‘So Cute & Handsome Boy. Lapan Bulan Membesar Dengan Sihat’ – Neelofa Akhirnya Dedah Wajah Bilal. Bergelar seorang ibu menjadi pegalaman paling indah buat pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa.
Namun dari hari pertama sehingga semalam, barulah selebriti ini mendedahkan wajah anak kesayangannya Muhammad Bilal hasil perkahwinan dengan pendakwah bebas, PU Riz, selepas lapan bulan kelahirannya.
‘So Cute & Handsome Boy Lapan Bulan Membesar Dengan Sihat’
Antara kecintaan tertinggi & teragung ummi di dalam hidup ini…
Ads
Tiada yang lebih menyayatkan hati selain anak ummi ini disakiti,pasti semua ibu kasih dan cinta kan anak mereka apatah lagi sewaktu mereka kecil
Bilal anak ummi sayang..
Allah zahirkan kamu dalam hidup ummi dan abah begitu sempurna
Jika kekayaan yang nak dibangdingkan maka kaulah yang paling berharga buat ummi dan abah
Jika keselesaan yang ditaruhkan Tiada taruhan yang dapat dibandingkan dengan senyumanmu
Ads
Sungguh ini adalah hadiah yang Allah kurniakan dalam hidup ummi menjadi penyejuk mataku Syukur yang tiada penghujung padaMu ya Allah
Ummi doakan Bilal menjadi asbab agama tersebar seluruh alam
Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami… Semoga Afiyyah sentiasa untuknnya Semoga fakih dia dalam agama… Semoga doanya adalah seperti disebut nabi :ولد صالح يدعو له Doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya الهم امين
Neelofa menggambarkan Bilal antara kecintaan tertinggi dan teragung kepadanya. Malah anak sulungnya ini lebih berharga dari segala-galanya.
Ads
Bilal yang lahir pada dilihat cukup sempurna sifat dan terserlah kecomelan wajahnya dengan berkulit putih gebu seperti Ummi dan Abahnya.
Nama Bilal menjadi cukup viral dari hari pertama kelahiran apabila pasangan ini tidak memperkenalkan kepada umum kerana sebab tertentu.
Neelofa Akhirnya Dedah Wajah Bilal
Namun dia berasa sedih apabila wajah anaknya itu diubah oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menerima pelbagai reaksi negatif dari netizen.
Untuk record, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 lalu. Semoga anak ini menjadi insan soleh yang sentiasa membahagiakan hati kedua orang tuanya.
Sebenarnya tak semua produk buat kulit cantik berseri. Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh sebuah laman produk kosmetik online di Amerika, wanita menggunakan purata 16 item kecantikan sehari.
Dari pencuci wajah sampailah krim mata dan sebagainya. Namun hakikatnya tak semua produk kecantikan yang dikatakan terbaik untuk kulit dan kecantikan diri ini berbaloi untuk dibeli.
Ada antaranya yang tak memberi perubahan pada kulit walaupun digunakan dalam jangka masa panjang termasuklah 6 item kecantikan berikut
Krim malam selalunya mengandungi komponen seperti retinol yang tidak berfungsi pada waktu siang kesan daripada cahaya mata hari. Ia sebenarnya tidak perlu jika kita menjaga kulit dengan baik kulit pada siang hari. Lebih dari itu harga krim malam ini juga agak mahal
Bintik hitam ini muncul akibat pengumpulan bakteria dan kulit mati pada bahagian dalam liang roma. Pore strip bagaimana pun hanya menarik kotoran di bahagian permukaan kulit.
Ini juga boleh menyakitkan sekali gus menarik lapisan perlindungan yang perlu untuk kulit. Selain hanya membuang kotoran bahagian atas, pore strip ini juga tidak mencegah untuk blackhead berlaku sekali lagi. Jadi lebih baik anda membeli pembersih wajah jenis gel bersama asid salicylic berbanding pore strip.
Kulit bahagian leher adalah cukup lembut dan nipis. Ia memerlukan pelembap yang banyak. Namun tidak perlulah hingga memberi krim khusus untuknya. Krim muka biasa pada waktu siang sudah mencukupi.Oles krim dari bawah ke atas.
Kalau lihat iklan penyembur ini berfungsi untuk memastikan kulit wajah selalu lembap ketika siang hari dan memberi kesan segar. Namun pakar kulit pula berpendapat sebaliknya.
Lembapan dari kulit akan disejat bersama dengan air semburan yang akhirnya akan menyebabkan kulit kering. Semburan yang didakwa untuk melembapkan itu sebenarnya tidak berlaku. Lebih merugikan harga produk ini agak mahal.
Kononnya ia adalah untuk menyerap lebihan minyak pada wajah. Sebenarnya tisu biasa pun memberi kesan yang sama cuma kesan minyak itu tidak dapat dilihat sebagai jika menggunakan kertas tersebut.
Anda mungkin menyangka lebih tinggi jumlah SPF lebih baik perlindungan dari sinar matahari. Tapi kadar perlindungan SPF yang terbaik adalah antara 15-50 saja. Tak perlu lebih.
Dapat sesuatu dalam perkonsian kali ini? Jadi selepas ini anda boleh betulkan rutin kecantikan harian ya! Barulah kulit anda cantik tanpa cela.
Tidak dinafikan penularan kes jangkitan Covid-19 kini sangat membimbangkan. Hampir setiap hari angka kes baru tidak berubah dan tetap empat angka.
Pandemik virus Covid-19 ini bukan sahaja menjangkiti orang awam, tetapi frontliner juga tidak terkecuali menerima nasib sama.
Baru-baru ini kisah bagaimana seorang petugas barisan hadapan Zamri Shahri turut dijangkiti Covid-19.
Walaupun dia tidak menyangka akan terkena virus berkenaan kerana menjaga SOP ditetapkan, tetapi pasrah menerima dugaan ini.
Kejadian lewat petang 15 Januari yang lepas benar-benar merubah cara aku memandang takdir, cara aku menilai tutur kata sendiri dan cara aku melontarkan pengharapan kepada Tuhan.
Berubah 360 darjah!
Beberapa minggu yang lalu, wad Covid tempat aku berkhidmat dimasuki seorang lelaki yang agak warak. Kelihatan Al Quran senantiasa ditangan. Rajin beliau membacanya.
Ketika itu keadaan beliau agak teruk juga, batuk yang sangat kuat sehingga pembacaan Al Qurannya tersekat-sekat. Semasa aku ingin mengambil tekanan darahnya, sempat aku bertanya bagaimana beliau boleh terkena jangkitan Covid ini.
” Tidak tahu lah encik. Semua SOP saya ikut. Saya juga imam di sebuah surau dan saya juga telah pastikan jemaah saya mengikut SOP dengan betul. Akhirnya, saya yang terkena Covid. Macam mana lah saya boleh terkena ini pun saya tak tahu, ” jawab pesakititu dengan sedikit nada kehampaan.
“Ini semua kehendak Allah. Usaha itu adalah bahagian dan tanggungjawab kita, tetapi apabila Dia mengkhendaki sesuatu itu terjadi. Ia pasti terjadi ! ” jawab aku dengan penuh yakin.
Kini, apa yang aku kata tersebut telah menjadi sebab Allah azwj untuk uji aku semula. Allah azwj ingin melihat keyakinan aku sendiri seperti mana yang dituturkan itu.
Allah telah berfirman:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (QS Al-Ankabut:2-3).
Dikalangan rakan-rakan sekerja, aku dikenali sebagai seorang yang mementingkan SOP bahkan, aku juga senantiasa membawa hand sanitizer sendiri ke mana aku pergi.
Aku tidak pernah walau sekalipun makan di tempat kerja. Selesai tugas, aku mandi dan terus balik. Tanyalah kepada sesiapa yang mengenali aku baik dikalangan staff wad mahupun ketua dan penyelia jururawat. Sungguh mereka benar-benar mengenali aku dan cara aku bekerja.
Dikalangan rakan-rakan satu jemaah pun sama. Banyak kali aku bertelagah dengan beberapa ahli jemaah dalam mempertahankan kewajaran SOP. Bagi aku, mengikuti SOP itu adalah salah satu anjuran dalam agama jika dilihat dari segi keutamaan umat Islam dalam menta’ati ijtihad pemerintah.
Setelah mengambil kemaslahatan umat, maka SOP pun dikeluarkan oleh pemerintah. Keta’atan ini berpahala seperti yang selalu aku katakan kepada rakan-rakan.
Namun, akhirnya aku sendiri yang dijangkiti Covid 19 ini. Pada petang 15 Januari tersebut, tiba-tiba badankuterasa menggigil dan kepala mulai pening serta batuk mula kedengaran seolah-olah ada sesuatu kesat yang tersangkut ditekak aku ini.
Apabila pulang ke rumah, aku memeriksa suhu badan, ternyata demam. Suhu 37.9 darjah celcius. Aku terus memberitahu ketua jururawat ketika itu melalui telefon dan keesokan malamnya diarahkan untuk mengambil ujian swab tekak dan rongga hidung.
Segala-galanya berlaku secara tiba-tiba. Sebelum itu aku sihat seperti tiada apa yang berlaku. Aku tidak lepas untuk bersenam dan berjongging setiap petang.
Namun, dalam sekelip mata badan menjadi letih lesu, kepala menjadi pening sehinggakan tahap kesakitan itu tidak dapat aku terjemahkan dalam apa bentuk perkataan, demam , seram sejuk dan batuk yang sangat mengganggu rutin harian aku.
Sehingga tulisan ini ditulis, aku masih lagi batuk walaupun semakin beransur pulih.
Kecewa?
Tentu ada.
Sakit hati?
Itu yang aku rasa sekarang.
Penat? Ya, memang penat mengawal diri mengikuti SOP dengan ketat dan akhirnya positif.
Lalu aku teringat pesanan terakhir Almarhum Shiekh Ali Jaber Rahmatullahi ‘alaih yang meninggal dunia baru-baru ini dan dijangkiti Covid menjelang akhir hayat beliau.
Dalam video terakhir itu, beliau telah menegaskan bahawa beliau adalah antara orang yang mengikut SOP dengan ketat. Namun, Qadarullah (ketentuan Allah) itu mengatasi segala-galanya.
Masha Allahu kana, wama lam yasha’ lam yakun, wa la hawla wa la quwwata illa biLlahi’l-Aliyyi’l -Azim.
(What Allah wishes happens, and what He does not wish does not; there is neither power nor ability save Allah, the High, the Formidable)
Apa yang Allah azwj berkehendak pasti akan terjadi, dan apa yang Dia tidak berkehendak pasti tidak akan terjadi. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan keupayaan dan kekuatan Allah azwj yang Maha Agung.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [Quran Al-Baqarah: 216].
Demi sesungguhnya, Tuhan menjadi saksi yang aku telah usaha sedaya upaya menjaga diri dari dijangkiti. Dan akhirnya, Covid itu berjaya juga menewaskan aku.
Aku minta maaf daripada kalian semua dan semoga Allah azwj juga mengampunkan segala kesilapan, kecuaian dan kekhilafan aku dalam segala urusan kehidupan ini.
Ada juga yang cuba menyedapkan hati aku, katanya,
“Berehatlah Zamri. Allah tengok kau dah penat. Itu yang Dia bagi kau dan frontliners yang lain ‘chance’ untuk berehat dengan ujian sebegini. Percayalah, Dia nak kau berehat dan tidur sebelum berjuang semula”
Serius, aku menangis mendengarkan perkataan ini.
Mak dan abah, maafkan along kerana telah membuat kalian susah hati. Buat Isteri dan anak-anak, percayalah kekuatan diri ini sebahagiannya telah musnah mendengarkan tangisan kalian bertiga dibalik pintu pagar rumah kita.
Buat adik beradik danrakan-rakan yang terpaksa menjalani pemeriksaan swab tekak dan rongga hidung, aku menyusun sepuluh jari kerana telah melibatkan kalian dalam masalah ini.
Maafkan aku, sungguh dan percayalah aku telah usaha yang terbaik. Namun, yang tidak diingini berlaku juga akhirnya.
Pic : Gambar ini diambil oleh isteri semasa sedang dijemput oleh kenderaan KKM ke Hospital Rembau.
Tiada yang lebih perit mengguris hati ini ketika itu melainkan mendengar tangisan anak-anak di balik pintu pagar.
Setelah beberapa hari berada di wad kuarantin, Zamri memberitahu dirinya kini sudah sembuh dan bebas dari Covid-19 ini. Dugaan diberikan Allah ini membuat dirinya tersedar ada banyak lagi tugasan belum disempurnakan.
Malah Covid juga membuat dirinya insaf bahawa kehidupan adalah satu percaturan dan kita semua adalah pelakon-Nya di pentas dunia.
Nurses : Tiada perahu, Upih pinang aku layarkan.
Alhamdulillah, setelah 8 hari aku dipenjarakan Covid. Kini, aku discaj. Aku bebas untuk mengatur langkah dengan lebih kuat dan berlari dengan lebih kencang lagi.
Covid ini telah membuatkan aku tersedar bahawa banyak lagi tugasan yang perlu aku sempurnakan dengan lebih cepat. Covid ini membuatkan aku insaf bahawa kehidupan hanyalah suatu percaturan yang berbolak balik diantara dua jari-Nya.
Ada kala kita bergelak tawa dan tidak sampai sekelip mata dia mampu menukarkan sebaliknya.
Namun, apa yang pasti selepas ini aku yang sekarang bukanlah seperti aku yang dahulu. Sumpahan Covid ini benar-benar membuat aku menghargai erti senyuman kepada anak-anak sewaktu badan keletihan penat bekerja, benar-benar membuatkan aku faham nilai kasih sayang diantara insan yang mengelilingi kehidupanku sehari-hari.
Tamparan Covid ini juga telah menyedarkan aku yang kehidupan ini hanyalah satu lakonan. Kita semua adalah pelakon-Nya di pentas dunia yang telah pun diberi peluang untuk memilih skrip dan watak yang kita mahu.
Kini, cita-citaku hanya satu.
Hanya satu iaitu ingin menjadi Pelakon Terbaik di mata Allah azwj.
Terima kasih kepada anda semua yang telah mengirimkan doa dari kejauhan tanpa putus-putus. Hanya Dia lah yang mampu membalas jasa anda semua dan membalas semua doa anda dengan sebaik-baik balasan bagi pihak aku.
Buat meneruskan perjuangan ini, aku akan berusaha bersungguh-sungguh dan semampu yang mungkin. Tiada perahu, Upih pinang aku layarkan. Patah paruh, dengan dagu aku tongkatkan.
Nampak lebih manis dan sopan penyanyi, Iera Milpan selepas memilih untuk berhijrah dalam penampilannya.
Siapa sangka, hanya kerana kata-kata daripada seorang ustazah ketika menyampaikan tazkirah ramadan mengenai aurat, mampu menjentik hati penyanyi ini untuk berhijab.
Menurut Iera tau nama sebenarnya, Syahirah Milpan, 22, penghijrahan itu dilakukannya pada awal Ramadan lalu.
“Saya dengar ceramah ustazah berkaitan aurat pada malam tarawih pertama sampai menitis air mata. Esoknya, 1 Ramadan saya terus nekad berhijab.
“Paling terkesan ustazah menyampaikan tazkirah mengenai aurat sambil memandang saya. Reaksi itu seperti ditujukan kepada saya yang sememangnya tidak bertudung.
“Ayat dia terus menusuk ke dalam hati. Sakit! Pada masa sama buat saya tercabar. Saya pakai tudung untuk ke bazar dan kekal sampai sekarang, Alhamdulillah,” katanya.
Mengulas perasaan selepas berhijab, pelantun lagu Retak Hatiku itu mengakui lebih tenang selain mengharapkan dirinya kekal istiqamah.
“Saya rasa tenang selepas berhijab. Kalau boleh mahu kekal begini.
“Setiap hari saya berdoa moga kekal istiqamah. Risau juga jika hati berbolak-balik nanti.
“Pada masa sama, saya tiada masalah menggayakan tudung mengikut gaya terkini. Tudung pun sudah beli banyak sebelum ini,” katanya.
Iera turut menzahirkan rasa syukur kerana ibunya menyokong perubahannya, begitu juga peminat di aplikasi TikTok.
“Risau sebenarnya tetapi mak selalu bagi semangat suruh pakai tudung. Mak minta saya berhijab ketika buat persembahan tetapi saya degil.
“Saya juga dapat banyak komen positif daripada pengikut dalam TikTok, mereka suka dan puji imej terbaharu ini.
“Kalau ada apa-apa teguran yang negatif, saya akan perbaiki dan berusaha jadi lebih baik,” katanya.
Begitulah bila sampai waktunya, semua orang mampu berubah ke arah yang lebih baik. Sokong dengan pilihan Iera Milpan dalam penampilannya, moga terus bahagia dengan keputusannya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.