak rapat.
Kontak rapat kepada kes Covid-19 yang tidak bergejala, dalam kumpulan berumur 18 tahun dan ke atas serta telah menerima dos penggalak, mereka tidak perlu menjalani Perintah Pemantauan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Protokol berkenaan berkuat kuasa pada 1 Mac 2022.
Setakat 28 Februari, 281,714 atau 96 peratus kes aktif menjalani kuarantin di rumah.
Sumber: Sinar Plus & Twitter KJ
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Agak teruja melihat perubahan terkini pelakon Fasha Sandha yang dilihat berbadan kurus seperti anak dara sedangkan sudah memiliki tiga cahaya mata.
Memetik Astro Awani, Fasha berkata bukan mudah untuk menurunkan berat badan, namun dia berjaya membuang sehingga 10 kilogram selepas menimang cahaya mata ketiga.
“Sejak Oktober lalu, saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula,” katanya.
Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam. Namun, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati.
Cara Fasha Sandha Turunkan Berat, Tak Makan Daging Dan Ayam
“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya ‘melantak’.
“Saya ini dari jenis genetik besar. Jadi, makan lebih sedikit, badan akan cepat naik. Syukur pengorbanan dan usaha saya nak langsing kali ini dipermudahkan,” katanya.
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Fasha dilihat ada memuat naik komen seorang wanita merupakan jururawat menuduhnya melakukan pembedahan memotong usus untuk tampil kurus.
Bagaimanapun, Fasha menafikan tuduhan tersebut serta menjelaskan berat badannya turun bukan dalam masa yang singkat sebaliknya memakan masa enam bulan.
Difahamkan, individu tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram selepas tiga dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Siapa yang tidak suka makan petai yang dianggap sebagai ulam-ulaman menyihatkan.
Nama saintifik bagi petai adalah parkia speciosa dan ia turut dikenali dengan nama lain di negara-negara lain seperti sataw (Thailand), peteh/pete (Indonesia), yongchak (India) bitter bean, stink bean, sator bean atau twisted cluster bean. Ia sering dimakan oleh penduduk di kawasan selatan Asia Tenggara.
Petai boleh dimakan begitu saja sebagai ulaman atau dimasak berama bahan dapur lain. Namun begitu, terdapat kesan sampingan jika dimakan secara berlebihan.
Kesan sampingan petai jika dimakan secara berlebihan
Terdapat beberapa kesan sampingan petai jika ia dimakan secara berlebihan. Ini termasuklah:
Meningkatkan asid urik dan reumatik
Petai boleh meningkatkan tahap asid urik dalam badan. Ini disebabkan kandungan purine petai yang tinggi. Petai adalah salah satu makanan yang berpotensi menyebabkan kemunculan gangguan reumatik pada seseorang. Perkara yang perlu diperhatikan jika seseorang mengambil terlalu banyak petai adalah gejala arthritis yang boleh dirasakan.
Menyebabkan pening atau sakit kepala
Kesan sampingan lain penggunaan petai yang berlebihan akan menyebabkan pening kepala dan sakit kepala. Petai mempunyai kandungan semula jadi yang dapat merangsang kemunculannya.
Nafas yang berbau
Salah satu kesan sampingan petai yang paling jelas dan disedari ialah ia boleh menyebabkan nafas berbau. Perlu diketahui bahawa buah petai adalah sejenis makanan yang mempunyai aroma yang sangat luar biasa. Sudah tentu, penggunaan petai yang berlebihan dapat menyebabkan seseorang mengalami nafas berbau.
Menyebabkan gangguan pada buah pinggang
Satu lagi bahaya penggunaan sayuran ini ialah ia boleh menyebabkan gangguan organ buah pinggang. Organ buah pinggang adalah salah satu organ yang boleh mengalami gangguan ketika seseorang mengambil petai, terutama jika dimakan dengan jumlah yang terlalu banyak.
Petai mempunyai kesan anti-bakteria dan anti-radang pada buah pinggang. Oleh itu, penggunaan petai mungkin perlu dihadkan untuk pesakit yang mengalami penyakit buah pinggang. Buah petai adalah tinggi dengan kandungan protein, dan dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan kesan buruk pada buah pinggang anda.
Lebih penting lagi, selepas anda memakannya, terdapat bau yang tidak hanya berakhir di meja makan, tetapi ia akan berada di mulut anda dalam kadar waktu yang agak lama selain ia akan muncul semula didalam air kencing anda untuk beberapa hari bergantung kepada jumlah yang anda makan.
Menyebabkan kembung perut
Selain itu, selepas memakannya, anda juga mungkin akan mengalami kembung perut akibat daripada gas yang terbentuk oleh pecahan karbohidrat kompleks di saluran penghadaman. Hal ini lebih mudah terjadi sekiranya anda tidak memasaknya dengan betul.
Selalunya orang menggunakan asam keping sebagai bahan tambahan dalam penyedap masakan.
Tetapi sebenarnya asam keping juga dikatakan telah digunakan secara turun temurun dalam membantu mengawal berat badan.
Buahnya mengandungi citric acid, tartaric acid, malic acid, ascorbic acid dan hydroxycitric acid serta flavonoids.
Dari segi perubatan, dipercayai buahnya dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolestrol.
Dalam satu perkongsian, Sahiza Mohd memberitahu pengalmannya mengamalkan petua minum air asam keping.
Katanya dia saja mencuba minum air asam keping ni sebab selalu sakit kepala. Selepas 2 minggu, katanya sakit kepala sudah kurang dan secara ‘tak sengaja’ berat badan pun makin turun daripada 65kg kepada 60kg.
Saja nak share hasil amal minum air ASAM KEPINGsebab selalu sakit kepala
Sebab doktor kata aku ada darah tinggi, migrin, resdung tapi tak sangka setelah 2 minggu tak ada dah sakit kepala tuh pastu amalan setiap pagi berat badan pun makin turun.
Jadi makin slim dan perut kempis. Dari berat 65 kini 60 kg mana tidaknya habis lemak lemak perut keluar tapi bukanlah cirit ye . So bagi yang nak kurus tu boleh amal benda ni
Patut ah orang dulu dulu selalu amal benda ini sebab bagus untuk yang kerja bawah matahari tak rasa panas kepala. Yang perut buncit akan jadi kempis. Badan pun rasa segar je.
Cara dia mudah saja rendam 1/2 keping asam gelugur/kepingdengan air panas sebelum tidur malam. Bangun pagi minum air rendaman ini sebelum makan pagi.