Biasanya cara nak buang whitehead dan blackhead ini adalah dengan menggunakan masker. Namun ada sesetengah orang, dia lebih suka guna jimatkan kos dengan memilih menggunakan bahan-bahan alami.
Jadi di sini kami nak kongsikan salah satu cara yang berkesan dan menjimatkan untuk anda membuang whitehead dan blackhead. Serius, bajet cuma RM0.40 saja!
Haa… macam tak percaya, tapi inilah petua yang telah diamalkan sejak sekian lama oleh Puan Yanie Rosdi.
Jom kita tengok perkongsian tips daripada beliau selengkapnya di bawah.
Okay, pastikan anda sediakan bahan-bahan ini dulu dan kemudian boleh sapu pada bahagian yang anda rasa ada masalah whitehead dan blackhead.
CARA-CARA:
Berikut adalah step-by-step membuang whitehead dan blackhead dengan cara kilat.
1. Asingkan Putih Telur
Mula-mula, asingkan telur putih daripada kuningnya. Kita akan gunakan yang bahagian putih ya.
2. Rendamkan Kapas
Seterusnya, ambil kapas muka tadi dan rendamkan ke dalam telur putih yang telah diasingkan.
Agak-agak rendam sampai kapas dah larut dengan semua putih telur.
3. Wapkan Muka Dengan Air Suam
Sementara itu, wapkan muka dengan air suam. Langkah ini penting untuk buka pori supaya lebih terangkat.
4. Tepekkan Kapas
Kemudian, tampalkan kapas bertelur di sekitar zon T dan tunggu sehingga 1 jam atau hingga kapas mengering.
Kalau nak cepat, boleh duduk depan kipas supaya kapas lebih cepat kering.
5. Angkat
Beginilah hasilnya. Segala whitehead dan blackhead akan terangkat bila kapas dah mula mengering dan ditarik keluar. Kulit muka pun akan terasa lebih licin dan segar.
Cuba buat dengan konsisten seminggu 2 kali dan tengok hasilnya nanti.
Mudah dan jimat, bukan? Inilah tips kecantikan yang ringkas tetapi tetap mujarab. Mudah-mudahan ramai yang dapat mencubanya sendiri di rumah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki raut wajah yang manis, Faezah Elai antara pelakon wanita cantik tanah air. Malah baru-baru ini makin terserlah keanggunan penampilannya dengan bertudung tanpa secalit mekap.
Ternyata aktres berbakat besar ini kelihatan awet muda walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata.
Melihat tubuh badannya yang tetap kurus, nampaknya dia memang orang yang pandai menjaga tubuh badan. Mula mewarnai industri seni sebagai model sekitar tahun 2006, Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai bakal berusia 41 tahun pada 16 Ogos akan datang.
Pelakon kacukan Punjab-Thailand ini memulakan karier seni selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 yang turut bersama Scha Alyahya, Izreen Azminda, Intan Ladyana.
Faezah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanifah pada September 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan iki dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna.
Sejak berkahwin, tumpuannya lebih kepada anak-anak dan keluarga. Malah menerusi pendedahan sebelum ini kepada media, Faezah mengakui bahawa dia seorang ibu yang tegas dalam mendidik anak-anak dan tidak kisah dilabel ibu garang.
Iyalah, ibu mana tak sayang anak! Pastinya di sebalik sifat garang tersebut, tersimpan segunung rasa sayang terhadap anak yang dikandung.
Kian bahagia melayari rutin sebagai ibu, aktres ini pada 6 Februari lalu menitipkan ucapan istimewa buat puteri sulung sempena ulang tahun kelahiran ke-10, Dealova.
Syukur atas anugerah terindah dan penyeri rumah tangga itu, “To the one who made me a mom. 10 years ago on the 6th February 2013, I gave birth to my first child Dealova Heyrinna Heykal. How time flies.
From the moment I became a mother, my purpose has been to love and protect my baby girl with everything I have.”
Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni, pelbagai drama, telefilem dan filem dibintangi Faezah Elai termasuklah Sutera Maya, Anak Mamak Menantu Mami, KL Zombi dan Tanda Putera.
Haa… jadi, wanita yang sudah punya anak pun boleh maintain jaga penampilan dan wajah ya. Bukan untuk orang lain tetapi untuk kepuasan sendiri dan mungkin pasangan kita pun tak jemu memandang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rupanya suaminya selalu bersenam bersama, patutlah Fasha Sandha dapat berat ideal dengan cepat dan berkesan.
Betul orang kata, kalau kita sedang bahagia dan selalu dapat sokongan suami, semua benda jadi mudah!
Sebab hakikatnya tak mudah nak nekad dan dapat semangat untuk istiqomah jaga makan dan amalkan gaya hidup sihat. Nak-nak pula selepas kahwin dan punya anak-anak.
Namun tidak bagi pelakon jelita, Fasha Sandha. Fasha sememangnya menjadi inspirasi buat para wanita terutamanya kerana berjaya mendapatkan bentuk tubuh ideal dalam tempoh singkat.
Kata Fasha, dia sangat bersyukur kerana suaminya sentiasa berada di belakang dan memberi sokongan terhadap apa juga keputusan yang diambilnya.
“Saya bersyukur kerana Aidil tidak pernah mempersoalkan atau merungut biar apa pun bentuk tubuh saya. Berisi ke kurus ke, Aidil sentiasa memberikan sokongan kepada saya.
“Lebih istimewa, dia yang melatih dan bersama-sama bersenam bersama saya. Dalam masa sama, kami berdua dapat meluangkan masa berkualiti sebagai suami isteri,” katanya.
Tidak lokek untuk berkongsi rahsia bentuk tubuh yang semakin langsing, kata Fasha, dia terpaksa menurunkan berat badan secara maksimum kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dia kurus mendadak.
Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia berjaya menurunkan 10 kilogram (kg) kerana mengamalkan diet pemakanan yang ketat selain baru saja selesai menjalani ibadah berpuasa.
“Saya terpaksa kurus untuk satu projek drama bulan ini. Syarat dalam drama itu saya kena nampak kurus dan sudah menandatangani kontrak.
“Saya tidak ambil ayam dan daging pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya cuma makan ikan saja. Tapi, Sabtu dan Ahad saya akan makan apa saja. Saya masih makan nasi kerana memerlukan tenaga, cuma pengambilan itu dalam kuantiti yang terkawal,” katanya.
Fasha juga tidak mahu dilihat seperti orang sakit seperti yang dikatakan segelintir peminatnya dan mengawal bentuk badannya supaya tidak kelihatan terlalu kurus.
“Harap saya boleh kekalkan bentuk badan seperti sekarang. Takut juga lupa diri sebab saya senang naik berat badan sebenarnya,” katanya.
Bercerita mengenai keluarga, Fasha memaklumkan bahawa dia belum bersedia menambah anak kerana komitmen kerjanya bersama Aidil yang sudah terisi hingga tahun depan.
“Saya tahu Aisya mahukan peneman, cuma buat masa ini belum boleh lagi untuk menambah anak. Saya perlu melunaskan kerja dan begitu juga dengan Aidil.
“Nanti jika bercakap ada yang menganggap saya bermegah, cuma apa yang boleh saya katakan jadual kerja sudah terisi sehingga tahun depan. Insya-Allah sekiranya sudah selesai tanggungjawab, baru saya boleh memikirkan untuk menambah cahaya mata,” katanya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.