Nampaknya peluang cerah untuk mereka yang menderma darah lebih dari 50 kali utuk mendapat vaksin covid-19 lebih awal.
Menteri Kesihatah, Datuk Seri Dr Adham Baba menjelaskan, ia selepas permintaan penderma darah untuk diberi keutamaan menerima vaksin menjelang fasa dua tidak lama lagi.
Foto: Bernama
“Untuk kategori penderma darah kita rencanakan vaksin awal, mereka yang telah menderma darah lebih 50 kali kita akan beri mereka tampil untuk diberi vaksinasi awal Fasa 2.
“Atau kalau mereka 60 tahun ke atas atau mereka ada comorbid, tidak derma darah, jadi mereka boleh dapatkan vaksin sebagai insentif kerana kebaikan mereka menyumbang kepada negara terutama sekali mereka yang memerlukan transfusi darah,” katanya semasa sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Darah Negara pada Jumaat.
Ads
Untuk makluman, mereka yang belum mendaftar untuk penerimaan vaksin percuma bolehlah terus mendaftar di MySejahtera dan akan diberitahu bila akan menerima suntikan itu nanti.
Setakat ini, sudah hampir lebih 3 juta sudah mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di aplikasi ini.
Usianya baru mencecah 21 tahun tetapi berat badannya sangat membimbangkan. Malah dia selalu membayangkan orang akan ingat dirinya sedang mengandung.
Sebelum ini cuba untuk menurunkan berat badan tetapi kebanyakan tidak menjadi. Dia juga selalu komplain berharap dirinya boleh kurus, tetapi usaha dan motivasi kurang menyebabkan impian tak kesampaian.
Malah gadis ini juga pernah menangis lihat dirinya sebelum ini. Dan kini apabila sudah mendapat berat ideal, dia sangat bangga dengan dirinya sendiri.
Ini cara dilakukan oleh Nur Rasyiqah yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 24 kg dalam masa 4 bulan, terutama dalam bab menjaga pemakanan dengan menggunakan kaedah diet suku-suku separuh.
Kalau dulu berat gadis ini sekitar 87 kg dan kini hanya 63 kg. Pencapaian yang sangat menakjubkan, namun segalanya adalah dengan semangat juang yang tinggi.
Sarapan, 8 pagi – Telur rebus 2 biji atau 3 biji – Telur boleh digantikan dengan roti gandum penuh dengan mentega kacang tanpa gula atau rolled oat dengan susu rendah lemak
Snacking, 10 pagi – Ambil buah untuk snek, epal atau jambu batu – Kacang (bakar)
Makan tengah hari, 1 atau 2 petang – Nasi suku (nasi putih biasa je), awal-awal diet Syiqah memang tak tinggal nasi – Lauk separuh (rebus, bakar), boleh ambil ikan atau ayam , Syiqah lebih banyak makan ikan dari ayam – Sayur (salad atau timun Jepun ), janji ada fiber (serat), tak tumis-tumis, sayur sahaja.
Makan malam, 6 petang atau 8 malam – Makan malam pula, Syiqah memang tak ambil makanan berat, makan telur 2 biji untuk alas perut sampai esok. Kalau taknak telur, boleh gantikan juga dengan protein tanpa karbohidrat. Contohnya ikan dan sayur; atau ayam dan sayur.
Senaman Rutin harian Syiqah memang wajib bersenam, seminggu 1 hari je Syiqah rehat. Senaman Syiqah selalu rawak je, tapi kalau dekat Youtube tu, Syiqah selalu tengok Chloe Ting.
Tapi mula-mula Syiqah cuma buat:
– Plank
– High knees
– Jumping jack
– Jumping (macam skipping, tapi takde tali haha, ni kelakar, tapi berpeluh okay. Saya cuma malas nak pakai tali)
Waktu bersenam: – 15 – 30 minit minimum – 40 minit – 1 jam maksimum
Pantang larang Menurut Rasyiqah, dia kurang menggemari konsep cheatday, terutamanya jika khuatir tidak dapat mengawal diri untuk menjaga pemakanan pada hari tersebut.
“Pantang larang masa diet, jangan letakkan cheat day sebagai alasan hilangkan tekanan. Syiqah ada 2 hari je cheat day.
“Sebab ada sesetengah orang berdiet, setiap minggu ada cheat day atau sebulan sekali. Kalau nak kesan yang lebih cepat, jangan ada cheat day lebih baik.
Ini kerana disebabkan cheat kadang-kadang orang tak sedar boleh rosakkan diet seminggu. Seharian kita bebas makan apa je kita nak, jadi pengambilan kalori kita dalam tak sedar mungkin dah berlebihan, jelasnya.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, tiada masalah bagi mereka yang yakin mampu untuk mengawal diri agar tidak berlebihan ketika cheat day.
Selain senaman kardio seperti berlari, berbasikal atau hiking, senaman burpees juga dikatakan lebih cepat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Senaman yang menggunakan hampir seluruh otot mempunyai banyak manfaat dan sangat berkesan untuk membakar lemak degil terutama di bahagian perut dan paha.
Nampak mudah tetapi senaman ini sebenarnya amat memenatkan jika dilakukan tanpa henti.
Ayuh kita lihat kebaikan senaman burpess yang sangat berbaloi melakukannya di rumah saja.
Antara kebaikan senaman burpees adalah :
Memang berbaloi dengan kepenatan yang anda hadapi bila anda lakukan burpees. Ini kerana ia adalah antara senaman yang terbaik untuk seluruh tubuh (total body workout).
Antara kawasan otot yang dapat dilatih dalam senaman burpees adalah bahu, lengan, abdomen, hamstring, gluteus dan quadriceps.
Antara kelebihan senaman burpees ialah ia merupakan latihan kardio dan kekuatan dalam satu rutin.
Ini menjadikan senaman ini sesuai bagi membakar kalori dan lemak. Dalam satu minit, senaman burpess berupaya untuk membakar lemak kira-kira 15 kalori!
Ramai yang inginkan bahagian perut yang lebih kempis dan abdomen yang lebih berotot. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan rupa fizikal yang menarik semata-mata, malah kekuatan abdomen sebenarnya sangat penting bagi meningkatkan kestabilan badan dan mengurangkan risiko kecederaan.
Jika anda mencari senaman yang dapat fokus pada abdomen, anda bolehlah mencuba burpees!
Burpees bukan sahaja dapat melatih otot abdomen bagi meningkatkan kestabilan badan, malah ia juga baik bagi membaiki postur badan.
Pergerakannya yang menggunakan banyak otot pada satu masa juga dapat melatih badan untuk lebih fleksibel.
Bila anda lakukan burpees secara konsisten, anda pasti akan rasa badan lebih kuat dan fleksibel serta kesihatan anda lebih meningkat.
Senaman burpees merupakan antara senaman intensiti tinggi yang paling baik bagi meningkatkan kesihatan jantung.
Senaman ini memerlukan kadar oksigen yang tinggi berbanding senaman lain.
Ketika anda melakukan burpees, jantung anda akan berfungsi dengan lebih kuat bagi membekalkan tenaga pada pelbagai otot.
Para saintis juga sering menggunakan burpees bagi mengukur tahap kesihatan kardiovaskular seseorang.
1. Berdiri dengan keadaan tangan di sisi.
2. Lakukan squat sehingga tangan mencecah lantai.
3. Gunakan tangan bagi menyokong badan. Lompatkan kedua-dua kaki ke belakang. Pastikan kaki anda landing dengan keadaan badan dalam posisi plank.
4. Lakukan 1 push up kemudian kembali pada posisi plank.
5. Lompatkan kaki semula ke hadapan menghampiri tangan. Posisi anda perlulah kembali pada keadaan squat.
6. Bangkit daripada lantai dan lompat ke udara. Posisi terakhir anda mestilah dalam keadaan berdiri tegak.
7. Ulangi pergerakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing.
Seperti senaman lain, keberkesanan senaman burpees akan anda dapati jika anda lakukan dengan betul. Ini juga penting bagi mengelakkan kecederaan.
Antara tips penting bagi yang ingin mulakan senaman burpees ialah :
1. Jangan paksa diri. Mulakan dengan perlahan dan ulangan yang sedikit dahulu. Bila badan sudah biasa, barulah tambah lagi ulangan.
2. Untuk beginner, anda bolehlah mulakan dengan 8 ke 10 kali ulangan dalam 1 set. Berhenti sebentar untuk berehat jika mahu ulangi set.
3. Jangan lakukan pergerakan terlalu cepat. Disebabkan senaman ini memerlukan badan anda untuk turun lakukan push up, burpees dapat mengakibatkan tekanan pada pergelangan tangan dan bahu. Hati-hati dengan kelajuan senaman supaya otot tak cedera.
Jangan main-main, hanya sebab tak cukup tidur kesannya boleh membawa kepada masalah perut buncit. Macam pelik tetapi ini benar.
Ya, da orang memiliki tubuh yang kecil tetapi bahagian perut kelihatan sedikit buncit. Apatah lagi bagi wanita yang sudah melahirkan beberapa orang anak.
Ada juga masalah ini disebabkan faktor pengambilan makanan seperti bergoreng atau makanan segera yang banyak dijual sekarang ini.
Masalah perut buncit ini memang sukar untuk diatasi memandangkan pelbagai cara telah dibuat ia tetap tidak berhasil.
Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar memberitahu penyebab sebenar masalah ini dan turut dikongsi 7 cara boleh dipraktikkan untuk hilangkan buncit tersebut.
Uish bukan senang nak kempiskan perut. Nak naik kejap jer. Bila nak turun bukan main susah.
Susah bukan kerana kompleks sangat. Tapi sebab cara tak kena. Apakata cuba 7 cara di bawah. Untung untung mengempis jadinya.
1. Makan makanan tinggi protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak. Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”
2. Kena bijak urus stres. Stres ni akan keluarkan hormon kortisol. Hormon ini hobi dia ialah kumpulkan lemak. Mau tak membesar perut jadinya. Happy sungguh kortisol buat kerja kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata masa buat rumah. Ditempek tempek.
Dia juga dengan bangganya bantu naikkan selera makan. Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.
3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”
Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem. Seronok dia kumpulkan lmak juga.
4. Senaman – angkat berat, aerobik dapat cepatkan misi kempiskan perut.
5. Tidur – kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam. Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”
6. Ambil lemak ikan – jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.
7. Ambil makanan tinggi serat – serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini. Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.
Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu?
Kalau tak, bila mahu bertindak? Ini adalah pesanan khidmat masyarakat. Tidak ada binatang atau serangga yang mati semasa penulisan ini dilakukan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.