Salah satu rahsia jadikan kulit flawless, sapu masker sireh dalam tiga kali seminggu. Sangat membantu dan jimat poket!
Tak perlu keluar modal yang besar. Hanya perlukan sedikit je kerajinan nak buat muka tu cantik berseri. Jom baca perkongsian Puan Fazreen Saini yang mana dia menggunakan daun sireh sahaja untuk jaga kulit wajahnya.
Masker Sireh Buat Kulit Flawless, Pakai Tiga Kali Seminggu Je
Daun sireh ni memang masker terbaik untuk wajah. Kandungan anti baketeri, anti inflamasi, serta minyak esensial pada daun sirih mampu menghilangkan jerawat dan mempercepat proses pengeringan bekas jerawat tu.
Ini cara nak buat:
5 helai daun sirih.
Air hangat secukupnya.
Cara:
Ads
1. Blend daun sirih dengan tambahan air hangat.
Ads
2. Sapu dan ratakan ke muka.
3. Biar kurang lebih 15 minit.
4. Bilas dengan air bersih.
TIPS:
Jumlah yang diblend ni boleh diguna sampai 3 kali. Simpan dalam peti dan habiskan dalam masa seminggu.
Gadis Ini Kongsi Pilihan Foundation Ikut Jenis Kulit | Nak nampak cantik dan berseri, anda kena tahu teknik solekan yang betul dan sempurna dengan penggunaan bedak asas atau foundation.
Namun pelbagai foundation yang ada di pasaran menyebabkan kita keliru yang mana sesuai untuk kulit wajah.
Dalam satu perkongsian di laman sosial facebook, Farhah Jamaluddin berkongi pilihan bedak asas yang sesuai untuk menjadikan mekap on point di pagi aidilfitri nanti.
Pilihan foundation yang disyorkan ini adalah mengikut jenis kulit anda sama ada kering, berminyak atau normal.
Tidak dinafikan bagi mereka yang mempunyai saiz badan besar pasti akan mengalami masalah badan berdaki hingga menimbulkan bau masam.
Terdapat beberapa tempat yan sering mengalami masalah ini antaranya celah peha, punggung dan di bawah payudara.
Perkongsian dari Mastura Rashid memberitahu cara untuk mengatasi masalah ini.
Dia juga turut berkongsi cara membuat skrub untuk menghilangkan selulit di bahagian berkenaan.
Khas untuk wanita, terutama yang saiz badan dia comey-comey gitu.
Ada 4 tempat di badan wanita, yang paling mudah mengumpul daki dan bau masam tau.
1. Celah peha dan v-line. Kedua-dua tempat ini paling mudah mengumpul bau masam disebabkan seluar dalam yang sering lembab akibat aktiviti ke bilik air, ditambah pula dengan peluh dan keputihan yang ada.
2. Celah punggung. Sini pun peluh selalu terperangkap minta tolong okay. Baik kau lepaskan cepat-cepat.
3. Bawah payudara terutama yang berpayudara besar dan jatuh. Kawasan ini selalu ramai terlepas pandang! Sebab tu bra cepat masam okay.
4. Celah jari kaki. Haa sebab tulahh kasut dan stokin cepat busuk. Tapi kau pula salahkan kasut cap ayam, material cap ayam, sedangkan kaki tu dijaga alar kadar menggunakan sabun cap ayam.
– Skrub/exfoliate kulit. Fiona suka skrub guna sarung tangan, kain panjang, berus panjang, kopi atau gula. Tengok mana yang rajin. Tapi hari-hari mesti akan skrub. Lepas dah skrub badan, dah habis mandi, kita sapu losyen atau body oil supaya kulit maintain muda dan lembab. Awww
– Boleh elakkan pakai bra sama selama seminggu, dua minggu atau sebulan di rumah.
– Always always alwaysss bawa sabun dan feminine wash sendiri (travel size) ke mana-mana, especially public toilet. Jangan biarkan punggung dan faraj tak bersabun okay.
– Pakai losyen/body oil yang natural. V-oil insyaAllah sangat membantu bahagian faraj kekal wangi dan bersih. Oh please jangan minta V-oil. Dah habis.
– Pakaian dalam pastikan bertukar setiap hari. Jika ada banyak keputihan, biasakan bawa panty extra, dan pakai pad liner. Kalau risau alergik dengan pad/panty liner, boleh pakai cloth pad. Sekarang pun jenis organik dah ada.
Nahh fiona kongsikan resipi skrub anti selulit. Ada dalam gambar. Jemput klik dan buat ya.
Skrub kopi yang dibuat dengan serbuk kopi arabica starbucks (mintak sisa kopi dengan diorang sebelum tutup kedai), oat, minyak, madu dan gula.
Ni hand mitten untuk skrub badan waktu mandi
Lepas mandi sapu losyen bagi lembab dan lembut.
Ni loofah. Natural body scrub
Berus panjang ni bagus sangat untuk sesi dry brush sebelum mandi. Banyak manfaat dia tau
Ini cara guna gua sha yang betul dan juga tip untuk kurangkan masalah garisan halus di wajah.
Jom ketahui apa sebenarnya kegunaan gua sha pada wajah, adakah cukup membantu jadikan kulit sihat dan awet muda?
Sebenarnya gua sha adalah alat urut tradisional yang berfungsi seperti kuasa super untuk kulit dan tubuh yang meningkatkan peredaran darah, membantu detoksifikasi dan mengurangkan
kedutan, menjadikan kulit lebih segar, tegang, dan berseri.
Dengan penggunaan konsisten, Gua Sha seolah-olah boleh memperlahankan proses penuaan, memberi penampilan yang
lebih muda dan sihat.
DAHI
PIPI
DAGU
LEHER
Menurut Isyahasnal, kalau dia tengok mukanya sebelum dan selepas guna gua sha, memang ketara ada perubahan.
Asalnya pipi jenis chubby, ada double chin dan kedutan under eyes area.
Tetapi bila konsisten massage muka dengan gua sha, memang
tidak mengecewakan. Sekarang lebih confident dan jadi Vshape, puas hati!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.