Ada masanya seseorang itu akan mengalami masalah gangguan sakit kepala dan boleh jadi berpanjangan jika tidak diusahakan sesuatu.
Namun rupanya sakit kepala ini ada beberapa jenis dan perlu tahu tahap mana kesakitan dialami. Ada yang selepas tidur untuk seketika sakit akan hilang dan ada juga sebaliknya.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu mengenai masalah sakit kepala dan waspada jika berlarutan lebih 5 hari.
WASPADA BILA SAKIT KEPALA LEBIH 5 HARI
Ramai yang mengalami sakit kepala sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat dan ia selalunya dianggap sebagai penyakit biasa kerana kesakitannya dirasakan sementara sahaja.
Namun, sakit kepala yang dialami perlu dikenal pasti sama ada serangan yang dialami itu biasa atau bahaya.
Tidak dinafikan ada sakit kepala tidak membahayakan tetapi sesetengahnya boleh menyebabkan bencana atau sesuatu yang lebih teruk sehingga menjejaskan rutin harian sekiranya tidak ditangani.
Apa yang penting adalah mengenal pasti apakah jenis sakit kepala yang menyerang anda sama ada ia boleh membahayakan kesihatan atau sebaliknya.
Terdapat dua jenis sakit kepala iaitu primer dan sekunder. Sakit kepala jenis primer ada masanya menyebabkan kehidupan harian terjejas tetapi tidak akan menyebabkan kemerosotan dari segi kesihatan atau tidak bahaya dalam tempoh jangka panjang.
KENAL PASTI KATEGORI SERANGAN
Sakit kepala sekunder pula mesti dikenal pasti kerana akan menyebabkan sesuatu yang bahaya dan boleh menyebabkan maut sekiranya tidak dirawat.
Migrain yang lazim dialami oleh kebanyakan orang adalah jenis sakit kepala jenis tekanan dan kluster.
Sakit kepala jenis tekanan adalah paling kerap menyerang sesiapa saja.
Beliau menjelaskan, kebanyakan orang keliru antara migrain dan sakit kepala jenis tekanan yang lazimnya tidak begitu teruk, berbanding sakit kepala akibat migrain yang boleh menjadi teruk sehingga muntah.
Sakit kepala jenis sekunder boleh berlaku secara tiba-tiba.
Bagi penghidap tekanan darah tinggi serta tidak pernah mengalami sakit kepala yang teruk, mereka perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Ini kerana sakit kepala berkenaan berkemungkinan berpunca dari salur darah yang bergumpal di dalam otak yang boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan.
Ads
KESAKITAN MELAMPAU
Sakit kepala jenis kluster jarang berlaku, tetapi serangannya menjadi teruk apabila pesakit menerangkan kesakitan yang dialami melebihi penderitaan ibu melahirkan atau keretakan tulang.
Sakit kepala kluster berlaku akibat terdapat pendarahan atau ketumbuhan di dalam kepala yang perlu dikenal pasti bagi mengatasinya.
Pengambilan ubat penahan sakit perlu dibataskan iaitu tidak lebih lima kali dalam tempoh sebulan bagi mengelakkan kesan sampingan seperti kerosakan buah pinggang.
Makan ubat tahan sakit terlalu kerap boleh menyebabkan sakit kepala yang dialami berterusan hingga sukar dirawat.
Pesakit yang kerap diserang sakit kepala seperti migrain iaitu tiga kali sebulan perlu menjalani rawatan menggunakan profilaksis untuk mengeluarkan kesan ubat penahan sakit yang dimakan sebelum ini.
BAGAIMANA MENGENAL PASTI MIGRAIN
1. Sakit kepala berdenyut denyut
2. Sakit membabitkan satu kepala atau separuh kepala
3. Dikaitkan dengan loya dan muntah
4. Sensitif kepada cuaca persekitaran, terlalu panas atau terlalu bising
Ads
5. Sakit kepala mula terasa apabila melakukan aktiviti luar kebiasaan seperti menaiki kereta untuk perjalanan jauh dan tidur lewat
6. Sesetengah pesakit nampak titik titik atau corak zig zag sebelum sakit bermula
7. Sesetengah orang tidak sakit kepala tetapi hanya nampak titik titik, zig zag, silau (okular migrain)
8. Rasa berpusing pusing (vestibular migrain)
9. Sakit kepala ketika datang haid.
KAEDAH RAWATAN
Tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dikawal dengan:
1. Anti migrain
2. Perubahan gaya hidup (contoh: memakai cermin mata gelap ketika berada di bawah cahaya matahari)
3. Memastikan rutin dijalani tidak banyak berubah seperti waktu tidur yang tetap.
Ads
SAKIT KEPALA JENIS TEKANAN
1. Kadar kesakitan: ringan sehingga sederhana.
2. Serangan lazimnya berlaku di sebelah petang.
3. Tidak menjejaskan kualiti hidup.
KAEDAH RAWATAN
Paracetamol dan Profilaksis untuk mengawal serangan.
SAKIT KEPALA JENIS KLUSTER
1. Kadar kesakitan: sangat sakit
2. Jarang berlaku dengan purata 0.1 peratus
3. Serangan datang dalam bentuk tetap,
contohnya pada Mac dan April
4. Pendarahan yang besar boleh menyebabkan edema atau bengkak (perlu dibedah bagi mengelakkan kesan buruk termasuk maut)
SAKIT KEPALA YANG MEMERLUKAN PEMERIKSAAN LANJUT
1. Sakit kepala disertai demam sehingga lima hari (berkemungkinan berpunca daripada tibi, meningitis atau difteria
2. Meracau-racau
3. Sakit kepala lebih dua hingga tiga minggu tanpa demam.
Tak mudah nak buang jeragat yang sudah meriah di kulit wajah, tetapi kalau dibiar makin teruk lah jadinya. Paling takut jeragat tu makin tebal dan membuatkan kulit nampak gelap.
Jadi suka atau tidak, anda kena juga cari produk yang boleh bantu hilangkan masalah jeragat atau paling jimat guna petua orang lama seperti yang dikongsi wanita ini.
Cerita Puan Asrina Jamiran yang lebih mesra dengan panggilan Kak Sufi, katanya dia memang suka sangat pakai masker semenjak jadi beautician. Hah, patutlah tahu bab petua cantik!
Melalui perkongsiannya, masker adalah diantara rutin wajib penjagaan wajah Kak Sufi.
Apa yang menarik, aktiviti ini boleh buat dengan anak anak. Hasilnya, habis anak dara dapat kulit halus molek. Elok sangat kita kongsi petua orang lama pada generasi muda ini. Jimat poket mak ayah sekali.
Okay ini cara nak elakkan jeragat makin tebal di muka. Nanti amalkan ya.
Jom Buang Jeragat
Apa yang anda perlu ialah:
Segenngam beras
Kunyit hidup
Putih telur
Perahan Lemon / LImau nipis
1. Ambil segenggam beras dan rendam semalaman.
2. Toskan dan tumbuk bersama 1cm kunyit hidup atau boleh juga blend dan gunakan bersama 1 sudu kecil serbuk kunyit. KakSufi guna blend je.
3. Selepas tu campurkan dengan putih telur dan sedikit perahan lemon atau limau nipis.
4. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan sekitar 10 minit. Bila dah kering, gosok manja kat semua kawasan masker tu. Kemudian bilas dengan air bersih
5. Untuk hasil yang memuaskan lakukan 2 kali seminggu. Bukan setakat bantu pudarkan jeragat, muka korang rasa anjal lepas pakai.
Senang tak nak cantik? Untuk info, masalah jeragat paling susah nak pulihkan. Jika anda langsung tak pakai pelindung wajah, lagi lah dia makin membiak. Jadi, rajin-rajinkan diri pakai masker ini ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak sangka rupanya lobak merah pun cukup membantu cantikkan kulit wajah yang ada masalah parut jerawat, malah boleh membuatkan kulit kusam jadi lebih sihat dan bersih.
Nak tahu macam mana nak jadikan lobak merah sebagai masker, jom lihat perkongsian resipi masker kulit licin dari laman Tiktok Teamon Malaysia.
Masker Lobak Merah
Selain menggunakan lobak merah sebagai bahan terpenting membuat masker wajah ini, anda juga memerlukan serbuk oat dan madu.
Melalui video tersebut, oat dan madu berfungsi untuk menghaluskan dan melicinkan kulit.Yang mana, oat boleh membuat pembersihan mendalam (deep clean) pada kulit wajah yang akan menyingkirkan kuman atau kotoran tersembunyi. Dua bahan tersebut juga sangat anti bakteria.
Jadi, jom lihat cara penyediaannya di bawah:
Bahan dan cara penyediaan:
Carrot
12 sudu serbuk oat
4 sudu madu
Cara Nak Buat:
Ambil beberapa biji buah lobak merah dicuci bersih dan dibuang kulitnya serta dipotong kecil.
Kemudian, kisarkan sehingga halus di dalam mesin pengisar.
Setelah itu, bawa keluar dari pengisar dan tapiskan ia sehingga mengeluarkan air lobak merah.
Di dalam sebuah bekas berisi air lobak merah tadi, campurkan pula serbuk oat dan madu.
Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
Nah, masker lobak merah pun terhasil! Anda boleh sapukan di wajah 3 kali seminggu dan akan lihat keberkesanannya selepas itu. Kulit wajah jadi semakin halus, licin dan bersih.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak atau masih lagi merasakan sebagai ‘beginner’ dalam aktiviti larian pastinya ingin melakukan larian sejauh 10 kilometer atau lebih dikenali dengan gelaran ’10K’.
Tidak mudah untuk melakukan larian pada jarak tersebut jika anda masih lagi baru dan tidak biasa. Latihan larian dan membina stamina perlu dilakukan sebaiknya.
Apatah lagi jika anda ingin membina kelajuan larian yang baik dari semasa ke semasa.
Untuk anda yang mungkin sudah pada usia 30 tahun ke atas, boleh ikuti teknik larian mengikut MAF.
Sebenarnya tiada jalan pintas untuk melakukan larian 10K dengan baik. Namun terdapat beberapa faktor sangat penting yang boleh mempengaruhi prestasi larian anda. Sekaligus membolehkan larian pada jarak tersebut boleh dilakukan dengan baik.
PANASKAN BADAN
Sebelum mula lakukan larian sebaiknya anda panaskan badan terlebih dahulu. Jika terus mula berlari dirisaukan kaki anda boleh ‘terkejut’ dan berlakunya kekejangan otot.
KASUT SESUAI
Kasut lama anda sudah ketat atau tapaknya sudah hilang cengkaman? Tukar sahaja kasut baru. Ini kerana kasut yang ketat atau tidak cengkam boleh menyebabkan berlakunya kecederaan seperti melecet. Pakai kasut larian yang true-to-size dengan kaki anda.
MULAKAN DENGAN PERLAHAN
Ingat, anda sudah lama berehat daripada berlari. Jadi mulakan larian dengan perlahan dan langkah kaki lebuih kecil. Ini bagi mengurangkan risiko kaki mudah sakit dan cedera. Pace yang slow dan steady.
CARA PERNAFASAN
Bagi menikmati larian yang lebih lama dan jauh anda perlu berlari dengan mengamalkan teknik pernfasan dengan baik. Paling penting elakkan kepada anda tundyuk ke bawah semasa berlari. Dan janganlah juga terlalu mendongak ke atas.
JAGA KELAJUAN LARIAN
Salah satu cara untuk mendapatkan larian berkualiti dan jarak lebih jauh ialah menjaga kelajuan larian. Jika semasa berlari nafas anda tidak tercungap-cungap itu bermakna anda melakukannya dengan betul dan baik. Jika berasa seperti tidak cukup nafas perlahankan sedikit larian dan kembalikannya dengan betul.
JANGAN GELOJOH
Sesetengah orang terlalu teruja dan gelojoh melakukan larian hingga tidak sedar bahawa badan mereka tidak bersedia untuk larian lebih jauh atau laju. Buat permulaan fokus kepada sejauh mana anda boleh berlari kerana pembakaran kalori itu juga bergantung kepada jarak arian dan kadar denyutan jantung.