Jerawat adalah musuh wanita yang paling ditakuti. Kemunculannya dianggap sebagai perkara paling menakutkan kerana boleh mencacatkan penampilan.
Pantang nampak walau sebiji pasti kita akan memicitnya, terutama di sekitar bahagian hidung.
Tetapi sebenarnya memicit jerawat di kawasan hidung yang dianggap sebagai kawasan segi tiga ini sangat berbahaya.
Menurut doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.
Ads
Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Ads
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.
Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
Ads
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung.
Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Pernah atau tidak anda berhadapa situasi tangan sering berpeluh. Apa punca sebenar masalah ini dan bahayanya jika tidak diatasi segera.
Ikuti penjelasan Dr Zubaidi Hj Ahmad berkenaan masalah tangan berpeluh atau dikenali dengan Hyperhidrosis ini.
Berpeluh merupakan sesuatu yang biasa bagi seseorang manusia, namun keadaan berpeluh boleh menjadi satu masalah yang serius sekiranya didapati berlebihan terutama pada bahagian tangan dan ia dikenali sebagai Hyperhidrosis.
Masalah seperti ini boleh menganggu aktiviti harian bagi mereka yang mengalaminya terutama bagi masalah tangan berpeluh.
Masalah tangan berpeluh atau dikenali sebagai Hyperhidrosis adalah masalah dimana seseorang individu menghasilkan peluh yang lebih banyak berbanding dengan mereka yang normal sehingga boleh mengganggu aktiviti harian.
Masalah ini boleh berlaku seawal peringkat usia kanak-kanak atau remaja. Bahagian anggota badan yang boleh mengalami masalah berpeluh yang banyak adalah seperti tapak tangan, tapak kaki, ketiak dan muka.
Keadaan ini sebenarnya boleh membawa kepada tekanan perasan, perasaan malu untuk bersosial dan gangguan terhadap prestasi kerja. Ia turut menjadi lebih rumit sekiranya masalah tersebut berlaku di bahagian tangan.
Masalah berpeluh berlebihan pada keseluruhan bahagian badan boleh disebabkan oleh masalah saraf autonomi iaitu yang melibatkan saraf sympathetic. Masalah berpeluh juga boleh berpunca daripada masalah-masalah lain seperti:
1. Demam 2. Kanser 3. Lemah jantung 4. Masalah kerisauan (Anxiety problem) 5. Masalah metabolik seperti hipertiroid, hipoglisemia, gout 6. Pengambilan ubat seperti propanolol, physostigmnine, pilocarpine dan lain-lain lagi 7. Peminum alkohol yang mengalami ketagihan kronik
Masalah berpeluh di bahagian tapak tangan dan tapak kaki pula boleh berpunca daripada faktor keturunan.
Mereka yang mempunyai masalah berpeluh ini selalunya mengalami simptom ini bermula pada peringkat usia kanak-kanak atau remaja.
Namun, jika simptom ini berlaku pada peringkat usia dewasa atau warga emas, pemeriksaan lanjut hendaklah perlu dilakukan untuk mengenalpasti penyakit lain yang mungkin boleh membawa kepada masalah berpeluh tersebut.
Saraf sympathetic merupakan saraf yang berperanan menyediakan badan seseorang supaya berada dalam keadaan bersiap sedia untuk berlawan atau berlari.
Ketika berada dalam keadaan seperti tersebut, denyutan nadi akan semakin bertambah, gula dalam darah juga bertambah dan mental akan menjadi lebih fokus. Namun, pada ketika ini juga, secara tidak langsung ia akan meransang kelenjar peluh untuk mengeluarkan peluh.
Oleh sebab itu, keadaan seseorang yang mengalami masalah berpeluh berlebihan akan menjadi semakin teruk apabila dia berada di dalam keadaan yang takut ataupun ketika hendak berlawan.
Adalah amat sukar untuk merawat Hyperhidrosis secara efektif. Namun, masalah ini tidaklah sampai membawa kepada kematian. Bagi peringkat yang lebih teruk, mereka yang mengalami masalah ini akan merasa kehidupan mereka menjadi terganggu.
Berpeluh adalah sesuatu keadaan yang memalukan, boleh mengotorkan pakaian, mengganggu hubungan sosial serta menjadikan komunikasi menjadi lebih sukar.
Bagi kes yang teruk, ia mungkin akan membawa kepada masalah untuk menulis, memegang stering kereta atau berjabat tangan dengan orang lain.
Dengan kewujudan cara rawatan yang terbaru dan pelbagai jenis, pesakit berpeluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan.
1. Ubat sapuan
Ubat sapuan yang selalu digunakan untuk merawat masalah ini adalah ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride hexahydrate. Ubat ini perlu disapu pada kawasan yang mempunyai masalah tersebut ketika sebelum tidur.
Sapuan tersebut hendaklah dibilas setelah bangun daripada tidur untuk mengelakkan berlaku iritasi (kerengsaan).
2. Iontophoresis
Rawatan ini menggunakan air yang mempunyai arus elektrik yang rendah. Ia diberikan pada keseluruhan kulit yang mempunyai masalah peluh berlebihan. Rawatan ini memerlukan masa selama 30 minit pada setiap hari.
Oleh sebab itu, kebanyakan pesakit tidak akan memilih rawatan seperti ini kerana ia akan mengambil masa yang lama.
3. Suntikan botox
Suntikan botox mengandungi bahan yang dinamakan sebagai toksin botulinum. Bahan ini berfungsi sebagai perencat kepada kalenjar peluh dalam menghasilkan peluh. Rawatan ini terbukti dalam mengurangkan masalah peluh berlebihan.
4. Pembedahan
Oleh kerana masalah berpeluh ini adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi saraf sympathetic, pesakit boleh mendapatkan rawatan pembedahan untuk membuang sebahagian saraf tersebut. Rawatan ini dikenali sebagai sympathectomy.
Kalau berada di tepi pantai atau berkelah di air terjun, kita akan jadi seronok jika berjalan hanya dengan berkaki ayam saja.
Namun pernah atau tidak terfikir ada bendasing yang akan masuk dan berada dalam badan tanpa disedari.
Jika boleh dihilangkan begitu saja tidak ada masalah, tetapi bagaimana jika makhluk hidup ini terus berada dalam badan hingga akibatkan timbul masalah lain.
Seperti perkongsian wanita ini Nurul Ezzatul yang memberitahu pengalamannya dua tahun lalu apabila kakinya dimasuki cacing ketika bercuti di pantai hingga akibatkan jangkitan pada kaki.
Haaa nah susulan kes akak
Akak nk share uolss kalau nak pergi mandi pantai ke apa kee pergi la beli pakai kasut untuk beach tu, senang cerita janji beralas.
Nak dijadikan cerita akak ada pergi PD 1 week lepas raya dan off coz la mandi bukak selipar semua sebab galak main pasir dan mandi laut
Memangtak terpkir dek akal nak jadi macam ini
Mula-mula just ada macam belon kecik je akak ingat sebab melecet kena apa-apa ke kan..
Tup-tup 5 hari lepas balik tu tiba ada line macam itu..
So akak assume urat or wat ever makanya buat tak tahu dan just urut-urut saja dan guess what tak rasa dah sakit…
Tapi every night akak tidur akak memang rasa ade benda merayap-rayap kat kaki dan kadang gatal yang tak bolehbrain gatalnya.
Dan sejak 2 hari lepas makin teruk. So sebab dok baca dan semua dah bebel-bebel
Makanya akak pun pergi la hospital…
So doc diagnose cutaneous larva migrans nama penyakitnya
Dia dah jadi kaum nomad dok berjalan 1 kaki.
Bengkak itu sebab dah infection sampai bisa sangat even melangkah…
Doc bagi 1 week untuk matikan cacing itu dan if tak ok kena terus jumpa pakar kulit untuk keluarkan benda alah itu!!
Doakan cacing tu mati cepat yeeeee
Sebab akak tak tahan dan terasa macam dia sedang zumba dalam kaki akak
Moral of the story
ALWAYS PAKAI ALAS KAKI!!!
EVEN DRIVE PON MOHON PAKAI SEBAB KITA TAK TAHU APA YANG KITA PIJAK
Nak pudarkan jeragat memang tak mudah, pakai skincare pun belum tentu membantu. Tetapi kalau nak laser, itu memerlukan kos yang agak tinggi.
Jika dibiarkan, ini membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang bila nak berdepan dengan seseorang.
Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:
1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab
2) Keturunan
3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat
4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar
5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.
Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah? Jangan risau, ini petua pudarkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:
1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya
2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus
3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar
4) Hampas ubi kentang jangan dibuang, sebaliknya dicampur dengan aloe vera atau madu untuk dijadikan masker
5) Sapukan masker tersebut pada wajah dan biar setengah jam, kemudian bilas wajah dengan air bersih.
Nanti jangan lupa cuba ya, ini salah satu usaha untuk pudarkan jeragat dengan cara paling jimat dan berkesan.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!