Sekarang Shila Amzah atau Nurshahila binti Amir Amzah dilihat cukup aktif di laman sosial dengan perkongsian aktivitinya bersama anak, kekasih dan rakan-rakan rapatnya.
Namun baru-baru ini kisahnya menjadi buah mulut netizen selepas ayahnya iaitu Nd Lala telah berkahwin satu lagi, yang mana ibu tirinya itu merupakan bekas kawan baik Shila semasa dibangku sekolah.
Shila Amzah Trauma, Dedah Pernah Didera Emosi Dan Fizikal
Setakat ini Shila masih berdiam diri dengan isu tersebut walau hangat diperkatakan. Namun semalam, Shila membuat live di tiktok miliknya dan memberitahu sesuatu yang mengejutkan buat peminatnya.
Ads
“Sha nak bagi tahu korang satu benda, Sha adalah mangsa penderaan. mangsa dera emosi, mangsa dera fizikal, mangsa dera financial, semua. Jadi nama-nama yang korang selalu sebutkan itu menyumbang 50 peratus daripada trauma yang Sha kena hadapi sampai hari ini. Dia merangkumi semua, boyfriend, suami, family.” Kata Shila dengan air wajah yang berat.
Ads
Shila memberitahu bahawa dia merupakan mangsa dera emosi, fizikal serta kewangan. Namun Shila tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana khuatir akan membuka aib serta tidak mahu perkara ini menjadi besar.
Tambah Shila lagi, tidak mudah menjadi anak sulung kerana sering bermain dengan emosi serta tekanan. Namun perkara itu tidak dapat diluahkan olehnya. Tanggungjawab sebagai anak sulung sangat besar sehingga mengabaikan emosi sendiri kerana ingin menjaga emosi orang lain.
Ads
Kalau dilihat gaya luahannya, dia seolah-olah menyimpan satu rahsia yang cukup besar kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.
Apa pun Rapi mendoakan moga kehidupan Shila lebih tenang dan bahagia bersama orang tersayang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan ramai yang menggemari hidangan mi segera sebagai pilihan menu paling ringkas dan cepat untuk disediakan.
Namun dikatakan mi segera ini tidak elok untuk dimakan kerana kandungan Mono Sodium Glutamate (MSG) tinggi yang tidak sihat.
Walau bagaimanapun, CHM Dr Fatimah Salim, Pensyarah Kanan Kimia & Penyelidik UiTM ini menjelaskan cara terbaik untuk kita menikmati mi segera tanpa risau.
Menurutnya ramai yang takut untuk makan mi segera kerana kandungan MSG yang tinggi. Tetapi sebenarnya mi segera tidak berapa nak bagus bukan hanya disebabkan MSG yang tinggi sahaja, itu juga disebabkan kandungan sodium yang tinggi.
“Kandungan sodium yang tinggi datang daripada garam sendiri atau daripada perisa-perisa yang lain.
“Mi segera itu sendiri mengandungi karbohidrat, protein ditambah dalam itu dan juga lemak. Dia bukan makanan yang berkhasiat sebab tidak ada nutrisi penuh diperlukan untuk kesihatan. Jadi sekali sekala makan tidak salah.
“Cuma tambahkan sayuran hijau tambahkan telur ikut kesukaan untuk menikmati. makan bersederhana dan ingat mi juga diletakkan minyak di bahagian luar supaya tidak bergumpal,” ujarnya dalam satu perkongsian video satu minit.
Setiap kali melihat orang lain berpenampilan langsing, hati terdetik kenapa diri tidak boleh jadi seperti itu.
Dek kerana mahu berubah dan menjalani hidup lebih sihat memberikan azam kepada wanita ini untuk tampil dengan berat badan ideal.
Sememangnya niat Nadia Ismail, 32 tahun untuk kurus adalah kerana mahu menjalani gaya hidup lebih sihat. Maklumlah ada sedikit rasa cemburu tatkala melihat penampilan rakan-rakan lain yang kurus dan langsing.
Tidak menunggu lama untuk berubah, bermula 1 Januari 2021 lalu bermulalah perjalanan diet bagi dirinya.
Justeru dia terus mengubah minda terlebih dahulu jika mahu kurus kena bermula dengan menjaga yang diambil.
“Saya start diet bermula 1/1/2021 dengan berat ketika itu 85 kilo. Dan sekarang berat saya sekitar 59 kg. Untuk tempoh setahun berdiet ini saya telah berjaya melenyapkan hampir 26 kg.
“Sebaik memulakan diet, saya memang terus menjaga pemakanan. Saya amalkan diet suku-suku separuh, cut terus air manis dan segala macam kuih-kuih dan juga kek.
“Bukan itu saja, saya tinggalka terus fast food, tidak ambil roti canai dalam tempoh 6-7 bulan itu.
“Kalau teringin sangat nak makan, saya ambil sikit saja sebagai kata orang rasa-rasa,” katanya yang sekarang bila berat sudah turun, barulah berani ambil sekali sekala makanan berkenaan.
Menurutnya, kuih-muih dan air minuman manis inilah penyumbang utama badan seseorang itu menjadi gemuk.
“Permulaan diet itu memang saya buat dengan cara kira kalori makanan diambil. Selain itu, saya juga buat senaman workout seperti skipping, tabata, walking, hiking dan sekarang lebih gemar aktiviti berbasikal.
“Aktiviti berbasikal pula kini sudah jadi hobi yang menyeronokkan. Setelah hampir setahun amalkan gaya hidup sihat, alhamdulillah saya berjaya dapat berat ideal. Kalau boleh mahu kurang lagi,” tambahnya yang berkata minum air kosong juga menjadi amalannya sehinga kini.
Jelas Nadia, dia mahu kurus bukan untuk sihat semata-mata, tetapi mahu kelihatan cantik untuk suami.
Pesannya lagi untuk menjalani proses diet ini minda dan jiwa kena kuat. Selain itu seseorang juga perlu sentiasa berdisiplin terutama dalam menjaga pemakanan. Ini kerana jika tidak segara usaha dilakukan hanyalah sia-sia.
Sebagai wanita normal, pasti kita akan melalui fasa kitaran haid setiap bulan. Namun pernahkah anda mendengar mitos mengenai kedatangan haid yang dianggap kotor dan mengundang kemarahan.
Ini dikatakan terjadi di satu kawasan pedalaman di Nepal, di mana wanita yang sedang mengalami haid tidak boleh tinggal di dalam rumah.
Menurut mitos masyarakat tempatan, wanita haid di anggap “kotor’ dan akan mengundang kemarahanTuhan. Jika mereka ingkar, malapetaka akan berlaka pada keluarga tersebut.
Mereka akan bermalam di pondok kecil yang di bina di luar rumah. Menyedihkan, mitos ini menyebabkan ada wanita yang mati kesejukan di luar rumah.
Adakah kitaran haid ini satu hukuman buat wanita sehingga begitu banyak pantang larang yang di kaitkan dengan keadaan normal fisiologi wanita ini?
Satu perkongsian mengenai “Apa Yang Wanita Perlu Tahu Ketika Period /Datang Haid” telah dikongsi oleh lebih 70 ribu netizen.
Adakah benar apa yang di dakwa oleh laman ini?
Ikuti kupasan ringkas dan santai dari PHM
1. MITOS- Jangan memcuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka ketika datang haid dan boleh menyebabkan sakit kepala/ kepala masuk angin.
FAKTA-Mencuci rambut ketika haid tidak menyebabkan kepala masuk angin. Liang rambut TIDAK terbuka semasa haid. KEBERSIHAN perlu di beri keutamaan semasa haid (PENTING!!)
2. MITOS – Jangan makan timun ketika sedang period kerana getah yang ada pada timun akan menyebabkan darah haid tersisa di dinding rahim..
FAKTA- Makan timun semasa haid TIDAK akan menyebabkan sebarang kesan pada dinding rahim kerana saluran pencernaan (perut, usus, dubur) TIDAK bersambung dengan rahim anda.
3. MITOS- Semua minuman sejuk tidak boleh diminum kerana boleh menyebabkan darah menjadi beku dan terlekat pada dinding rahim.
FAKTA- Minum minuman sejuk bukan punca darah membeku. Seperti mana penerangan untuk mitos timun, air yang di minum akan melalui perut dan usus dan TIDAK mengalir ke rahim.
4. MITOS- air kelapa juga tidak boleh diminum disaat sedang datang haid kerana air kelapa bersifat sejuk dan akan menjadikan rahim anda sejuk.
FAKTA: Cuba bayangkan wanita yang tinggal di negara beriklim sejuk. Rahim nak sorok di mana? Minum air kelapa TIDAK menyebabkan rahim sejuk
5. Minuman bergas separti cola, pepsi dan apa saja yang bergas adalah tidak digalakan sama sekali diminum ketika haid. Selepas 5-10 tahun akan menyebabkan kanser rahim.
FAKTA – Minuman berkarbonat biasanya mengandungi kandungan gula yang TINGGI. Sama ada anda sedang haid atau tidak, kurangkan pengambilan makanan yang manis.
6. MITOS Ketika haid, tubuh tidak boleh terhantuk, terjatuh, dan terpukul dari benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka.
FAKTA : Sekiranya impak pukulan di bahagian perut benar benar kuat, sesiapa saja berkemungkinan mengalami kecederaan tidak mengira sedang haid atau tidak.
Menjadi tanggungjawab kami untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai infomasi yang tepat.
Walaupun impak mitos mitos ini TIDAK sehebat mitos di Nepal, tetapi sampai bila kita hendak hidup dalam alam khayalan mitos?
Haid adalah satu kitaran normal bagi fisiologi wanita.
Dalam agama Islam sendiri, wanita yang sedang haid di beri keringanan untuk berehat dari ibadat sebagai penghargaan buat wanita.
Mengapa kita perlu menyukarkan golongan wanita dengan saranan yang tidak berasas?