Ketika hamil seseorang itu ada kalanya berdepan dengan pelbagai masalah alahan atau sakit lain yang datang menyerang.
Antaranya adalah mengalami demam dan situasi akan jadi lebih teruk jika berlaku di akhir kehamilan.
Apakah risiko bakal ibu dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini jika diuji dengan masalah demikian.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu kesannya jika wanita hamil diserang demam di awal dan di akhir kehamilan.
BAHAYAKAH DEMAM KETIKA HAMIL?
Demam yang dihadapi oleh wanita yang hamil, memang merisaukan. Demam ketika hamil adalah sesuatu yang cuba dielakkan namun apabila diuji dengan gejala demam, mahu atau tidak, wanita yang hamil harus menerima dengan hati yang redha.
Demam sebenarnya tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang selalunya menandakan seseorang mempunyai sesuatu penyakit.
Suhu badan normal bagi seseorang yang sihat ialah 37°C. Jika melebihi tahap ini, anda akan dikira sedang mengalami gejala demam.
Adakah demam memberikan kemudharatan pada wanita yang hamil? Setakat ini belum ada kajian yang sahih mengenai kemudharatan demam dan suhu panas terhadap bayi dalam rahem.
Ads
Cuma saya mahu menarik perhatian pada satu penulisan di dalam Journal of Paediatric and Perinatal Epidemiology, yang mengatakan bahawa secara amnya, demam yang dialami oleh wanita hamil tidak memberikan apa-apa risiko kepada anak yang dilahirkan.
Ada kajian yang menunjukkan jika seorang wanita hamil mengalami demam melebihi 39.0 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga kali, yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing (urinary tract infection), maka terdapat kemungkinan bahawa risiko bagi bayi yang dilahirkan mudah mengalami sawan adalah tinggi. Namun kajian ini agak lemah.
Walau bagaimanapun, janganlah terlalu risau kerana demam yang rendah (kurang dari 100.4 darjah Fahrenheit) adalah selamat dan tidak perlu dirisaukan walaupun masih lagi di awal kehamilan.
Namun demam yang agak tinggi (melebihi 103 darjah Fahrenheit atau 39.5 darjah Celcius) mungkin boleh memberikan kesan mudaharat pada bayi.
Ini kerana demam yang tinggi pada awal kehamilan, akan menjejaskan proses pembentukan fizikal bayi dan bayi yang dilahirkan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat bayi yang mengalami masalah neural tube defects seperti spina bifida terutama jika demam itu berlaku ketika pembentukan saraf tunjang yang berlaku pada hari ke 20 hingga 28 selepas telur ovum disenyawakan.
Ads
Malah ada beberapa kajian yang agak lemah menunjukkan bahawa suhu badan terlalu tinggi akibat demam boleh menyebabkan keguguran. Hal ini juga boleh berlaku pada wanita yang mandi di dalam hot tubs atau sauna ketika hamil.
Di akhir kehamilan, perkembangan fizikal bayi telah terbentuk dengan lebih sempurna, maka gejala demam yang tinggi selalunya tidak membawa mudharat kecuali demam yang disebabkan oleh jangkitan dalam rahem (intrauterine infection).
Saya mencadangkan wanita hamil yang mengalami demam agar mengambil bacaan suhu yang betul. Adalah sukar untuk mengatakan seseorang wanita mengalami demam hanya dengan meletakkan belakang tapak tangan di dahi. Oleh itu gunakanlah thermometer agar dapat mencatat bacaan dengan lebih tepat.
Minumlah air suam kosong yang banyak. Demam akan membuatkan seseorang akan merasa cepat letih dan haus akibat dehidrasi. Oleh itu harus menambah jumlah air yang diambil ketika mengalami demam.
Ads
Jika demam bersama-sama dengan loya dan muntah, bolehlah minum air secara sedikit demi sedikit menggunakan sudu.
Selain itu, wanita hamil yang mengalami demam boleh menuam dengan tuala basah. Letakkan tuala basah pada dahi dan dada, membantu haba dari badan dikeluarkan dari tubuh dan mengurangkan demam.
Berjumpa dan berbincang dengan doktor yang merawat. Adakalanya punca demam dapat dikesan dengan pemeriksaan darah dan air kencing. Untuk meredakan demam dengan cepat, doktor mungkin akan memberikan ubat paracetamol yang selamat digunakan oleh wanita hamil dengan dos yang ditetapkan.
Bersabarlah ketika menghadapi ujian demam. #HealthDrZubaidi
Orang kata kalau nak kulit makin lembut, kena guna masker halba campur dengan asam jawa. Haa.. mungkin ramai yang tidak tahu dua bahan ini sangat membantu dalam dunia kecantikan.
Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita cuba buat masker halba dan asam jawa ini untuk wajah yang berseri-seri.
Kulit Makin Lembut Guna Masker Halba, Boleh Gosok Kat Tangan Juga!
Sebenarnya macam-macam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut, halba juga bagus untuk basmi jerawat kat muka. Rujuk bahan yang anda perlu sediakan ya.
BAHAN-BAHAN:
1 genggam halba
1 sudu teh asam jawa
Air sesudu makan
1. Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan bubuh air tau.
2. Bila dah siap masuk halba dalam mangkuk, lepas itu boleh lah letak air sedikit. Kemudian boleh nak tambah asam jawa sikit.
3.Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka atau pun kat badan. Biarkan 15 minit. Lepastu bilas dengan air.
4. Kulit muka licin dan lembut sangat. Tak rugi kalau anda cuba petua ini.
KEBAIKAN ASAM JAWA UNTUK KULIT
1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.
Haaa… banyakkan khasiat asam jawa? Bukan saja sedap dicampur dalam makanan tetapi bagus untuk kulit.
Selamat mencuba, ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau rasa nak pudarkan jeragat dengan cara jimat dan selamat, anda boleh cuba tip yang dikongsikan wanita ini.
Bila masuk 30-an, nak tak nak anda kena juga pakai sesuatu di wajah bagi cerahkan kulit untuk hilangkan sel kulit mati. Tetapi kalau rasa tak rajin nak pakai banyak langkah, anda boleh cuba tip cuba petua semula jadi yang dikongsikan oleh Hawa ini sebagai rujukan.
Pudarkan Jeragat Guna Tiga Bahan Dapur, Ini Petua Orang Lama Amalkan
Ramai minta tip jeragat, kali ini Hawa share petua yang menjadi pada mak Hawa sendiri dengan hanya guna lemon, kunyit dan tepung beras dapat bantu hilangkan jeragat dan tompok-tompok hitam. Selepas cuci muka kulit muka rasa halus je.
Review jujur selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.
Bahan-Bahan:
1 sudu tepung beras
1/2 sudu serbuk kunyit (nak guna kunyit hidup pun boleh)
1 biji lemon (perah jusnya)
Cara Membuat:
1. Masukkan tepung berad dan kunyit ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan perahan jus lemon tadi dan gaul rata.
3. Gosokkan perlahan-lahan di seluruh kulit muka.
4. Biarkan 5 hingga 10 minit.
5. Setelah itu bilas dengan air sebersih-bersihnya.
Hasilnya selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.
Info Ekstra!
Amalkan 2 kali seminggu dan buat secara konsisten.
Lebihan boleh disimpan dalam peti ais tak boleh lebih 3 hari.
Tak mudah nak hilangkan tetapi kalau pudarkan jeragat, inshaa Allah akan nampak hasilnya. Kemudian kena lah rajin pakai pelindung wajah ya, sunscreen itu wajib! Barulah dapat kurangkan masalah jeragat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biasanya apabila berbelanja barangan atau bahan mentah basah untuk memasak, kita akan membelinya dalam kuantiti yang banyak.
Tetapi hanya gunakan sedikit untuk memasak dan stok selebihnya akan disimpan dalam peti sejuk.
Cara ini adalah untuk lebih menjimatkan masa kerana tidak perlu berulang alik ke kedai membeli barangan mentah ini.
Walau bagaimanapun kita perlu hati-hati dalam penyediaan makanan yang disejuk bekukan atau ‘defrost’ ini bagi mengelak keracunan makanan.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadanmemberitahu bagaimana cara betul untuk atau nyahbeku bahan mentah tersebut agar tidak terdedah pembiakan bakteria.
Katanya, sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.
“Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena dibersihkan, lepas tu dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak.
“Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas. Mudah.
“Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali.
“Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.
Selain itu, cara nyahbeku bahan mentah yang betul adalah;
1. Meletak bahan mentah di bawah air mengalir. Tak usah rendam dan tinggal.
2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller semalaman.
3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Cara ini paling mudah dan cepat.
Menurutnya, jika tidak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya.
“Nanti bila korang masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Hahaha. Tak lah!
“Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.
“Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!”