Kata orang kalau nak sedap hasil masakan, masak perlu gunakan periuk kegemaran atau dipanggil periuk legend.
Biasanya periuk sudah lama digunakan dengan kondisi permukaan agak sudah hitam dan sedikit berkerak.
Namun tahukah kita adakah selamat menggunakan periuk lama ini dan kesannya pada kesihatan kita.
Ahli kimia yang juga Pengasas dan Pentadbir Makmal Makanan (MaMa), Dr Fatimah Salim berkongsi menegnai perkara ini di laman sosial Facebooknya dengan menjelaskan lapisan hitam itu sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan sebati tanpa disental atau dikikis.
Gambar sekadar hiasan.
ADA APA DENGAN KUALI HITAM LEGEND??
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Ads
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Ads
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Bagi Azura Hamid, dia memulakan perjalanan dietnya ketika PKP 1.0 setahun lalu. Menurutnya genap 6 bulan latihan bersama Coach, dia berjaya menurunkan berat 20 KG.
Dan selepas itu dia mencuba diet sendiri tanpa pemantauan dan hasilnya berat badan masih lagi maintain.
Berkongsi laman sosial melalui grup Diet Suku-Suku Separuh (DSSS), Azura memberitahu caranya untuk kekal dengan berat badan sebelumnya.
Cara Nak Maintain Berat Badan Sebelumnya
Semalam (12.3.2021) genap setahun mengamalkan diet cara sihat..alhamdulillah
Masih lagi di fasa maintain.. dalam setahun ni kadang berat naik dan turun.. area 57 kg – 60 kg.. kalau naik sampai 60 kg, cepat-cepat on track balik sebelum terus masuk ke lautan dalam..kalau nanti²..cepat je kot dia cecah 70kg…sebab tu fasa maintain ni lagi mencabar dari fasa nak turunkan.
Pernah orang tanya kenapa beria-ria nak turunkan berat badan..??? makan kena ikut portion.. kena dsss.. itu tak boleh makan ..ini tak nak makan.. aishh.. ruginye…..makan la selagi boleh makan.. dah sakit nanti dah tak dapat makan..sayangnya kat lemak² yang terkumpul…
Ikut la pendapat dan cara pemakanan masing-masing… Sedaya upaya kita tak mau lagi berat macam zaman lampau.. sebab dulu selalu sakit kaki.. cepat penat.. cepat mengantuk.. sakit kepala.. tak best rasanye macam tu.. badan rasa tak cergas
Okey gais…sebelum ni kita pernah share kat group ni fasa kita turun kan berat badan.. sekarang kita nak share pulak macam mana kita buat untuk fasa maintain
– Setiap hari mulakan sarapan pagi dengan kalori rendah..contoh ambil rotiwm/telur/susu/buah/oat – Lunch Cara dsss.. tetap makan nasi – Dinner sebelum maghrib. kalau time lunch dah amik nasi..time dinner skip nasi.. ganti dengan makanan lain..contoh.. sup sayur.. ratah lauk² je/makan ikan/ayam grill je + sayur/salad – Snacking.. amik sebiji buah epal ke atau biskut hi fiber 2 keping..cukup dah – Minum air kosong 8 gelas sehari – Workout seminggu kita buat 3 kali je..ride/joging/aerobik/tabata/skipping – Sabtu ngan ahad kita cheatday…
Biasanya orang guna pensel celak nak lebatkan kening yang tak begitu menyerlah, tetapi kali ini anda boleh cuba sapu minyak pula untuk naikkan seri bahagian mata.
Apa caranya?
Ini Cara Lebatkan Kening
Haa.. bagi yang suka jenis nampak kening lebat, anda tak perlu lukis tebal-tebal ya. Ada cara semula jadi yang boleh membuatkan bulu kening anda jadi lebat dan tebal.
1. Minyak kelapa
Minyak kelapa semakin popular digunakan bagi kecantikan terutamanya melebatkan rambut dan bulu kening.
Minyak ini juga kaya dengan protein serta nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang dapat melebatkan bulu kening selain menjadikan sihat. Jadi anda boleh sapu minyak ini pada kening setiap hari sebelum tidur atau waktu pagi sedang keluar ke mana-mana.
2. Tea Tree Oil
Sama juga dengan minyak kelapa, tea tree oil dipercayai boleh merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening dengan meningkatkan kesihatan sel dan folikel.
Untuk mendapatkan hasil yang ketara, sapukan tea tree oil pada bulu kening sebelum tidur dan biarkan semalam.
3. Minyak lavender
Minyak lavender yang disapu pada bulu kening dapat menguatkan akar bulu daripada gugur. Wangi tau minyak ini, nanti kesannya anda tidur pun lena sebab sifat minyak ini untuk tenangkan diri dan mudahkan lena.
4. Minyak zaitun
Minyak zaitun mengandungi vitamin A dan vitamin E yang dapat membantu pertumbuhan rambut. Vitamin E memberi nutrisi setiap helaian rambut, sementara vitamin A dapat merangsang penghasilan sebum, minyak semula jadi tubuh yang membantu pertumbuhan rambut.
Menyapu minyak zaitun sebagai cara menebalkan alis secara semula jadi boleh dilakukan setidaknya sekali sehari untuk melihat hasil yang maksimum dalam tempoh hanya seminggu.
Tak susah pun nak cantikkan kening tanpa main lukis-lukis, anda sapu sahaja minyak di atas ini ya. Semoga hasilnya dapat memuaskan anda!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuci wajah guna tomato, rahsia cantik Mas Idayu walau usia dah cecah 50 tahun. Minggu lepas berlangsung penuh meriah majlis perkahwinan Ratu Dangdut, Mas Idayu dengan pasangannya Muhammad Suffian Che Isa, yang turut dihadiri rakan selebriti kedua-dua pasangan berkenaan.
Setelah 16 tahun hidup sendiri, Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy bersedia untuk menerima insan lain dalam hidupnya.
Terpancar kegembiraan dan kejelitaan di wajah Mas Idayu yang memilih persalinan rona merah jambu untuk akad nikah dan rona putih untuk majlis resepsi bertema fairytale.
Walaupun usia sudah mencecah 50 tahun, tetapi Mas Idayu tetap kelihatan menawan dan tampil berseri-seri dengan persalinan pengantin.
Bergelar selebriti lebih dua dekad, penyanyi yang popular dengan lagu Senggol-Senggolan ini rupanya sangat menjaga kecantikan wajah sejak dari muda lagi.
Dalam satu perkongsian dengan Nona di TV3 dulu, Mas Idayu berkongsi petua lama menjaga kecantikan wajah.
Menurutnya sebaik saja habis sesuatu pertunjukan pentas, dia akan segera mencuci wajah daripada solekan yang dipakai sebelum itu.
Jika dia terlepas pandang perkara ini yang akan menyebabkan kulitnya menjadi bermasalah.Dan Mas Idayu juga lebih gemar kulit wajahnya sentiasa free dari mekap jika tidak ada sebarang kerja-kerja seni.
Untuk menjaga kecantikan wajah pula, dia sangat gemar makan tomato mentah yang akan diratah begitu saja tidak kira tomato muda atau yang tidak berapa masak.
Selain itu dia juga turut manfaatkan tomato yang sudah masak dengan ramas dan menghancurkannya, kemudian disapu ke seluruh wajah. Amalan tradisional ini dilakukan setiap pagi dan telah dibuat sejak dia berusia belasan tahun lagi.
Mas Idayu lebih gemar menggunakan cara tradisional ini untuk merawat wajah tanpa menggunakan produk rawatan lain seperti suntikan botox atau vitamin C.
Walau Usia Dah Cecah 50 Tahun
Dalam perkongsian berkenaan, Mas Idayu turut berkongsi senaman dilakukan sebelum masuk tidur.
Senaman ini adalah dengan cara baring dahulu kemudian angkat kaki ke bawah punggung sedalam mungkin. kemudian tarik kaki kita ke bawah punggung sampai badan terangkat. Buat beberapa kali untuk hasil lebih efektif.
Sebelum majlis perkahwinannya juga, mas Idayu turut mengadakan majlis adat bersiram dan berinai di sebuah hotel sebagai persiapan sebelum menjelangnya hari bahagia Jumaat lalu.