Rupanya bukan saja makanan mempunyai tarikh luput, tetapi juga air minuman. Namun begitu, bahaya atau tidak bagi air minuman yang sudah melepasi tarikh luput ini.

Ikuti penjelasan Ahli Kimia Dr Fatimah Salim yang juga merupakan Pengasas dan Pentadbir Grup Makmal Makanan (MaMa) mengenai perkara ini.

Menurutnya walaupun air minuman mempunyai tarikh luput tetapi masih boleh selamat untuk diminum.

KENAPA AIR MINUMAN MEMPUNYAI TARIKH LUPUT?

Tahukah anda walaupun terdapat tarikh luput pada botol air minuman/ mineral, namun air minuman sebenarnya tiada luput?

Peraturan menyatakan tarikh luput pada semua makan dan minuman, termasuklah air kosong adalah sebenarnya digunapakai di New Jersey (1987), USA. Ianya bertujuan untuk menyeragamkan pembungkusan air.

Sesetengah air minuman hanya diberikan tarikh luput ‘baik sebelum’ (best by) dalam tempoh dua tahun atau kurang dari tarikh pembungkusan. Tarikh ini boleh membantu dalam mengenalpasti berapa lama air minuman itu telah dibungkus dalam bekasnya.

IKLAN

Ini kerana bergantung kepada kaedah penyimpanan, tahap pendedahan kepada cahaya dan suhu (contoh ditinggalkan dalam kereta atau terdedah dengan cahaya matahari secara terus) dan jenis bahan botol bungkusan (terutamanya plastik), boleh mengubah rasa air minuman ini.

Suhu dan cahaya berupaya menggangu integriti bahan binaan bekas bungkusan plastik dan menyebabkan komponen plastik bocor ke dalam air minuman.

Penyimpanan dalam tempoh masa yang lama juga boleh menyebabkan bahan penstabil (antioksida) pada bekas berkurangan berfungsi dan meningkatkan juga potensi kontaminasi bakteria.

IKLAN

Disamping, air juga berpotensi menyerap bahan kimia gas lain daripada persekitaran menyebabkan rasa air berubah.

Namun usah risau kerana kebanyakkan botol untuk membungkus air minuman/ mineral adalah diperbuat dari plastik jenis polyethylene terephthalate (PET- RIC No.1) dan high-density polyethylene (HDPE- RIC No.2).

Walaupun berlakunya bocoran, namun kedua jenis plastik ini adalah antara plastik yang paling selamat dan TIDAK akan membahayakan kesihatan.

IKLAN

Maka, walaupun telah melepasi tarikh luput, air minuman masih lagi selamat diminum.

Artikel Berkaitan:

Doktor Nasihat Rehat Seminggu Lepas Vaksin Sebelum Buat Aktiviti Fizikal Berat. Ini Sebabnya!

Boleh Undang Bahaya Pada Mata, Jika Kongsi Kanta Lekap Dengan Orang Lain. Ini Tip Betul Penjagaannya!

Selesai Terima Vaksin Covid-19, Ayda Jebat Kongsi Cara Dapatkan Tarikh Temujanji Melalui MySejahtera