Sebelum ini hanya membaca kisah mereka yang positif dijangkiti virus Covid-19 di paparan media sosial.
Sesekali terfikir kesakitan yang dialami sementelah seseorang itu mengalami tanda seperti demam berpanjangan, selesema serta batuk berkahak.
Walaupun mengamalkan SOP dan sangat berhati-hati, namun siapa sangka akhirnya diri sendiri menjadi mangsa jangkitan virus yang sangat merbahaya ini.
Demam On Off & Sesak Nafas
Bagi Elly Jalil, dia mula mengalami demam secara on off dan keadaan ketika itu memang badan rasa sejuk menggigil.
Bukan itu saja, dia juga turut mengalami rasa sesak nafas yang menyebabkan dirinya terbayang mati disebabkan virus ini.
“Rasanya ini disebabkan masalah batuk dan kahak yang banyak dalam tekak. Saya juga turut merasakan susah untuk tidur malam. Sebelum ini bila saya tengok orang lain yang disahkan positif seperti demam dan batuk nampak macam biasa saja.
“Tetapi rupanya bila dah mengalami sendiri, masya-Allah betapa deritanya saat itu. Bagi saya, saya masih lagi sanggup sakit beranak daripada menjadi mangsa virus Covid-19 ini,” ujar Elly, salah seorang team Web Digital di Ideaktiv.
Menurut Elly lagi rasa sesak nafas seperti merasakan nafas kita pendek, mengah dan penatnya seperti baru berlari. Padahal baru saja jalan beberapa langkah.
Ads
Hanya Duduk Rumah Tapi…
Tambahnya, seperti orang lain dia juga sangat menjaga SOP dan hanya duduk rumah bagi mengelak jangkitan.
“Kalau ikutkan kami suami isteri memang tak ada pergi kemana-mana. Lagi-lagi dengan perlaksanaan PKP dan hanya ‘work form home’ dan duduk rumah saja. Cuma kami ada keluar beli barang keperluan harian.
“Tetapi sudah ditakdirkan saya dan suami turut dijangkiti virus ini. Mula-mula suami yang alami muntah dan cirit serta hilang selera makan. Jadi pada 16/6 dia buat swab test dan keputusan positif. Selepas suami dah buat swab test memang saya dan anak asingkan diri terus.
Terus asingkan diri dengan anak.
“Suami duduk bilik dekat atas. Masa ini memang saya dah start pakai mask 24 jam dalam rumah, sarung tangan, kerap sanitize rumah dan tak peluk atau cium anak.
“Waktu ini saya hanya mengalami simptom yang ringan seperti batuk dan selsema je. Masih larat nak jaga anak kami,” ceritanya yang turut mendapat panggilan untuk melakukan swab test pada 18/6 bersama dengan anak yang berusia 1 tahun 10 bulan di Klinik Kesihatan Batu 14 Hulu Langat.
“Pada 20/6, saya juga telah disahkan result positif. Alhamdulillah anak kami negatif. Bila dapat tahu saya positif 20/6, masa inilah simptom saya pula mula teruk. Batuk sesak nafas demam semua. Jadi saya dan suami membuat keputusan untuk duduk sekali jaga anak.
Ads
“Oleh sebab masing-masing tak larat jadi kena gilir-gilir jaga anak. Memang penat dan sakit tapi nasib baik anak macam memahami. Main sendiri, tidur sendiri dan dia juga dah tak menyusu badan,” kata Elly yang sepatutnya menerima suntikan sehari selepas suami disahkan positif.
Syukur Akhirnya Bebas Jangkitan
Setelah hampir 10 hari kuarantin di rumah, dia dan suami akhirnya bersyukur bebas dari virus Covid-19. Namun saat berdepan situasi dijangkiti virus ini memberi pengalaman sangat berharga buat dirinya sekeluarga.
Pengalaman yang sangat berharga dan berguna.
“Memang kena kuat fizikal and mental untuk hadapi sakit akibat virus Covid 19 ni. Macam saya alhamdulillah ada suami yang boleh bantu sama-sama jaga anak. Ada keluarga dan jiran-jiran yang baik hantarkan makanan dan bekalan ubat.
“Waktu ini memang kami sangat mementingkan keselamatan anak. Walaupun positif, tetapi saya sentiasa memakai mask di rumah, mandi dan cuci tangan sekerap mungkin bagi mengelak anak dijangkiti. Alhamdulillah anak tidak dijangkiti virus yang saya kira sangat-sangat merbahaya dan boleh bawa maut.
“Oleh itu saya nak pesan jika tiada urusan duduk saja di rumah. Kalau boleh beli barang secara online. Ini bag mengelak diri dijangkiti virus yang boleh ada di mana-mana.
Ads
“Apatah lagi bagi yang belum menerima apa-apa suntikan vaksin sebagai perlindungan, jadi sentiasalah jaga SOP kendiri,” tambah Elly sebelum mengakhiri perbualan
Menurutnya sebab utama untuk turunkan berat badan adalah disebabkan ada mengalami penyakit gerd, kasihan pada orang yang menjaga ketika dirinya tak sihat selain mahu mulakan gaya hidup lebih sihat.
Tidak menggunakan sebarang produk sebaliknya mengikut panduan diet suku-suku separuh yang disaran oleh KKM.
Gambar sebelum.
MY WEIGHTLOSS JOURNEY
Bismillah, ringkasan Start Dis 2020 w:70++kg Puasa 2021 w: 52kg (perlu naikkan atas saranan) Raya 2021 w: 53kg (fasa maintain) Tinggi: 161cm Umur:39 Sebab turunkan berat : sakit gerd, anxiety, panic attack( kesian kat orang yang jaga masa sakit) dan nak mulakan healthy lifestyle ( kekadang kelaut jua )
Cara: – Diet suku2 separuh ( saranan kkm) – Kira kalori (app My Fitness Pal) – Makan semua, tapi jaga portion ( sederhana ) ( MAKAN NASI ) – Air masak ikut berat badan n berapa aktif korang pada hari itu, akak 2 liter, kalau 65kg keatas tu elok 3 liter lah – Air manis masih minum, tapi kurangkan, kalau biasa minum 1 mug, kurang jadi suku mug. – Untuk yang sakit gerd anxiety macam akak, akak sarankan makan sedikit-sedikit tapi kerap, 2 atau 3 jam sekali kena makan, setakat ini akak sihat 80% dari penyakit ni.
Ni contoh apa yg akak makan masa sarapan, nak makan nasi goreng n mee goreng n nasi lemak pun boleh sebenarnya, tapi akak nak bagi cepat sikit hilang kat perut ini.
Exercise : – Abs workout – Running (MAF) lari sambil jaga jantung. – Weight training – HIIT ( Sekarang fokus weight training n hIIT) – Running seminggu 1 atau 2 kali, kalau fokus running je kurus kering la jawabnya ), ada yang tanya, akak tak zumba ke?, akak minat, tapi akak ni jenis pemalu sikit )
Diet ni kena chill2 je, tak mahu stress2, bila rasa nak diet, terus je mulakan, tak yah tangguh, macam akak dulu, bangun dari sakit, terus akak start diet dan exercise, bila kelaut, jangan terlalu lama, kembali semula ke pantai , yang penting MAKAN NASI,
Untuk menguji kekuatan mental n fizikal akak suka buat wall sit ni..
Kat sini akak nak sarankan korang join la group diet suku2 separuh (DSSS), banyak boleh dipelajari kat situ dan kat situ pun ada coach-coach yang bertauliah yang boleh membantu.
Doakan akak juga untuk istiqomah dalam meneruskan gaya hidup yang sihat. Apa pun yang kita buat, berdoa lah, hanya ALLAH swt sahaja tempat kita bergantung sebenarnya.
Menurutnya isteri tersayang mengamalkan diet suku-suku separuh dan juga workout untuk menurun berat badan di samping sokongan dari suami tercinta.
Ayuh ikuti perkongsian ini dan boleh dijadikan panduan untuk yang mahu atau sedang berusaha berdiet cara sihat.
Lenyap 25 KG Dalam Tempoh 9 Bulan
Tinggi 160cm Bmi 23.8 Lose 25kg
. +++++1 Nov 2021 update+++++
Disini Saya kongsikan apa yang Saya amalkan dan buat sepanjang diet suku suku separuh. Tempoh Masa 9bulan.lama sebab asyik ke laut dalam.
Bangun Dari tido wajib minum air suam 1@2gelas. Setiap hari korang wajib membuang taw.
Makan 3kali sehari.Sarapan Pagi wajib! Biasanya Saya akan makan telur,roti &salad. Makan tengahari wajib makan nasi suku,sayur-sayuran dan lauk. Kadang-kadang makan lauk panggang dan lauk biasa je.senang!
Makan malam pulak sama Makan nasi suku suku separuh. Makan sayur banyak-banyak ini akan buat korang bertahan dan lambat lapar.
Saya kurangkan minum & makan makanan yang manis.Makanan yang manis ni bahaya sikit sebab akan buat korang ketagih dan nak makan banyak.
Banyakkan minum air kosong. Untuk permulaan memang saya buat yang ini dulu bila korang dah dapat rentak dan badan dah boleh trima diet suku suku separuh ni ,korang memang Tak kan makan banyak dah.
SENAMAN 20% jer Layan je dsss ni tanpa stress bila dah berjaya turun 10kg ke 15kg baru lah saya mula bersenam.
Saya mula dengan berjalan kaki pusing satu taman perumahan setiap pagi, senaman jangan paksa buat stakat mampu je dulu. Saya berjalan untuk permulaan,then kadang-kadang tu joging. Berbasikal indoor outdoor.
Buat yang tanya macam mana nak kecikkan perut, kecikkan paha, kecikkan lengan dan Mana-mana part tu..apa yang boleh saya katakan bila korang amalkan dsss dan sedikit senaman ringkas ni ,auto akan buat badan korang mengecil secara neutral. Sebab tu kena sabar dan enjoy je.
Sokongan dari pasangan amatlah penting hehe. Alhamdulillah suami saya memang support habis. Dia yang bersungguh-sungguh, pantau apa yang Saya makan , sediakan bahan-bahan asas senaman. Dan orang paling rajin tag tips kurus d fb ni.
Set minda kita awal-awal nak berubah ke arah gaya hidup yang sihat, nak makan makanan yang sihat dan nak kurus secara sihat. #dontgiveup #dietsukusukuseparuh #dietsihat
Kalau nak tahu air basuhan beras ini cukup bagus dan ini menjadi salah satu rahsia kecantikan orang Korea untuk jadikan kulit cantik!
Air Basuhan Beras Pertama
Memang terbukti air basuhan beras petama ini bagus untuk kulit, caranya mudah dengan peram selama 4 jam dan selepas itu ambil jadikan toner macam biasa.
Bahan Yang Diperlukan:
Owh ya, bahan-bahannya cuma perlukan beras dan air. Dan botol untuk isi air beras tadi dan mudahkan simpan.
Eh, nak jadikan pencuci muka pun boleh. Amalkan setiap hari secara konsisten kalau nak kulit makin segak. Mesti puas hati dengan hasilnya, percayalah.
Boleh tampal ala guna produk mahal yang dijual di kedai hijau dan oren tu. Tampal dan biarkan sampai kering di wajah. Nanti lembut saja kulit anda. Best!