Seperti yang diketahui, tidak lama lagi kita semua akan menerima suntikan vaksin Covid-19.
Terdahulu dalam satu perkongsian dia laman sosial Facebook seorang jurutera Ir Abdul Rahman Bahasa menceritakan pengalamannya selepas menjalani ujian pra-klinikal vaksin Covid-19 di Hospital Ampang, Selangor.
Menurut Abdul Rahman yang juga sukarelawan meneria suntikan ini, ujian pra-klinikal ini mempunyai empat peringkat yang perlu dihadapi oleh semua penerima.
Ceritanya dia perlu hadir semula ke hospital selepas tujuh hari melakukan ujian pra-klinikal vaksin Covid-19.
Kemudian doktor turut memberi penerangan selama 10 minit selepas dia melakukan pemeriksaan kesihatan pada hari berkenaan.
Di samping itu, dia turut berkongsi empat peringkat yang harus dilalui semasa menjalani ujian pra- klinikal tersebut.
Untuk peringkat pertama, mereka perlu menjalani ujian swab dan pemeriksaan darah bagi memastikan diri mereka bebas daripada wabak Covid-19 dan Hiv.
Di peringkat kedua, suntikan dos pertama akan diberikan. Kesemua penerima tidak tahu sama ada bahan yang diberikan kepada mereka itu adalah vaksin mahupun placebo.
Ini kerana, ujian pra-klinikal ini merupakan double blinded study. Manakala, di peringkat terakhir, mereka akan dipantau selama tujuh hari jika berlakunya sebarang kesan sampingan. Dan yang terakhir, suntikan kedua pula akan diberikan.
COMPLETE HARI KE-7 SELEPAS SUNTIKAN PERTAMA
Hari ni aku pergi ke Hospital Ampang sekali lagi untuk menyerahkan diari kesihatan aku. Diari kesihatan ni untuk rekod pemantauan 7 hari pertama selepas di cucuk dalam kajian vaksin COVID19.
Appointment aku pukul 2pm.
Sampai² di Hospital Ampang..aku daftarkan diri and tunggu giliran untuk berjumpa petugas perubatan.
“No. 39…”
Aku tengok nombor giliran aku..Yes,aku lah nombor 39 tu..hahaha
Petugas: Encik boleh pergi ke kaunter sana ye..
Aku pun pergi ke kaunter yang diarahkan. Aku tengok yang akan entertain aku adalah seorang nurse.
Ads
Nurse: Encik, kita ambil suhu sekejap ye..
Aku disuruh kemam thermometer..
Selepas seminit
Teeet..teeet..teeeet..Thermometer berbunyi..
Nurse: Berapa bacaannya Encik?
Aku: 36.9
Nurse: Ok..suhu normal. Encik ada apa² alahan sepanjang seminggu ni..Macam cirit-birit, loya, susah bernafas, pening ²?
Aku: Tak ada
Nurse: Ok Encik.Ni diari baru untuk pemantauan 7 hari akan datang. Encik boleh ke bilik briefing sekarang untuk dengar briefing macam mana nak isi diari ni ye..
Aku: Ok.Terima kasih nurse.
Ads
Nurse: Sama².
Aku pun pergi ke bilik briefing dan dengar briefing selama 10minit lebih kurang.
Trainer: Ok Tuan Puan semua.Kalau tak ada apa² soalan. Kita jumpa lagi 7 hari akan datang ye..Tuan Puan boleh ambil kad appointment dekat kaunter pendaftaran
The End.
OK done stage 3 dalam kajian vaksin ni.
Stage 1: Swab test and check darah sebab nak confirmkan bebas COVID and HIV sebelum enroll dalam kajian vaksin COVID19
Stage 2: Ambil suntikan dos pertama (note: ini double blinded study.Aku or nurse yang cucuk aku sebelum ni pun tak tau aku dicucuk vaksin sebenar atau placebo)
Stage 3: Pemantauan 7 hari pertama untuk sebarang side effect.Isi diari kesihatan dan pulangkan diari kesihatan kepada team penyelidik team vaksin.
Next,Stage 4: Suntikan dos kedua.
Moga contribution kecil aku ini memberi manfaat kepada umat sejagat..Amin..
Ads
Terdahulu, Abdul Rahman turut berkongsi keadaan dirinya setelah menerima suntikan pertama ujian pra-klinikal tersebut.
Ternyata dia mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.
Tambahnya, doktor memberi nasihat supaya kesemua mereka berfikiran positif. Ini kerana, fikiran positif akan membantu seseorang individu menjalani kehidupan yang sihat. Lebih penting, sistem imunisasi badan bakal menjadi kuat dan lebih baik.
HARI KE-4 SELEPAS DICUCUK: JANGAN STRESS!
Bila aku bagitahu aku diterima sebagai sukarelawan vaksin haritu..Ramai yang mintak aku update perkembangan harian aku..
Kepada yang baru baca post ni or belum tahu. Aku adalah salah seorang sukarelawan kajian vaksin. Aku dah terima 1st injection aku pada 8 Feb haritu.
Korang boleh baca post aku yang lepas dekat link ni
Semalam pengacara dan pelakon popular Uyaina Arshad Selamat diijabkabulkan bersama pilihan hati yang juga seorang selebriti Raja Syahiran.
Uyaina yang cantik mengenakan persalinan nikah RIZMAN RUZAINI BRIDAL COUTURE rekaan Kurung Pahang diberi sentuhan moden dengan RR signature pointy shoulder dan disulam indan dengan perincian rona klasik emas.
Gaya ratu sehari turut diserikan dengan penggunaan french lace yang di penuhi perincian dari sulaman tangan khas Uyaina Arshad menyerlahkan lagi penampilan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 (Indisiar) dan Juara Pencarian Nona Manis 2015 (TV3) ini.
Pasagan sama cantik sama padan ini turut mendapat pujian daripada warga net. Masing-masing suka dengan persalinan Uyaina yang simple tetapi lebih pada classy.
Uyaina Arshad, 29, selamat bernikah dengan penyanyi Raja Syahiran, 28, pada jam 9.03 pagi di Colony Star Boulevard, di sini, hari ini.
Pasangan itu dinikahkan oleh abang kandung, Uyaina iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah serta dua saksi.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.
yahiran atau nama penuhnya Raja Azhanrianshah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat Uyaina.
Tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak dan memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran di atas persetujuan kedua belah keluarga.
Menurut Uyaina, dia dan Syahiran memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu namun terpaksa menangguhkan hasrat itu disebabkan varian baharu Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” katanya yang memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka yang turut membawa makna “Yours’.
Untuk majlis pernikahan ini juga wajah Uyaina mendapat sentuhan Mekap Artist Yna Sakinah yang bertanggung jawab menata rias menjadikan dirinya pengantin paling cantik penutup tirai tahun 2021 ini.
Tidak dinafikan bahan herba dan juga rempah wajib ada di setiap rumah dan menjadi penyedap sesuatu masakan dalam setiap hidangan.
Selalunya kita akan beli dengan kuantiti banyak tetapi penggunannya yang sedikit menyebabkan stok herba dan rempah ini mengambil masa untuk dihabiskan.
Namun tahukan kita kadar atau tempoh tertentu penyimpanan kedua-dua bahan ini jika disimpan dalam suhu bilik.
Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu tempoh simpanan untuk herba dan rempah ini.
Tempoh masa 2-3 tahun jika dikisar halus
Untuk geng empat sekawan dan lain-lain pula sekitar 4 tahun lamanya
Untuk herba kering daripada daunan pula 1-3 tahun boleh disimpan
Tidak mengundang keracunan tetapi aroma dan rasa akan hilang
Roti putih karbohidrat sihat. Tapi makan lebih akibatkan risiko gemuk, kencing manis & jantung! Selama ini kita menjangkakan memilih karbohidrat dengan makan roti putih itu lebih sesuai bagi yang mengamalkan diet sihat.
Tetapi rupa-rupanya pengambilan roti putih yang tinggi akan mengakibatkan risiko kegemukan, kencing manis dan sakit jantung.
Roti Putih Karbohidrat Sihat
Ini kerana Roti putih merupakan Highly Processed food yang di proses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandung, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja.
Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.
Gemuk, Kencing Manis & Jantung!
Ia merupakan sumber karbohidrat yang ringkas. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Situasi ini jika berlaku terlalu kerap menyebabkan risiko penyakit diabetes.
Kerana jumlah fiber yang rendah, menyebabkan seseorang individu CEPAT LAPAR selepas paras gula berkurangan. Ini menyebabkan kita mengambil lebih banyak makanan dan menyebabkan risiko obesiti.
Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis Wholemeal atau Whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.
Justeru Public Health Malaysia memberikan pilihan untuk memilih roti jenis Whole Wheat bread untuk kesihatan.
Ini kerana ia lebih berkhasiat dan gula dalam darah tidak meningkat dengan mendadak. Jadi untuk membuat apa juga makanan dari roti seperti sandwich atau roti telur, boleh memilih jenis ini untuk diet lebih sihat.