Tidak dinafikan terdapat lambakan produk atau suplemen sama ada berasaskan buah-buahan ataupun perisa lain.
Tidak pasti sejauh mana keberkesanan produk dijual kerana masing-masing memberitahu baik untuk kesihatan dan boleh mengurangkan penyakit tertentu.
Namun, perlu diingatkan sebagai pengguna bijak, jangan sesekali percaya dengan apa yang diiklankan. Suplemen begini tidak begitu pasti keberkesanananya selagi tidak mendapat kelulusan dari pihak KKM sendiri.
Perkongsian Dr. Arisman MD memberitahu mengenai perkara ini sebagai panduan untuk mengelak terus jadi mangsa scammer ubatan overclaim ini.
“Doktor, kalau saya ambil jus ****** dan vitamin ****** ok tak? Untuk lawaskan kencing kotor saya.” tanya pesakit.
“Minta maaf puan. Saya tak tahu pasal jus dan nama produk vitamin puan ni. Jadi saya tak boleh nak cakap bagus atau tak.” jawabku
Ads
Pesakit cuba menunjukkan gambar produk dalam galeri handphone beliau “ … yang ni doktor, yang ni…”
“Maaf puan. Saya masih tak tahu pasal dua produk ni. Puan beli dari mana? Online? Pharmacy?” Tanyaku kepada pesakit.
“Yang ni (sambil tunjuk gambar dalam hp) saya beli online, yang vitamin ni ada anak kawan jual.” jawab pesakit.
Ads
“Beginilah puan. Saya ni doktor perubatan memang kami tak pernah belajar tentang produk-produk begini. Bukan bidang tugas kami untuk pastikan. Saya cuma tahu bahawa ada komponen-komponen tertentu yang tidak sepatutnya ada dalam satu produk minuman misalnya yang mengandungi steroid. Ia ubat terkawal dan tidak boleh dicampurkan dalam produk minuman.”
“Ada yang merasa sihat dan bertenaga selepas minum jus atau teh produk tertentu, padahal cuma teh biasa. Kenapa boleh jadi begitu? So kena hati-hati sebab boleh jadi ada campuran bahan terlarang didalamnya tetapi tidak dipaparkan dalam kotak produk.”
“Yang akan rosak nanti kemudian hari adalah buah pinggang dan hati kita.”
“Waktu tu kalau nak salahkan produk dan nak saman, amat susah nak menang sebab dah lama dan banyak produk lain yang diambil. Menyesal sangat nanti. Yang menanggung derita si pembeli. Saya ada pernah berjumpa pesakit saya yang buat dialisis beberapa kali kerana mengambil produk terlarang ini.” jawabku.
“Saranan saya kepada puan, untuk bersihkan buah pinggang dan cepat sembuh dari kencing kotor puan ni, pertama terpaksa ambil ubat antibiotik untuk bunuh kuman dulu puan. Kedua silakan minum air banyak supaya kencing kerap dan ini satu cara alami untuk sihatkan buah pinggang kita. Sangat mudah dan murah untuk sihatkan buah pinggang. Kan?” jawabku.
“Ya. Betul doktor. Faham.” pesakit tadi jawab dengan nada perlahan.
Berhati-hati dengan jualan produk kesihatan yang memberi tuntutan melampau. Apatah lagi jika produk itu tidak ada kelulusan dari KKM.
Begitu juga halnya apabila anda pergi berjumpa doktor di klinik atau pergi ke farmasi, jangan terpengaruh dengan promosi dan penjualan produk suplemen mereka yang sebenarnya tidak perlu pun. Berhati-hati ya.
(Gambar adalah contoh sahaja)
Dr. Arisman, MD. “Sama-sama belajar” Ekonomi sekarang tak stabil sangat, berjimatlah. Amalkan gaya sihat InshaAllah. (Gambar adalah contoh sahaja)
Menjadi kebiasaan kita akan memilh hidangan nasi lemak atau roti canai untuk sajian sarapan tagi.
Namun kalau setiap hari diambil, bimbang akan mengalami kenaikan berat badan mendadak.
Jadi apa kata untuk diet lebih sihat kita memilih sarapan pagi yang sesuai diambil sebelum memulakan apa-apa tugasan.
Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu sarapan boleh diambil untuk sarapan pagi. Kepentingan sarapan pagi juga wajib diambil terutama bagi meningkatkan produktiviti harian.
Mampu bekalkan kita tenaga lebih lama.
Juga bantu tingkatkan daya tumpuan
Pemilihan telur boleh memberikan rasa kenyang lebih lama
Greek yogurt membantu penambahbaik sistem penghadaman
Pengambilan kopi juga mempunyai kadar antioksidan yang tinggi & beri manfaat untuk kesihatan
Boleh beri ketenangan waku pagi jika dambil sebagai hidangan sarapan
Dimakan bersama bahan makanan lain seperti buahan dan susu
Perlu ditambah dengan sumber protein dan serat lain untuk beri rasa kenyang berpanjangan
Perlu ambil sarapan pagi keraa beri manfaat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan
Tenang memujuk isterinya, Nor Hasanah Yahaya, pelakon dan pelawak, Achey reda menerima keputusan negatif selepas menjalani proses persenyawaan in-vitro atau In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha memperoleh cahaya mata.
Achey Harap Isterinya Kuat
Dilihat sedang menenangkan isterinya yang duduk di atas kerusi roda, Achey memberikan satu ciuman di kepala dan menepuk bahu isterinya. Dengan satu kapsyen mencuit emosi, dia reda belum lagi dikurniakan anak sendiri, apabila rawatan tersebut tidak berjaya selepas menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakan dan berharap isterinya lebih kuat.
“Syukur alhamdulillah… REDHA. @anne_achey._ please comeback stronger (Tolong kembali dengan lebih kuat),” tulisnya.
Perkongsian Achey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan artis yang berharap pasangan itu terus sabar dan kembali kuat serta tidak putus asa.
Isterinya yang lebih dikenali dengan panggilan Anne juga berkongsi tentang rasa menerusi Instagram miliknya, “Kita usaha, Allah menentukan. Mungkin belum ada rezeki untuk kita. Kakak sabar ya, inshaa Allah ada rezeki nanti.”
Kalau kakak sedih, Mama dengan AYah 10 kali lagi sedih. Mama sayang awak dan Ayah awak,” luahnya.
Ogos lalu, Achey dan isteirnya berkongsikan berita bahawa mereka sedang mencuba melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha mereka untuk mendapatkan zuriat selepas 11 tahun berkahwin.
Untuk nota, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Antara señaman paling mudah dilakukan tanpa mengeluarkan modal tetapi tetap sihat adalah brisk walking.
Anda dinasihatkan untuk mencapai langkah 10 ribu sehari dan jika dilakukan secara konsisten dapat membantu menjaga jantung.
Apa itu brisk walking? Ia merupakan aktiviti berjalan dengan cepat dan dilakukan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan tahap kecergasan dan gaya hidup sihat.
Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.
Kebaikan Brisk Walking
Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu mereka akan alami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek. Salah satunya ialah brisk walking mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidapi diabtetes type 2.
Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana aerobik intensiti. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) di Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai aktiviti yang mampu membuat seseorang berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung yang masih mampu membuatkan mereka bercakap tetapi tidak menyanyi.
Dalam erti kata lain senaman brisk walking bukanlah jenis berimpak tinggi yang membuatkan indvidu melakukannya boleh tercungap-cungap. Kebiasaannya aktiviti brisk walking bergerak pada kelajuan maksimum 7.24 km/j.
Melakukan senaman brisk walking secara rutin setiap hari pula mencukupi dilakukan selama 30 minit sahaja.
Teknik Larian Yang Baik
Walaupun brisk walking tidaklah sukar dilakukan namun terdapat beberapa cara dan tip yang baik boleh anda ikuti. Berikut beberapa teknik brisk walking:
– Mulakan dengan susunan berikut iaitu warm up sebelum melakukannya dan cool downn bila sudah hampir berakhir dengan memperlahankan rentak berjalan.
– Pastikan bahu sentiasa di bawah dan lakukan langkahan dengan relaks dan lurus.
– Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.
– Bila sudah selesa boleh cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan kawasan berbukit atau mendaki.
Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walk, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan sesuai.
Tahap pembakaran kalori pula bergantung kepada berat seseorang dan juga beberapa faktor lain.