Buat anda yang suka sangat mengunyah, boleh cuba resepi buat kudap-kudap sihat ini di rumah. Bukan hanya mampu buang kalori tetapi nampak menunya pun sedap!
Nah, rujuk bahan-bahan yang dikongsi oleh Puan Nor Faezah ini dulu ya.
Mood rajin, buat snacking lagi. Esok baru makan, kita simpan peti dulu. Ramai minta resipi, jadi boleh tengok bahan-bahan dan cara buat di bawah ini ya.
Ini Resepi Kudap-kudap Sihat!
1 cawan kurma
1 cawan gajus
1 biji buah oren
1 1/2sb serbuk koko unsweated
1/2 kacang kuda
Rendam dulu kurma dan gajus, lepas itu kisar dan masukkan sekali kacan kuda yang dah direbus.
Ads
Kisar sampai hancur.
Buah oren pula saya sagat halus kulitnya dulu, kemudian baru perahkan airnya.
Campurkan sekali dalam bahan tadi, masukan serbuk koko.
Lepas itu bulatkan untuk hasil bentuk ikut saiz anda mahu.
Ads
Topping ikut suka nak letak apa, saya letak bijan dan kacang yang dah disangai.
Apabila dah siap semua, masukan dalam peti bagi sejuk.
Makan ikut kalori, jangan terlajak sudah.
Buah ini ikut lah nak letak boleh, tak nak pun boleh, ikut citarasa sendiri.
Ads
Agak rasa bosan snack itu, anda boleh cuba buat burncheese cake sihat pula.
Caranya
Pisang hiris hiris susun dalam bekas air fryer.
Bahan lain kacau sampai sebati.
Selepas itu tuang ke atas pisang yang dah disusun tadi.
Bakar suhu 160, 25minit air fryer, suhu ini bergantung pada air fryer masing-masing.
Haa… jangan salah faham, ini burncheese cake versi diet tau. Diolah jadi kek yogurt pisang, janji ada rupa burncheese cake itu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ia boleh membantu merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam komponen perubatan di China juga menggunakan lobak ini kerana ciri-ciri bau pedasnya (pungent).
Ayuh, kita lihat antara beberapa manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi melalui pengambilan sayur ini, antaranya;
1. Bantu Rawat Jaundis
Lobak secara meluas dianggap sebagai ubat semula jadi untuk penyakit kuning.
Jus lobak yang mempunyai kesan detoksifikasi kuat dapat membantu menghilangkan toksin dan seterusnya membantu membersihkan darah, sangat bagus untuk masalah jaundis. Selain itu, ia juga dapat membantu menyingkirkan bilirubin dan mengawal pengeluarannya.
Lobak juga berfungsi mencegah pecahan sel darah merah pada individu yang mengalami jaundis dengan meningkatkan bekalan oksigen.
2. Cegah Jangkitan Saluran Kencing
Lobak ini bersifat diuretik, sekali gus membantu membersihkan buah pinggang dengan merangsang pengeluaran air kencing.
Jus lobak berkesan dalam menyembuhkan keradangan dan mengurangkan rasa sensasi terbakar yang mungkin dialami seseorang semasa kencing.
Fungsinya yang merangsang pengeluaran air kencing membolehkan pencegahan jangkitan pada sistem saluran kencing atau buah pinggang.
3. Cegah Kanser
Memasukkan lobak dalam diet membantu melawan pelbagai jenis kanser seperti kanser kolon, perut, usus, mulut dan buah pinggang disebabkan oleh kehadiran vitamin C, asid folik dan anthocyanin yang merupakan antioksidan kuat.
Di samping itu, lobak juga mengandungi isothiocyanates yang mengubah laluan genetik sel kanser dan menyebabkan apoptosis atau kematian sel, secara tidak langsung menghalang sel kanser daripada membiak.
4. Menurunkan Berat Badan
Bagi anda yang ingin mengurangkan berat, jangan lupa untuk memasukkan lobak dalam diet kerana ia rendah karbohidrat boleh dihadam, tinggi bahan pelawas (roughage) dan mengandungi banyak air.
Kandungan serat dalam sayuran ini juga membuatkan anda lebih kenyang dan dapat menghalang pengambilan makanan secara berlebihan, kesannya berat badan akan berkurangan.
Lobak putih mempunyai sifat antikongestif dan membantu mencegah kerengsaan hidung, tekak, saluran udara dan paru-paru. Kerengsaan tersebut biasanya disebabkan oleh selsema, jangkitan, alahan dan lain-lain.
Lobak membantu melindungi sistem pernafasan daripada jangkitan kerana ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin dan boleh bertindak sebagai pembasmi kuman.
6. Cantikkan Kulit
Lobak baik untuk kulit kerana kehadiran vitamin C dan B, zink serta fosforus. Kandungan air yang tinggi juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu, lobak turut mempunyai sifat penyahjangkit dan membantu mencegah gangguan kulit seperti kulit kering, ruam dan rekahan.
Viral baru-baru ini dikatakan biskut kraker kegemaran ramai, Hup Seng dikatakan mendapati bahawa 60 sampel biskut dan keropok yang diuji mengandungi elemen mendorong kanser, seperti glycidol atau acrylamide.
Ia susulan laporan hasil penemuan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) terhadap produk yang dihasilkan oleh pengeluar biskut terkemuka tempatan itu baru-baru ini.
“Kami percaya bahan cemar ini boleh dielakkan kerana menurut penemuan kami beberapa bahan dalam biskut ini adalah minyak sawit. Anda boleh meminimumkan bahan cemar sebanyak mungkin,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HKCC, Gilly Wong Fung-han.
Badan pengguna itu juga mendapati sebanyak 40 peratus produk yang dianalisis mempunyai label nutrisi mengelirukan.
Ramai yang kecewa dengan dakwaan ini memandangkan sejak turun temurun sudah menjadikan biskut ini sebagai makanan tambahan yang sangat sedap dicicah dengan minuman panas.
Namun Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan, selain menepati kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan.
Menurut laporan Berita Harian Hup Seng dalam satu kenyataan berkata, sebagai pengeluar makanan yang bertanggungjawab secara sosial sejak 1958, kualiti dan keselamatan produk menjadi keutamaan tertinggi syarikat.
“Kami berterima kasih di atas keprihatinan anda terhadap laporan yang dibuat ke atas produk kami oleh HKCC.
Kami akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa terhadap siasatan mereka, jika diperlukan.
“Kami dengan ikhlas berterima kasih kepada pelanggan setia dan kakitangan di atas sokongan yang diberikan,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas isu tersebut, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat lalu berkata siasatan awal mendapati premis kilang Hup Seng adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.
Ia juga mengatakan Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.
Jadi bagi peminat biskut kraker ini jangan risau untuk menjadikan ia makanan tambahan kerana selamat untuk dimakan pada bila-bila masa.
Bukan hanya menghilangkan dahaga, air kelapa juga sebenarnya cukup bagus untuk menyegarkan tubuh badan dan banyak khasiat yang tersembunyi.
Membaca perkongsian daripada Dr Mazliana Mazlan, air kelapa dikatakan menjadi kunci untuk mengatasi pelbagai penyakit, khususnya berkaitan dengan percernaan atau demam.
Untuk ketahui rahsia air kelapa yang lain, jemput baca.
Elok Ajar Minum Air Kelapa
Air kelapa penting bila anak muntah cirit, boleh jadi makan minum paling utama bila anak tak lalu nak makan apa waktu sakit.
Bila anak cirit, dia tak lalu nak makan. Kalau anak muntah, semua pun dia tak nak makan.
Kita tak nak anak kekurangan air, tak mahu sampai dehidrasi sebab tubuh badan hilang banyak air dari muntah dan cirit.
Dari sekarang, terus ajar anak suka dengan air kelapa. Biar air kelapa jadi air favourite anak, yang mana waktu bila pun kita bagi, dia tak akan tolak.
Dalam air kelapa, tinggi kandungan mineral dan nutrien yang sangat diperlukan bila anak muntah dan cirit;
Iron
Chloride
Pottasium
Sodium
Phosphorus
Magnesium
Lauric acid
Calcium
Ini tiga khasiat air kelapa yang penting waktu anak muntah cirit sebab keracunan makanan;
Hidrasi tubuh anak
Air tenaga yang tinggi kandungan pottasium dan sodium, untuk elakkan dehidrasi pada anak, sangat sesuai kita bagi anak waktu muntah cirit dan tak lalu makan.
Melawan jangkitan kuman
Bersifat antibakteria, antivirus dan antimikrob. Penting untuk elakkan jangkitan kuman berpanjangan di usus.
Detox badan anak
Bantu keluarkan bahan-bahan toksik yang tak sesuai dan tak diterima dari usus anak.
Minum sekadarnya untuk anak kecil. 1 – 2 biji sehari paling banyak pun. Kalau berlebihan, akan cirit pulak sebab air kelapa jugak tinggi kandungan fiber.
Apa pun, bersederhana kan.
Kita cuba sama-sama ya, sukakan anak dengan real food, yang mana mungkin boleh jadi antara penyumbang pada kesembuhan anak, dengan izinNya.
Hah, selepas ini kita boleh lah ajar anak-anak minum air kelapa sejak kecil ya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!